
Kalau dah nama DAP, mereka akan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk mendapatkan nama. Mencuri pun mereka sanggup. Kalau nak harapkan DAP sendiri, tak payahlah menaruh angan-angan. DAP tidak pernah tahu bagaimana hendak bekerja, kecuali mencuri kerja dan meletakkan nama mereka di atas titik peluh orang lain.
Itulah amalan wajib Lim Guan Eng yang kerap mendabik dada pada kejayaan yang bukan usahanya, sebaliknya usaha pihak lain seperti pertambahan FDI dan pelaburan luar di Pulau Pinang yang merupakan kerja MITI dan MIDA, manakala Lim Guan Eng yang kerap melancong ke luar negara kononnya untuk mendapatkan pelaburan, gagal membawa masuk sebarang pelaburan seperti yang dijanjikannya.


Itu juga yang berlaku di Sarawak. Dr.Sim Kui Hian, calon SUPP untuk Pending telah meletakkan jawatan selaku pakar jantung yang mengetuai Unit Jantung Hospital Umum Sarawak untuk bertanding dalam Pilihanraya Negeri yang lepas. Bagaimanapun, Dr.Sim kalah di tangan Violet Yong yang walaupun tidak ada apa-apa yang ditawarkan kecuali nyanyian karaoke, namun sentimen menyebelahinya.
Dr.Sim mempunyai rancangan untuk mewujudkan 'health metropolis' di Kuching. Bagaimanapun kekalahannya membantutkan rancangan murninya.
Lim Guan Eng pada masa yang sama, cuba menawarkan tempat di Pulau Pinang untuk menjadikan Dr. Sim sebagai pakar jantung bertaraf antarabangsa. Tawaran yang ditolak mentah-mentah oleh Dr. Sim yang menyifatkan tawaran tersebut sebagai pemerdayaan DAP.
Violet Yong pada masa yang sama, sakit hati apabila Dr. Sim enggan berkongsi proposal health metropolis dengan DAP. Violet Yong cuba mengungkit tentang ahli-ahli politik yang seharusnya bekerjasama untuk faedah rakyat. Malah beranggapan proposal tersebut boleh digunakan untuk mendesak Kerajaan Negeri Sarawak.
Yang sahihnya, Dr. Sim tahu apa sebenarnya yang dimahukan oleh DAP Sarawak. DAP Sarawak terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda yang sebenarnya tidak berotak tetapi tebal dengan sentimen. Kemenangan DAP di Sarawak banyak didorong oleh hasutan menaikkan sentimen rakyat negeri itu terhadap Taib Mahmud dan penguasaan Bumiputera Islam dalam pentadbiran negeri. Selebih itu, DAP tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membantu rakyat Sarawak, termasuklah di kawasan-kawasan yang mereka telah menangi.
Kalau Cina seperti Dr. Sim pun tahu hati budi DAP, agak menghairankan mengapa Melayu Semenanjung pula sangat mudah diperdaya oleh puak Lim Guan Eng!






























