IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, September 13, 2011

KERAJAAN UMNO-BN SENDIRI MEMANG PENYOKONG PAKATAN RAKYAT!!!

Tuesday, September 13, 2011
Sekarang semua pakat duk cerita tentang UMNO perlu merampas beberapa negeri. Kebanyakan pembesar-pembesar UMNO dari atas sampailah ke peringkat AJK bercerita tentang keazaman dan iltizam untuk memenangi PRU13.

Maka diungkit-ungkitlah segala jasa UMNO, segala jasa pejuang-pejuang kemerdekaan, segala kejayaan UMNO selama diberikan tanggungjawab mentadbir negara, hebatnya para pemimpin UMNO dan pelbagai cerita lain yang indah-indah tentang UMNO kepada rakyat marhaein.

Namun pada masa yang sama, GLC dan syarikat-syarikat korporat yang bersahamkan UMNO sebenarnya tidak pernah menyokong kaum marhein UMNO sebaliknya lebih gila dengan rating dan ranking sehinggakan segala iklan mereka tanpa segan silu dihamburkan kepada portal-portal yang sah-sah berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Perhatikan bagaimana MAS dan Air Asia menyedekahkan duit iklan mereka kepada Malaysiakini, Malaysian Insider dan beberapa akhbar yang lain. Perhatikan juga bagaimana UEM-Sunrise yang begitu seronok membayar dan mengupah untuk tujuan promosi untuk puak-puak tersebut. Dan perhatikan juga bagaimana beberapa GLC lain yang sah-sah mempunyai saham UMNO-BN, tidak pernah memberi muka kepada portal-portal mahupun akhbar-akhbar yang terang-terang menyokong UMNO-BN.

Agak aneh memandangkan UMNO-BN terutama sekali golongan bawahan bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO tetapi di peringkat atasan, mereka tidak melihat media-media pembangkang sebagai musuh, sebaliknya kononnya untuk menunjukkan betapa profesional dan terbukanya mereka, maka media-media pembangkang dilebihkan dalam segala hal.

ASTRO, CELCOM, dan beberapa syarikat yang lain, terang-terang tidak peduli dengan politik kerana mereka adalah syarikat korporat. Namun pada mereka ada saham UMNO.

Justeru, para pemimpin UMNO-BN sebenarnya perlu diperhatikan kerana UMNO adalah sebuah parti yang baik dengan dasar yang bagus. Malangnya oleh kerana UMNO adalah organisasi yang perlu dijalankan oleh manusia, maka UMNO jadi bahan gelak tawa pihak lawan. Sebabnya, para pemimpin yang berada di dalam UMNO kebanyakannya bertaraf pak-pak lawak belaka!!!

0 comments

DIN PUDURAYA PATUT CAKAP TERUS-TERANG YANG DIA SYOK NAK JADI UMNO!!!

Dengan 5 syarat yang diberikan oleh Salahuddin Ayob kepada Perdana Menteri sekiranya mengkehendaki wakil-wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kelima-lima syarat tersebut ternyata tidak ubah seperti isyarat awal Salahuddin Ayob tentang permainan politik 'malu-malu' yang diamalkan oleh PAS dan dia sendiri.

Kelima-lima syarat tersebut adalah:

(1) Lapan tuntutan BERSIH 2.0 perlu dilaksanakan segera oleh SPR.

(2) Tarikh PRU13 perlu dibuat secara muafakat antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Maksudnya, pembubaran Parlimen perlu mendapat persetujuan Pakatan Rakyat terlebih dahulu dan bukannya kelebihan kepada Barisan Nasional selaku kerajaan lagi.

(3) Sekiranya dua syarat di atas dipersetuju, Jawatankuasa Khas Parlimen mesti diberikan ruang untuk mengkaji cadangan tersebut.

(4) Jawatankuasa ini perlu memasukkan isu pemberikan kerakyatan warga asing sebagai terma rujukan.

(5) Segala cadangan Jawatankuasa hendaklah ditunaikan oleh pihak kerajaan, bukan hanya beri cadangan tetapi cadangan tersebut tidak dipedulikan.

Kalau berdasarkan kepada kelima-lima cadangan tersebut, sebenarnya sistem Kerajaan Demokrasi sudah tidak wujud lagi. Yang wujud hanyalah Kerajaan Jawatankuasa Khas Parlimen. Kerajaan sebaliknya hanyalah pekerja am yang menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Parlimen terlebih dahulu.

Anehnya, Salahuddin Ayob menjadikan kelima-lima syarat tersebut sebagai tekanan kepada Najib Abdul Razak seandainya mahukan wakil-wakil Pakatan Rakyat berada di dalamnya. Dengan kata lain, Salahuddin Ayob sedang menjadi BRITISH YANG MELETAKKAN RESIDEN di dalam kerajaan yang mana segala nasihat WAJIB DIIKUTI dan tidak boleh ditentang atau dipersoalkan sama sekali.

Namun yang paling menariknya, Salahuddin sebenarnya TERSANGAT BERMINAT hendak BERSAMA-SAMA KERAJAAN tetapi KETAKUTAN terhadap DAP dan kemarahan rakyat PAS membuatkan dia mencari jalan jauh untuk menunjukkan kecenderungannya itu!!!

Cehhhh... rupa-rupanya memang sah Salahuddin Ayob teringin nak jadi anggota kerajaan tapi tak berani nak keluar PAS dan masuk UMNO!!!!

0 comments

SEMAKIN BANYAK SIGNAL SALAH DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!

Semakin ramai yang KEBINGUNGAN dengan gelagat pentadbiran Najib Abdul Razak menguruskan pentadbiran negara ini. Terlalu liberal dan pada masa yang sama, membuka ruang yang terlalu besar untuk mana-mana subversif menginjak-nginjak kedaulatan negara ini, merupakan pandangan majoriti rakyat Malaysia.

Biarpun dari segi ekonomi, rakyat Malaysia yang rasional menerima Najib sebagai JAUH LEBIH BAIK BERBANDING ABDULLAH BADAWI, namun dari segi lain, Najib disamakan dengan Abdullah Badawi.

Isu besar yang dipandang rakyat, dianggap kecil dan remeh oleh pentadbiran Najib. Isu sensitif kepada rakyat, dianggap isu politik murahan oleh pentadbiran Najib. Isu yang mampu menjatuhkan UMNO-BN, diambil mudah dan kurang mendapat kerjasama daripada para pembesar UMNO sendiri untuk menanganinya.

Mengapa agaknya UMNO di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak masih lagi mengulangi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pada pentadbiran lalu? Tidak cukupkah kesan yang UMNO terima pada PRU12 lalu? Mengapa masih lagi mengambil risiko yang boleh menyebabkan UMNO-BN terhumban dari Putrajaya?

Jangan fikir, dengan menjadi kerajaan selama 54 tahun, maka UMNO-BN mempunyai kedudukan yang terjamin. Kenyataan bahawa TIADA SATU PUN YANG KEKAL DI DUNIA ini, seharusnya kekal menjadi tangkal kepada para pemimpin UMNO. Apatah lagi dengan kepesatan teknologi dan ledakan komunikasi kini yang menyebabkan doktrin serta dogma UMNO-BN kelihatan ketinggalan jauh, seperti juga poster pilihanraya UMNO-BN yang masih lagi mengekalkan format tahun 50-an mereka.

Rakyat dan para pengundi semakin sensitif dengan setiap isu. Akhbar dan para pegawai di sekeliling para pemimpin sebenarnya sudah tidak cukup relevan untuk menyampaikan maklumat sebenar. Sebaliknya para pemimpin perlu turun sendiri mendapatkan maklumat daripada golongan marhein.

Mengharapkan pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat berperang sesama sendiri, sebenarnya seperti mengharapkan pancing mendapat ikan di dalam lopak air. Pada masa yang sama, rakyat pula melihat terlalu banyak signal salah yang dihasilkan oleh pentadbiran Najib Abdul Razak termasuklah penggabungan MAS-AirAsia, lambat bertindak terhadap isu-isu keselamatan, para Menteri yang BENGONG dan BAHLOL seperti dalam kes ASTRO, prepaid 6%, NEW POLITICS, BERSIH 2.0 dan sebagainya.

Kelompok majoriti pengundi UMNO-BN adalah Melayu tetapi perhatian yang keterlaluan diberikan kepada pengundi-pengundi DAP seperti dalam kes Kuala Sepetang, Sibu, Miri, Hulu Selangor dan sebagainya, menyebabkan sebahagian besar daripada kumpulan pengundi tetap UMNO-BN berasa bosan kerana pada masa yang sama, mereka tidak menerima keistimewaan yang serupa.

Kaedah 'DUA JUTA, SATU JUTA, SATU PERPULUHAN LIMA JUTA' ringgit seperti yang kerap dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin setiap kali mereka turun ke kawasan minoriti itu, amat menjengkelkan kerana ia sebenarnya tidak memberikan kesan yang baik, bahkan memperlihatkan seperti UMNO sebagai sebuah mesin ATM yang dicucuk, keluarlah duitnya sama ada disertakan resit atau tidak!

Berapa lama lagi, Pentadbiran Najib Abdul Razak akan terus memberikan signal yang salah kepada para pengundi? Sudahlah signal pun salah, perangai pegawai-pegawai pula dilihat menambahkan lagi masalah....

0 comments

Sejak Bila Pula Kita Pernah Merdeka?

Aku memang perasan hal Tanah Melayu tak nah dijajah oleh British sejak dulu lagi..British tidak datang ke nusantara ni spt mana datangnya Portugis dan Belanda.British datang kabornya nak meniaga je..tapi kerana utk menjamin perniagaan mereka, mereka mula menekan pemerintah setempat.Entah macam mana pemerintah2 setempat spt mesti akur ngan British..pemerintah2 ni rasa tanpa Bristish negara mereka leh huru hara dan ekonomi akan hancur dan pemerintahan mereka akan lumpuh!!
dah alih2 dan sedor2 kita kena tuntut kemerdekaan ngan British le pulak. Ajaib, ajaib..


________________


Sekarang ni sama gak..Pempin2 Melayu macam mesti akur ngan kehendak pendatang2 yg dibawa oleh British ni. Pempin2 Melayu hari ni semada dari PKR, PAS, dan UMNO berasa kalau tidak akur pada pendatang2 yg dibawa oleh British ni, mereka akan hilang kuasa, Tanah Melayu akan hancur dan muflis..sapa nak buat berniaga, sapa nak bina negara-
Suasana sekarang sama je cam dulu2..dan tidak mustahil 400 tahun akan datang, org2 Melayu lagi sekali buat Malayan Union dan tuntut kemerdekaan dari pendatang2 British ni.


Cam dulu2 gak, British datang kononnya nak meniaga je ma..cari makan je ma.


Pendatang2 ni pulak pun sama..didatangkan oleh British cuma nak cari makan je, nak meniaga je.




Cuma aku perasan..jika dulu selepas 400 tahun baru Melayu2 nak brsatu dan tuntut kemerdekaan ngan British. Tapi kali ni, sampai bila2 ianya takkan berlaku lagi dah.




Apa yg British gagal lakukan...Pendatang2nya akan mampu jayakan!! Tak caya tengok je ler NASI LEMAK 2.0.


Pendatang2 British akan berjaya lupuskan perkataan MELAYU!!!! dan tiadakan bangsa MELAYU!!!




TANAH MELAYU dah dijadikan MALAYSIA- Perkataan Melayu dah jadi TABOO utk disebut, perkataan BUMIPUTERA lebih afdal dan digalakkan. bahsa Melayu pernah ditukau jadi Bahsa Malaysia.


Dalam MyKad, kategori bangsa Melayu dah tak der. Penang pulak mengenalkan dalam borang dah tak perlu diletakkan kategori bangsa atau kaum dan pastinya negeri2 lain akan ikut.




Pendatang2 ni tak merintah pun sejak 1957, cuma pempin2 Melayu kena akur ngan kehendak2 pendatang2 ni -sama je ngan sultan2 kita dulu ngan British.




dan yg paling mantap sekali..Bangsa Melayu yg dulunya leh dikatakan Melayu tu Islam, Islam tu Melayu..tidak akan wujud lagi.Berkat2 mulut pempin2 Melayu yg suka bebenor mengafirkan bangsa2 Melayu yg tak sealiran ngan nya...besar kemungkinan, sesuatu yg gagal dilakukan oleh British..bakal berjaya dilakukan oleh pendatang2nya, yakni bilangan beragama Islam dikalangan bangsa Melayu leh dikira ngan jari saja!!


Tak yah berangan2 nakkan negara Islam, malah hak dan kedudukan agama Islam sebagai agama resmi negara bakal digubal.


raya posa, cuti dah tak digazetkan..Krismas bakal jadi 2 hari, Deepavali 2 hari, raya cina 3 hari..


_________


Kita bakal wariskan agama2 nasrani, yahudi dan majusi pada anak cucu kita..macam mana ler kita nak kembali dan brsemuka ngan nabi saw? dan brangan2 nak dibangkitkan dan dikumpulkan ngan nabi saw serta para sahabat ra?




Nabi saw dah pesan, AQ dah pesan..org2 kapir bukanlah sebaik2 teman dan pembantu. Org2 briman ni berkeras ngan org2 kapir dan berkasih sayang sesama Islam..




-aa

0 comments

ZAHID HAMIDI DAN ZAMBRY ABDUL KADIR DIKELENTONG HIDUP-HIDUP OLEH PEGAWAI SENDIRI!!!

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, musuh utama UMNO bukanlah PAS atau PKR apatah lagi DAP, sebaliknya yang menjadi musuh utama serta sukar dibunuh adalah para pemimpin serta pembesar-pembesar UMNO sendiri.

Di dalam UMNO terdapat ramai Nina Katu, Mundeliar dan si Kitol. Mereka tidak menjadi Ketua Bahagian, tidak juga menjadi Ketua Pemuda, Ketua Wanita atau Ketua Puteri. Mereka juga tidak menjadi AJK Bahagian atau Cawangan. Sebaliknya mereka menjadi Pegawai Khas, Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar dan Pegawai Seranta.

Kerja utama mereka adalah melaga-lagakan pemimpin mereka dengan pemimpin yang lain. Selain daripada itu, mereka ini kerap menjadi penyamun, perompak dan perogol yang berselindung di sebalik nama pemimpin yang menjadi majikan mereka.

Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pertahanan, merupakan salah seorang pemimpin yang sudah tersalah mengambil 'pekerja'. Seorang individu yang berstatus pegawai seranta yang sebenarnya hanyalah tong kosong, tetapi bijak memanipulasikan nama orang lain, telah diambil bekerja dengan upah yang sangat lumayan. Kerjanya ialah menggerakkan 'orang-orangnya' di media siber bagi tujuan promosi Zahid Hamidi.

Malangnya, orang ini yang sudah cukup terkenal sebagai perompak dan penyangak selain sebagai penipu dan con-man, tidak berbuat seperti tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Sebabnya, selain tidak mempunyai kekuatan di bidang siber dan terlalu berbeza berbanding pengakuannya, orang ini sebenarnya lebih berminat untuk menempatkan diri di kalangan tok dalang.

Apa yang dilakukannya ialah membunuh mana-mana orang yang dilihat lebih menonjol. Hasil kerja orang yang cuba dibunuhnya itu akan dirampas. Menariknya, orang ini juga bersekutu dengan salah seorang blogger yang diketahui merupakan TALAM DUA MUKA dan penyanjung tegar Anwar Ibrahim!

Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang dinaikkan menerusi kejatuhan Pakatan Rakyat akibat lompat parti, juga menerima nasib yang sama seperti Zahid Hamidi. KASIH SAYANGNYA yang berlebih-lebihan kepada salah seorang pegawainya, menjadikan dia seperti Menteri Besar yang sangat mudah dipermain-mainkan oleh kakitangannya sendiri.

Terlalu banyak onar yang dilakukan oleh pegawai Zambry itu. Antaranya melibatkan Ketua Biro NST Ipoh merangkap Branch Manager, M.Husairi Othman yang cuba dianiayai dan dizalimi oleh orang berkenaan meskipun Husairi diketahui menghidap penyakit kronik yang memerlukan penjagaan rapi ahli keluarganya.

Gabungan tenaga dan kepala otak kedua-dua orang pegawai Zahid dan Zambry itu, turut disertai oleh seorang Exco Pemuda yang berkhidmat dengan seorang Menteri Pusat, menjadi dedalu yang tidak langsung menguntungkan UMNO, bahkan memberi kesan serta imej yang sangat buruk kepada UMNO, khususnya di Perak.

Ramai yang mengesyaki, kedua-dua orang berkenaan sebenarnya diletakkan di dalam UMNO oleh PKR dan DAP. Manakala Exco Pemuda itu pula turut campur kerana kepentingan peribadi iaitu bercita-cita menjadi calon pilihanraya memandangkan tempohnya berkhidmat sebagai Exco Pemuda sudah tamat, selain onar, perompakan dan penjarahan dalam sebuah Kementerian yang melibatkannya, bukan sahaja diketahui ramai, bahkan turut disiasat oleh SPRM.

Tidaklah dapat dipastikan sama ada Zambry Abdul Kadir dan Zahid Hamidi menyedari serta MERESTUI aktiviti-aktiviti pegawai mereka ini atau sebaliknya, memandangkan sehingga kini, tiada satu tindakan pun yang diambil terhadap puak ini, meskipun telah dinasihati, diberitahu bahkan diingatkan bahawa kemusnahan angkara pegawai-pegawai ini sebenarnya akan memberi kesan kepada KERJAYA POLITIK Zambry dan Zahid Hamidi sendiri...

Perlu diingat, Zambry dan Zahid Hamidi pernah dikaitkan dan mempunyai kaitan dengan Khairy Jamaluddin serta Anwar Ibrahim....

0 comments

NASIB UMNO NAMPAKNYA TAK BANYAK BERUBAH!!!

Perhatian khusus diberikan kepada UMNO menjelang PRU13 yang semakin hampir. Tanda tanya tentang kesiapsiagaan UMNO seringkali menjadi buah mulut. Persoalan-persoalan yang dilontarkan kepada UMNO ialah, sama ada parti tersebut sudah bersedia untuk mengharungi PRU13 atau mereka sebenarnya masih lagi berkeyakinan tinggi, rakyat akan memilih mereka walau apa pun yang berlaku kerana beranggapan tiada mana-mana parti yang dapat menggantikan UMNO.

Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor... kini Sabah... UMNO sebenarnya sedang mengecil. Usaha-usaha yang bersungguh daripada kepimpinan UMNO di negeri-negeri tersebut, kelihatan masih di takuk permulaan.

Enjin lambat panas kata orang...

Sedangkan pada masa yang sama, pihak lawan meskipun menyedari mereka hanyalah underdog tetapi sentiasa berterusan, sama ada bekerja mahupun mengorek isu untuk membantai UMNO.

Di Kedah, Kelantan dan Selangor, UMNO adalah pembangkang. Di Perak dan Sabah, UMNO adalah kerajaan.

Namun di kesemua negeri tersebut, UMNO sebenarnya masih lagi UMNO yang berasa mereka berada di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Kebanyakan pembesar masih lagi hidup bermegah-megah dan bermewah-mewah tanpa usaha yang kuat.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pemimpin UMNO yang berterusan bekerja untuk parti berkenaan biarpun sebahagian daripada mereka hanyalah penjawat dalam UMNO, bukannya wakil rakyat atau Ketua Bahagian. Terdapat juga beberapa orang Ketua Bahagian yang benar-benar berazam untuk menebus semula maruah UMNO sekalipun ada beberapa orang yang menang sebagai ADUN atau Ahli Parlimen dengan majoriti yang bertambah meskipun orang lain, tertungging atau mengalami penurunan undi yang ketara pada PRU12 lalu.

Dan seperti biasa, masalah utama UMNO ialah SENIORITI memainkan peranan yang penting. Suara majoriti pengundi, tidak dihiraukan sama sekali. Anggapan bahawa mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi memenangi hati golongan marhein, sentiasa dimajukan, meskipun mereka sebenarnya sudah ketinggalan jauh daripada sentuhan marhein.

Retorik CALON YANG BOLEH MENANG semakin kurang kedengaran. Sebaliknya yang dapat dilihat sekarang adalah perlumbaan melobi, memancung dan membunuh.

Tanpa disedari ramai, pemusnah UMNO kali ini dilihat datangnya daripada pegawai-pegawai khas, setiausaha-setiausaha politik dan akhbar, para pegawai seranta dan agensi-agensi yang diletakkan di bawah orang tertentu.

Contoh terbaik yang boleh dilihat ialah tentang penglibatan seorang Setiausaha Akhbar di Perak yang begitu aktif mencantas dan membunuh di sana sini bersama-sama seorang pegawai seranta yang sebenarnya hanyalah Tong Kosong. Menariknya pegawai seranta tersebut bekerja di bawah seorang Menteri Pusat yang juga Ahli Parlimen di Perak. Turut sama di dalam 'permainan' tersebut adalah seorang Exco Pemuda yang juga berkhidmat di bawah seorang Menteri Pusat.

Gabungan orang-orang ini sebenarnya amat merbahaya kepada UMNO. Mereka berasakan mereka terlalu bijak dan apa yang mereka lakukan tidak diketahui oleh orang lain, terutama sekali pengundi. Biarpun perbuatan mereka dilakukan secara pautan di sana sini, namun efek menimpa Menteri-Menteri dan Menteri Besar terbabit.

Itu baru di Perak. Belum lagi di Kedah yang memperlihatkan bagaimana kerjaya Mukhriz Mahathir sedang cuba dibunuh oleh sebilangan Ketua-Ketua Bahagian Kedah yang sebenarnya tidak berpelajaran akademik tetapi mempunyai otak pembelit serta pemusnah yang luar biasa hebatnya!

Belum lagi di Selangor yang menyaksikan seorang Menteri Pusat cuba membunuh bekas Menteri Besar dengan permainan undang-undang. Kelemahan dan ketidakupayaannya mengetuai UMNO di Selangor cuba diselindungkan dengan permainan bunuh dalam selain menaikkan para penyokongnya yang bukan sahaja tidak mampu bekerja untuk UMNO, bahkan bersifat lanun dan perompak zalim.

Bagaimana pula dengan cerita UMNO di Kelantan dan Sabah?

Lebih kurang sahaja macam yang berlaku di Perak, Kedah dan Selangor!

Justeru, kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah, UMNO sebenarnya tidak mempunyai nasib yang lebih baik berbanding PRU13, apatah lagi dengan penyenaraian nama calon-calon yang sebenarnya tidak boleh menang, tetapi dipromosikan sebagai kehendak rakyat untuk PRU itu.

Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh sesiapa pun, waimma ahli-ahli UMNO sendiri memandangkan para pemimpin UMNO lebih sibuk bercantasan dan berbunuhan sesama sendiri sekalipun mereka sedang diserang dengan hebatnya oleh musuh UMNO.

Anda boleh buat ujikaji mudah dengan bertanyakan soalan ini kepada pemimpin setempat UMNO:

"Apa peluang UMNO pada PRU13 akan datang?"

Pastinya anda akan melihat lebih ramai daripada mereka yang tersenyum tawar, menepuk dahi mahupun terdiam sambil termenung panjang berbanding yang begitu yakin memberitahu, UMNO pasti akan menang!!!

Cubalah kalau anda tidak percaya!!!

0 comments

VIDEO: ZIKIR ZAWQ GAYA SESAT BARAT!!!


Kalau anda pernah tengok dalam Youtube tentang sekumpulan pengikut ajaran sesat yang berzikir sambil menari, sebenarnya ia bukannya bersifat setempat atau berasal dari Malaysia. Sebaliknya ajaran berkenaan dikatakan berasal dari Turki dan diperkenalkan ke Malaysia oleh sekumpulan manusia yang berasakan apabila berada dalam keadaan zawq, kelazatan berzikir boleh dinikmati dan dizahirkan menerusi tarian angguk-angguk.

Dalam ajaran Islam, umat dilarang berlenggang-lenggok badan dan kepala atau menggoyang-goyangkan kepala seperti yang kerap dilakukan oleh sebahagian orang Melayu apabila bertahlil. Sebab larangannya ialah kerana perbuatan tersebut menyerupai angguk-angguk dan goyang badan kaum Yahudi apabila membaca kitab suci mereka dan ketika mereka bersembahyang.

Namun bagi golongan yang jahil, ia dianggap sebagai kenikmatan dan indahnya ibadah mereka...

Dunia akhir zaman... kalau larangan menghiasi kubur juga sudah tidak dipedulikan, berzikir angguk-angguk dan geleng-geleng seperti di dalam klip video di atas juga dianggap lebih baik dan lebih bagus berbanding orang yang zawq ketika berzikir dalam keadaan fana dan diam!

0 comments

VIDEO: SOALSIASAT GAYA SYRIA!!!


Seorang lelaki telah ditangkap oleh Militia Syria yang mula menyoalsiasatnya bagi mendapatkan maklumat sambil membelasahnya dengan menggunakan seutas wayar logam. Seorang lelaki keluar dari khemah dan mula menendang serta menumbuk mangsa sehingga dia menangis dan merayu agar dia tidak dibunuh serta merayu agar penyeksaan ke atasnya dihentikan.



0 comments

VIDEO: DIMAKAN PAUS PEMBUNUH!!!


Siapa pun tidak tahu di manakah tempat mereka akan menghabiskan hayat terakhir. Sesiapa juga tidak mengetahui, bagaimanakah caranya hayat mereka berakhir.

Lelaki di dalam klip video di atas juga tidak mungkin mengetahui bahawa hayatnya berakhir dengan tragis iaitu maut di mulut paus pembunuh atau orca. Barangkali tidak menyedari sekawan paus pembunuh sedang memburu anjing laut, lelaki berkenaan bermain-main di tepi pantai dan satu rakaman dibuat.

Rakaman akhirnya menunjukkan lelaki tersebut menjadi mangsa orca. Anjing laut yang diburu, jelas diselamatkan oleh lelaki berkenaan dengan menjadikan dirinya sebagai korban....

0 comments

BERITA Lawak Bertahap Kambing!!!

Siasat segera laporan palsu Anwar

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pihak polis didesak supaya tidak menunggu kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai di mahkamah sebelum menyiasat sama ada Ketua Pembangkang itu telah membuat laporan palsu bagi menafikan beliau adalah pelaku dalam video aksi seks yang tersebar pada Mac lalu.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, ini kerana kes liwat kedua Anwar itu dan isu video seks yang dikatakan membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah dua perkara yang berbeza.

"Ini (video seks) tiada kena-mengena dengan kes liwat. Siasatan perlu dibuat secepat mungkin kerana jika tidak ia akan mencerminkan bahawa polis menggalakkan masyarakat membuat laporan palsu untuk mengaburi pandangan orang ramai atau demi kepentingan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-seterusnya diutusan.

______________________
Desak ler, hatta buat demo sekali pun...puak2 KDN, Kehakiman, Loyar2..gelak guling2 pecah perut!!

PRU 13..dah dekat..sapa berani nak caj Anwar, kecuali dah dapat blessing dari DAP!!

Sekarang pun..walaupun Najib adalah PM Malaysia, BN merintah..tengok je ler, kalau DAP buat riuh, tindakan segera akan diambil oleh semua kementerian termasukler Najib sendiri..tak caya tengok ler, cuba mintak Lim Kit Siang marah pasal apa perbicaraan Anwar ditangguh2 ..tengok ler pejabat peguam dan hakim pasti huru hara, malah Najib sendiri akan kabor yg dia sendiri akan beri perhatian yg utama..Kalau Karpal kecoh, pak2 menteri tak berapa perkara sangat..
Bukan BN/UMNO je kena dapat blessing dari DAP, malah PAS sendiri pun..bayangkanlah Hj HAdi yg hardcore negara ISlam tu pun leh akur..
mmmm..sapa sebenar memerintah Malaysia sekarang ni???

-aa

0 comments

Monday, September 12, 2011

BANGANG SUNGGUH KETUA PEMUDA PAS JOHOR NIH!!!

Monday, September 12, 2011
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat sememangnya seorang bahlol yang mahu memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang pandai. Malangnya apa yang berlaku ialah, dia semakin mendedahkan kebodohan dan kebahlolannya.

Suhaizan Kayat cuba mempertikaikan tentang 'hakikat' penjajahan di negara ini. Konon-kononnya dia cuba menarik para pemimpin UMNO untuk mengatakan yang bersalah adalah Raja-Raja Melayu yang telah mengambil penasihat British sekaligus meletakkan Raja-Raja Melayu dari tahun 1874 sehingga 1957 sebagai mulut dan tangan British.

Apa yang dilakukan oleh Suhaizan Kayat sebenarnya amat mudah difahami. Menimbulkan pelbagai persoalan tentang sejarah 'MERDEKA' dan hakikat penjajahan, diharapkan dapat membantu Mat Sabu dan PAS yang sedang teruk dikenakan kerana cuba memutarbelitkan sejarah negara, terutama yang berkaitan dengan komunis dan sejarah NASIONALIS kiri.

Seharusnya PAS tidak berbangga dan cuba menimbulkan tentang penglibatan NASIONALIS kiri dalam sejarah perjuangan negara sebab NASIONALIS dan NASIONALISME pernah 'difatwakan' haram oleh Nik Abdul Aziz. (BACA DI SINI)

Dan sebagai salah seorang pengikut Nik Abdul Aziz yang terpaksa membahlolkan dirinya sendiri, Suhaizan Kayat tidak menimbulkan persoalan-persoalan tentang mengapa Raja-Raja Melayu terpaksa menggunakan 'khidmat' Residen Inggeris yang menasihati mereka dari tahun 1874 sehingga 1957.

Apa yang berlaku dalam tempoh 1874-1957 samalah seperti yang berlaku dalam PAS. Sekalipun Mursyidul Am PAS adalah Nik Abdul Aziz, Presidennya pula adalah Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda PAS Johor adalah Suhaizan Kayat, tetapi cakap-cakap mereka sebenarnya cakap-cakap DAP. Bezanya DAP tidak bercakap berterus-terang dan membuat peraturan untuk diikuti oleh PAS sebaliknya semua pembesar PAS sangat takut dengan DAP dan sentiasa perlu memastikan kehendak DAP terutama yang berkaitan dengan ISU MURTAD DI SELANGOR MEMBABITKAN GMDU dipindahkan kepada isu-isu lain.

Jadi, Suhaizan Kayat perlu menjelaskan, adakah 'rakyat' PAS sekarang terjajah atau sebaliknya, mengambil sempena peristiwa 1874-1957.... kalau Suhaizan Kayat jawab, YA, maka betullah orang Melayu di Tanah Melayu pada waktu sebelum 1957 dijajah oleh Inggeris. Kalau Suhaizan Kayat jawab, 'TIDAK, maka tidaklah juga orang Melayu di Tanah Melayu sebelum 1957 dijajah oleh Inggeris.

Senang, bukan?

0 comments

SETIAUSAHA AKHBAR CUBA GULING EXCO PERAK!!!

Salah seorang Exco Perak dilaporkan berada dalam situasi yang sangat merbahaya angkara seorang Setiausaha Akhbar yang seringkali berjaya melindungi siapa dirinya yang sebenar. Setiausaha Akhbar berkenaan dikatakan memilih salah seorang daripada Exco yang dilihat lemah dan boleh dibuli sesuka hati.

Namun dia sebenarnya sudah tersalah pilih. Exco yang dianggapnya lemah itu sebenarnya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bahkan dilihat lebih berwibawa daripada pemimpin yang menjadi majikannya!

Dengan PRU13 semakin dekat, nampaknya kelompok Setiausaha Akhbar, Setiausaha Politik dan Pegawai-Pegawai Khas cuba menjadi pencatur, semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Apatah lagi dengan Setiausaha Akhbar yang diperkatakan ini mempunyai terlalu banyak masalah terutama sekali yang membabitkan perangai MENYAMUN dan MENJARAHnya yang sangat 'berwibawa' dan bersifat 'famous'.

Antara perangai Setiausaha Akhbar yang tidak sedar diri dan cuba berlagak pandai itu ialah cuba melaga-lagakan semua orang dalam UMNO di Perak. Banyak peruntukan yang disapu masuk ke koceknya sendiri. Bagaimanapun, bagi mengelakkan dia 'diserang SPRM', Setiausaha Akhbar ini berjaya melakukan penyelinapan dan salah seorang Exco hampir menjadi mangsa fitnahnya.

Ramai yang tahu, Setiausaha Akhbar berkenaan sebenarnya sangat risau kerana Exco yang cukup terkenal dengan ketegasannya, menjadi penghalang kepadanya melanun dan melakukan penjarahan di Perak. Setiausaha Akhbar itu terpaksa mencetuskan pelbagai polemik dan kontroversi di kalangan UMNO dan penyokong UMNO, hatta terhadap media yang menyokong UMNO Perak sendiri kerana tidak mahu dia dipanggil SPRM.

Bagaimanapun, apa yang boleh dikatakan ialah, SPRM sebenarnya sudah pun tahu apa yang dilakukan oleh Setiausaha Akhbar berkenaan. Pejabatnya yang terletak di bangunan tertinggi di Jelapang, khabarnya akan dijengah oleh pegawai-pegawai SPRM tidak lama lagi.

Mungkin kerana mengetahui hal itulah, Setiausaha Akhbar yang 'SANGAT DISAYANGI' oleh majikannya, itu terpaksa melaga-lagakan semua orang UMNO dan menghapuskan pengaruh UMNO di Perak!!!!

Khabar terbaru, dia telah mengisytiharkan PERANG SECARA TERBUKA TERHADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA merangkap Presiden UMNO!!!

Nizar-Ngeh-Nga ternyata bijak meletakkan orang mereka, terutama sekali di sisi manusia yang paling dimusuhi oleh Nizar Jamaluddin di Perak!!! Yang dianggap sebagai Inner Circle individu tersebut sebenarnya adalah mata dan telinga Nizar-Ngeh-Nga yang bukan sahaja bertindak menyampaikan maklumat, tetapi juga melemahkan UMNO dari dalam tanpa disedari oleh sesiapa pun!!!

0 comments

PATUT TAK MAHU UMNO MENANG, RUPA-RUPANYA ADA UDANG DI SEBALIK BATU!!!

Anda kenal MENATANG ALOH dalam gambar di atas?

Bagi yang tak kenal, inilah yang dinamakan sebagai Range Rover Sports HST 4.2 V8 Supercharged. Harganya di Malaysia termasuk cukai, hampir RM1 juta.

Seorang bekas Ketua Bahagian UMNO di Selangor, khabarnya baru menyambar MENATANG ALOH ini. Mungkin semangat KHAIRY JAMALUDDIN telah menyerap ke dalam jiwa bekas Ketua Bahagian dan Penyelaras DUN itu sehingga dia berjaya memiliki MENATANG ALOH yang salah satu skru tayarnya menyamai harga Proton Saga FLX.

Menariknya, bekas Ketua Bahagian tersebut bukanlah seorang peniaga. Bukan juga seorang bekas kakitangan korporat, sebaliknya cukup terkenal di kawasannya sebagai MAFIA BERPISTOL.

Dari mana agaknya, mangkuk berkenaan memperolehi kekayaan yang teramat besar untuk memiliki sebuah kenderaan yang hanya layak dan bersifat membazir seperti MENATANG ALOH di atas?

Sumber memberitahu, selain MENATANG ALOH itu, dia juga memiliki beberapa kenderaan lain yang kesemuanya bersifat elegan dan mewh. Kalaulah latar belakangnya adalah seperti ROZALI ISMAIL, Pengerusi SYABAS yang khabarnya akan masuk politik, mungkin tidak ada orang yang akan buka mata.

Tetapi disebabkan dia adalah seorang 'penganggur' dan sekarang ini hanya berjawatan BEKAS Ketua Bahagian dan Penyelaras DUN, maka persoalan muncul tentang sumber dananya. Apakah sebenarnya aktiviti bekas Ketua Bahagian tersebut sehingga membolehkan dia menjadi orang kaya yang duitnya boleh dibazir-bazirkan dengan pembelian sebuah kenderaan yang berharga hampir sejuta ringgit.

Dia adalah antara orang yang paling lantang mendesak agar Bahagiannya diberikan peluang bertanding di kerusi yang disandang oleh seorang tokoh pemimpin Cina yang diterima ramai oleh orang Melayu di kawasan tersebut... tokoh pemimpin Cina itu pula tidak disenangi oleh pucuk pimpinan partinya sendiri. Salah satu DUN di Parlimen tersebut, dimenangi oleh wakil PAS yang menjadi Exco negeri.

Barangkali dengan berkereta mahal itu, UMNO-BN boleh menang di kawasannya kut? Atau barangkali juga ini merupakan satu lagi persona non grata yang bertujuan untuk MENGHAPUSKAN PENGARUH UMNO-BN di kawasan berkenaan seperti yang dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO yang menjelajah dengan konvoi kereta mewah di beberapa buah kawasan perkampungan dan Felda suatu ketika dahulu?

0 comments

Namewee Tunjukkan Siapa Perdana Menteri Selepas PRU-13

Dalam kita sibuk bersilat dan berkung fu..mari lah kita sama2 buat persediaan mental dan fizikal..rohani dan jasmani..
Disamping kita heboh perkatakan isu2 Anwar, isu2 Mat Sabu..dan isu2 semasa yg lain..
Disamping kesibukan kita perkatakan pasal UMNO dan PAS..
Disamping kita sibuk perkatakan kepincangan UMNO dan PAS..
Disamping kita sibuk mengira2 nak masuk kem mana..
Disamping kita sibuk memilih2 dan angan2 kerusi mana nak dicalonkan..
Disamping angan2 pasal projek apa nak dilibatkan diri..

Disamping kesibukan hari2..Disamping merancang masa depan..disamping apa saja..

Siap2kanlah diri kita..Mental dan Fizikal..rohanid dan jasmani..menyambut PM MALAYSIA pertama bangsa cina yg kapir..

Pasal kelak..tak yah ler nak riuh2..tak yah nak berdemo2..tak yah lah nak menyesal atau apa2 pun..berbangga2 je ler macam melayu2 pulau pinang.
Melayu2 Pulau Pinang dulu bukan main berbangga kerana berjaya menjatuhkan BN, bukan main bersyukur kerana berjaya melepaskan diri dari kezaliman BN, bersyukur kerana Islam yakni PASnya dah berjaya (perasan je tapi dan siok sendiri je), bersyukur dan berbangga kerana mendapat pemerintah yakni KM yg berkeinginan spt Umar Abd Aziz ra..sehingga ada sanggup mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau dalam khutbah jumaat. Ada artis dalam akhbar yg perasan dah "international" bukannya "org kampung", bukannya "melayu totok" atau "UMNO totok" atau melayu yg bebas, bijak dan tidak tertipu oleh kerajaan BN/UMNO..memuji2 LGE kerana naik satu flight ngan LGE, LGE nampak macam org biasa dan naik kelas ekonomi malah berasa begitu berbangga sekali kerana dapat bersama2 ngan LGE.

Kita juga kena belajar2 ngan Melayu2 Singapura yg gitu berbangga sekali kabor I'm Singaporean..kita melayu2 Malaysia ni leh belajor2 kabor "I'm Malaysian" ngan berbangga sekali..

So elok2 ler kita bincang2 dan teka2 kat kedai kopi, kat FB, kat forum2..sapa yg kita nak sebagai PM Malaysia yg pertama!! Lim Kit Siang ke? Karpal Singh ke? Govinda Singh ke? Teresa Kok ke?

Apa ada hal NASI LEMAK 2.0 je..kita mesti berbangga ngan PM baru kita, macam mana Melayu2 ada yg berbangga berlakon dlm NASI LEMAK 2.0 kerana Namewee berjaya menyedarkan melayu2 ni cara hidup sebenar MALAYSIA dan tentang MAJMUKnya rakyat MALAYSIA..ngan lain kata..melayu2 yg berlakon dan menyokong NASI LEMAK 2.0 adalah melayu2 "international" dan bukan melayu2 totok..atau melayu2 kampung!! Terasa bijak dan insaf bebenor kerana telah dapat petunjuk dan hidayah dari Namewee!!

-aa

0 comments

KETUA PEMUDA UMNO AMPANG DILAMAR DAP!!!

Dari sumber yang sangat dipercayai di Ampang, Ketua Pemuda UMNO Ampang, Safarizul Mustapha dikatakan telah dilamar oleh DAP Ampang yang khabarnya sudah tidak mahu lagi berwakilkan PKR dan PAS dalam mana-mana DUN dan Parlimen di Ampang. Sebabnya sudah tentulah kerana keserakahan yang ditunjukkan oleh PAS dan PKR yang saling berebut dan mengaut untuk diri sendiri.

Kelantangan Safarizul Mustafa yang diketahui SEPATUTNYA MENJADI KETUA PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR sebelum dicantas oleh Noh Omar dengan meletakkan Ku Salleh, rupa-rupanya menarik minat DAP Ampang.

DAP sedang mencari dan berusaha mendapatkan calon-calon Melayu yang berkaliber dan dari golongan muda yang boleh bekerja selain boleh menarik tumpuan.

Berdasarkan pengamatan peribadi penulis terhadap Safarizul Mustafa, Ketua Pemuda UMNO Ampang ini sebenarnya seorang yang bekerja kuat. Tidak ada banyak isu tentang dirinya kecuali musuh-musuh yang serakah dan bodoh mengaitkan tiga isterinya dengan Safarizul kononnya poligami yang diamalkannya kononnya akan menggagalkannya jikalau dia diberikan tanggungjawab sebagai calon.

'Cerita bocor' kononnya Datuk Ismail Kijo atau Rozaidah Talib, Ketua Wanita yang dikatakan bakal bertanding di Parlimen Ampang, Sheikh Arziman atau Badrehisham Joli yang bakal dicalonkan di Lembah Jaya, Aziz Derus atau Azwandin Hamzah di Bukit Antarabangsa, meminggirkan Safarizul Mustafa.

Nama-nama yang disebutkan di atas merupakan DINOSAUR-DINOSAUR yang sepatutnya duduk diam dalam muzium dan tidak perlu lagi bercita-cita menjadi calon atau menerima sebarang pencalonan. Azwandin Hamzah misalnya merupakan manusia lalang yang masuk UMNO semata-mata kerana pangkat bukan kerana bakat atau kerana keikhlasan. Manakala Badrehisyam pula merupakan bekas Ketua Pemuda dan Bendahari Bahagian Bukit Bintang, pula dilihat sebagai ahli politik terdesak yang beranggapan, duit boleh menyelesaikan segala-galanya.

Ampang merupakan Bahagian yang paling unik, memandangkan perebutan di kalangan para pembesar UMNO Bahagian masih tidak sedar diri yang mereka adalah pihak yang kalah.

Manakala Pakatan juga mempunyai masalah besar di Ampang. Zuraidah dan Azmin Ali dilihat tidak mampu menaikkan Pakatan di Ampang. Manakala Khassin pula dilihat longlai dengan kerja indent yang jumlahnya tidak lebih dari RM20,000 sebulan. Zuraidah sendiri bukan perkara rahsia yang INGIN MENJAHANAMKAN Melayu di Ampang dengan cakapnya secara terus-terang 'BILA BOLEH NAK JAHANAMKAN MELAYU NI.'

DAP selaku kuasa utama Pakatan Rakyat melihat masalah calon-calon Melayu di Ampang sebagai sesuatu yang menyakitkan hati. Justeru mereka melihat Safarizul yang TIDAK DIPEDULIKAN oleh UMNO dan dicantas oleh golongan yang TERSALAH AMBIL ILMU SEBAGAI BIAWAK PEMBANGKAI, sebagai calon paling sesuai untuk dijadikan ketua di Ampang!

Kalaulah Safarizul Mustafa yang dilihat sebagai pekerja UMNO menerima tawaran DAP Ampang, besar kemungkinan Ampang sekadar boleh jadi satu lagi IPOH untuk UMNO-BN!!!

0 comments

NIZAM KICAP TUNJUK POWER DI PERAK!!!

Anda kenal siapa Nizam Kicap? Tak kenal? Penulis juga sebenarnya tidak kenal dengan manusia bernama Nizam Kicap itu SELAIN TIDAK PERNAH BERURUSAN DENGANNYA. Tetapi nama Nizam Kicap sangat kerap kedengaran, terutama tentang KELICIKANNYA dan KEHEBATANNYA menjaga kedudukannya.

Tidak ada kepentingan buat penulis dengan Nizam Kicap atau waimma apa namanya atau kedudukan jawatannya sekalipun. Tetapi apabila makhluk ini cuba nak TUNJUK POWER dengan mengugut sesiapa sahaja yang dilihat dapat mengurangkan pengaruh atau 'nama besarnya', ia sebenarnya telah menunjukkan bahawa UMNO PERAK terutama sekali MENTERI BESARNYA sedang menyimpan seorang makhluk perosak atau parasit dalam UMNO Perak sendiri.

Anda nampak lelaki berkepala botak bercermin mata di dalam gambar di atas? Semuanya kecuali lima orang di dalam gambar di atas adalah kakitangan portal Perak Today yang khabarnya merupakan saingan terbesar kepada Nizam Kicap kerana Perak Today kerapkali 'menghalang' kelicinan urusannya.

Hanya kerana gambar di atas, lelaki berkepala botak berbadan besar itu telah dipecat dalam organisasi yang diketuai oleh Nizam Kicap!!!

Hanya kerana alasan itu. (BACA SETERUSNYA DI SINI)

Berita yang disampaikan kepada penulis ialah, Nizam Kicap telah mengugut blogger Parpukari dan Husin Lempoyang menerusi seorang sahabat blogger yang lain. Ugutannya ialah, laporan dan posting yang menceritakan tentang keserakahan serta kebiadapannya, ditarik balik atau SESUATU akan menimpa mereka.

Itu perangai orang yang sangat rapat dengan Menteri Besar Perak!

Kisah seorang Ketua Biro NST di Perak juga amat menarik. Kegagalan Ketua Biro NST yang sedang menghidap kanser kronik itu mengikut segala arahan dan berita yang dikehendaki oleh Nizam Kicap membuatkan dia telah dianiaya. Dia telah ditukarkan ke Kuala Lumpur atas arahan dan pengaruh Menteri Besar Perak setelah dicucuk oleh Nizam Kicap sekalipun segala rawatan dan keluarganya berada di Ipoh.

Itu cerita yang disampaikan kepada penulis sekalipun penulis sebenarnya tidak kenal pun siapa Nizam Kicap. Dan itu adalah cerminan kepada perangai orang dalam UMNO yang memegang jawatan besar...

Anda fikir, UMNO boleh menang di Perak atau di Malaysia dengan perangai orang UMNO seperti Nizam Kicap?

MIMPI USAP JUBOR LEMBU SAJALAH!!!

0 comments

ISU MURTAD DI SELANGOR SEMAKIN TERSERLAH DAN MENUNGGU TINDAKAN!!!

Edmund Bon Tai Soon merupakan orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan HAKAM (Human Rights Society). Dan yang paling menariknya ialah, dia merupakan seorang PEGUAM.

Twitternya mengesahkan tentang perkara yang cukup dinafikan oleh DAP dan Pakatan Rakyat iaitu PEMURTADAN ORANG ISLAM di Selangor yang membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama.

Secara berterus-terang, peguam yang berusia 34 tahun ini, mencabar Perlembagaan Malaysia yang menghalang sebarang cara untuk memurtadkan orang Islam walaupun atas nama hak asasi seperti yang cuba digunakan oleh peguam DAP ini.

Berlindung di belakang SUARAM dan HAKAM, pemurtadan yang dikatakan turut didalangi oleh Teresa Kok yang menjadi wakil dan kuasa penentu dalam Kerajaan Negeri Selangor, Edmund Bon yang sudah tentunya juga salah seorang ahli Majlis Peguam, nampaknya tidak gentar dan tidak peduli langsung dengan undang-undang mahupun Perlembagaan Malaysia.

Kebebasan yang diperjuangkan ialah, kebebasan untuk murtad atas nama hak asasi. Sedangkan ia sudah termakhtub di dalam Perlembagaan dan secara jelas, ianya perlu dipatuhi dan dihormati kerana sebagai pengamal undang-undang, golongan seperti Edmund Bon lebih memahaminya berbanding golongan biasa.

Bagaimanapun kerana 'lebih memahami' undang-undang itulah juga, menjadikan puak-puak ini sangat kebal dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja walaupun undang-undang yang sama, mereka cabar dan cabul berkali-kali.

Dan memandangkan dalam hal ini, Menteri Dalam Negeri TIDAK ADA KUASA, maka kuasa untuk MENGAMBIL EDMUND BON dan KUMPULAN PEGUAM yang secara galak mencabar undang-undang negara, berada di tangan PEGUAM NEGARA.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat, kini berada di tangan PEGUAM NEGARA bagi sebarang keputusan.

Semakin terserlah, semakin terdedah dan semakin jelas, tetapi nampaknya tiada sebarang tindakan kerana ketakutan pihak berkenaan terhadap KUASA EKSTREMIS KRISTIANISASI yang didalangi oleh puak PEGUAM dan pemimpin DAP.


0 comments

Sunday, September 11, 2011

SEMUA PAKAT DAH JADI PEMBANGKAI... TAK KIRALAH BN ATAU PAKATAN!!!!

Sunday, September 11, 2011
Semua pakat serba melawakkan. Kaum Pakatan kata BN pakat duk berebut kerusi. Yang BN Kata puak-puak Pakatan pula saling berebut kerusi. Sedangkan hakikatnya semua orang pakat duk berebut nakkerusi lebih. Tetapi yang paling menarik bila semua juga berpakat nak jadi calon.

Sessi rumah terbuka di beberapa tempat melibatkan pemimpin-pemimpin BN dan Pakatan hanya melibatkan perbincangan tentang siapa yang akan jadi siapa. Itulah sembangnya... tak kiralah sama ada sembang BN atau sembang Pakatan.

Menariknya ada pegawai khas dan setiausaha akhbar yang galak duk bersembang tentang jawatan yang bakal mereka sandang. Sekaligus menjadikan mereka sibuk mengatur pemimpin masing-masing untuk ke jawatan terbaru atau paling tidak pun mengekalkan jawatan sedia ada.

Itulah yang berlaku di Perak. Seorang setiausaha akhbar nampaknya terlalu kelam kabut untuk memastikan menteri besarnya kekal dalam jawatan dan mula mengatur lankah untuk memancung beberapa orang Exco terutama sekali Exco Kanan Dato Hamidah Othman.

Ingatkan masalah antara Kak Midah dah selesai, rupa-rupanya ada pegawai akhbar yang sangat tidak senang hati dan menjadi batu api yang saliang cucuh mencucuh antara kedua-dua pihak.

Begitu juga masalah yang melibatkan Khir Toyo dengan tiga orang menteri pusat yang cuba mengenakannya!

Dalam PAS pula, gerakan menggulingkan beberapa orang pemimpin kanan terutama sekali Menteri Besar Kedah dan Exco cikai Selangor, Hasan Ali sedang giat dijalankan. Di Kedah beberapa orang Exco yang berangan-angankan jawatan Menteri Bedar Kedah, mula mengatur orang-orang mereka, yerutama sekali yang melibatkan GLC negeri bagi maksud dana.

Jadi jangan terperanjat dengan keputusan pilihanraya nanti kerana kekalahan pemimpin-pemimpin tertentu bukan disebabkan oleh kuatnya parti yang mereka anggotai atau hebatnya sokongan para pengundi tetapi kerana tikam belakang seperti yang berlaku di Kedah pada PRU 12 lalu.

Makin dekat dengan tempoh pilihanraya kita akan disajikan dengan pelbagai cerita aneh dan serba memeningkan teapi serba melawakkan.

0 comments

DAP ADALAH PARTI MALAIKAT... ITU SEBAB ORANG UMNO TAK BERANI SENTUH LANGSUNG!!!

Sudah menjadi satu hakikat, baik UMNO mahupun PAS, mereka sangat hero dalam memperlekeh-lekehkan dan memperkecil-kecilkan sesama sendiri. Kalau sudah tidak mampu mencari isu lain, maka akan dicarilah isu-isu agama untuk menunjukkan betapa lawan masing-masing tidak cukup Islam berbanding mereka walaupun hakikatnya kedua-dua parti tersebut tidak cukup Islam dan tidak pernah Islam pun menurut al Quran dan As-Sunnah memandangkan kedua-duanya adalah agen pemecah belah umat yang menganut fahaman tegar DEMOKRASI ROM.

Dalam banyak isu, DAP banyak bertindak sebagai tok dalang dan tukang tiup api. Dan dalam banyak isu, tukang bergasak adalah UMNO dan PAS.

Begitu jugalah dalam beberapa isu terkini termasuklah isu murtad. DAP sekadar menjadi tuan besar yang bercekak pinggang di belakang, sedangkan yang begitu hebat mempertahankan DAP adalah PAS dan Melayu-Melayu PKR. UMNO pula seperti biasa, serang, serang dan terus menyerang tetapi akhirnya mereka pula yang akhirnya terkulat-kulat dan terkangkang-kangkang untuk mempertahankan diri... macam biasa!!!

Tidak banyak serangan yang dibuat terhadap DAP. Dalam apa-apa juga keadaan, DAP biasanya mempunyai pelindung dan perisai iaitu PAS dan PKR. DAP sekadar menjadi penyebut tetapi tukang bakar adalah para pemimpin bongok seperti Mat Sabu yang memperjuangkan dan memperkatakan tentang kebaikan komunis.

Apabila DAP BUAT LAWAK dengan menggunakan isu agama Islam, termasuklah khutbah Jumaat yang mendoakan Lim Guan Eng, para pemimpin PAS yang mempertahankan tindakan tersebut.

Apabila tuntutan ramai pemimpin DAP untuk mempergunakan kalimah ALLAH, para pemimpin PAS juga yang pusing satu Malaysia untuk menerangkan betapa baiknya tuntutan berkenaan.

Apabila DAP mempersoalkan tentang peruntukan buat masjid dan sekolah agama, PAS jugalah yang mempersoalkan tentang keadilan dan ketelusan walaupun peruntukan Perlembagaan jelas menunjukkan perjuangan PAS dan DAP itu sebenarnya sangat bersalahan daripada norma yang sepatutnya.

Apabila DAP memperjuangkan KANDANG BABI MEGA di Selangor tetapi menghapuskan waimma kandang babi mikro di Pulau Pinang, PAS jugalah yang paling ke hadapan untuk memperjuangkan BABI-BABI walaupun pada ketika hidupnya, Fadhil Nor, bekas Presiden PAS bukan main mengutuk UMNO dan Abdullah Badawi kerana menangani krisis babi yang menyebarkan virus Nipah.

Itu hanyalah sebahagian daripada pembabitan dan pembelaan PAS untuk DAP. Bagaimana pula dengan UMNO?

Tidak lebih kurang dan tidak lebih baik berbanding UMNO. UMNO sangat takut dengan DAP. Para pemimpin UMNO mempercikaikan pemimpin-pemimpin PAS seperti Nik Abdul Aziz yang cukup gentar dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, padahal para pemimpin UMNO seperti Hishamuddin Hussein Onn, Nazri Aziz, Noh Omar dan sebagainya cukup takut sekiranya nama mereka dipetik oleh para pemimpin DAP sekalipun yang menyebut nama mereka adalah Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan!

Menjelang PRU13, seharusnya orang Melayu sudah boleh membuka mata, apa sebenarnya yang sedang menanti mereka selepas pilihanraya nanti. Apakah nasib mereka akan terbela atau keadaan seperti kerajaan membela TELCO akan berterusan.

Dalam keadaan ini, orang Melayu seharusnya lebih bijak memilih pemimpin mereka. Cerita tentang pilih parti bukan pilih pemimpin sebenarnya sudah jadi cerita basi. Orang Melayu harus benar-benar memilih pemimpin yang sanggup bersama-sama mereka, bukan pemimpin yang hanya bercerita tentang hebatnya parti tetapi mereka sendiri macam HAMPAS!!!

Buktinya sudah sangat jelas, bagaimana para pemimpin UMNO dan PAS tidak mampu berbuat apa-apa terhadap DAP bahkan mengglamourkan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum sekalipun orang Melayu di dalam DAP hanyalah pencacai yang tidak boleh dapat jawatan lebih daripada AJK Bahagian!!!!

0 comments

BAHANA SOKONGAN TERHADAP PEMURTAD, KHALID SAMAD TERIMA PADAH

Selain Mat Sabu dan Mahfuz Omar, figur paling MERAPU dan PALING MENGARUT dalam PAS adalah Khalid Samad. Bagi golongan pembangang dan pembongok, Khalid Samad mungkin dilihat sebagai ikon dan idola kerana kebanyakan tindakannya bersifat emosi walaupun tidak intelek.

Apabila Khalid Samad memilih untuk berkonfrontasi dengan MAIS dan JAIS, Khalid Samad sebenarnya sedang mengisytiharkan perang terhadap DYMM Sultan Selangor memandangkan MAIS dan JAIS berada di bawah bidang kuasa baginda.

Mungkin memikirkan negara ini bernama Malaysia dan undang-undang mungkin kelihatan agak seragam, Khalid Samad cuba mengelirukan masyarakat dengan undang-undang negeri yang setiap negeri mempunyai kelainan masing-masing, terutama dari segi pentadbiran kuasa agama yang kebanyakannya terletak di bawah Sultan negeri masing-masing.

Kemarahan Khalid Samad apabila dia tidak dibenarkan mengajar agama, cukup mudah difahami. Sebagai pemimpin PAS, Khalid Samad perlu menampilkan dirinya sebagai orang yang bijak dan pandai agama. Seandainya sekatan dibuat, secara tidak langsung, pemimpin PAS seperti Khalid Samad dinafikan keintelektualan dan kebolehupayaannya dalam bab-bab agama.

Tanpa elemen-elemen pengaruh agama, apalah lagi yang ada pada para pemimpin PAS seperti Khalid Samad.

Khabar terbaru yang diterima, Khalid Samad DIHARAMKAN daripada menghadiri sebarang majlis yang melibatkan DYMM Sultan Selangor!

Larangan tersebut suatu ketika pernah dikenakan terhadap seorang Menteri Besar dari UMNO. Namun pada ketika itu UMNO sangat bersatu dan kesan terhadap bekas Menteri Besar berkenaan kurang terasa kerana sokongan kaum UMNO di belakangnya, termasuklah yang ditunjukkan oleh si Batu Api yang sekarang ini menjadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Khalid Samad juga mungkin mengulangi sejarah bekas Menteri Besar tersebut. Larangan ke atas dirinya, mungkin tidak akan mendatangkan sebarang kesan kerana Khalid Samad bukannya orang Selangor, sebaliknya orang Johor yang datang menjadi wakil rakyat kepada sebahagian rakyat Selangor.

Dalam keadaan ini, PAS dan Pakatan Rakyat akan bersatu di belakang Khalid Samad, sekalipun pada masa yang sama, Khalid Samad cuba 'membunuh' salah seorang ahli politik PAS yang memang berasal dari Selangor dan mewakili sebahagian rakyat Selangor iaitu Hasan Ali.

Barangkali juga, ramai yang tidak menyedari bahawa semua rentetan peristiwa mempunyai kaitan dengan kali pertamanya Khalid Samad berpeluang berucap dalam gereja dan memperkenalkan doktrin paling hebat dalam sejarah umat Islam di Malaysia iaitu perkongsian KALIMAT ALLAH yang diutarakan sendiri oleh Khalid Samad, sebelum menyalahkan JAIS kerana melakukan pemeriksaan ke atas sebuah gereja di mana 12 orang Islam di gereja tersebut dipercayai telah mengubah iktikad mereka.

Ramai penyokong PAS yang ada otak dapat melihat bahana yang sedang menimpa parti tersebut ekoran kebodohan dan keghaplahjinggaan Khalid Samad dan pemimpin-pemimpin PAS sepertinya.

Pengharaman Khalid Samad dalam sebarang majlis yang melibatkan DYMM Sultan Selangor sebenarnya lebih menyusahkan PAS memandangkan majoriti orang Melayu masih lagi menjadikan institusi kesultanan sebagai benteng harapan terakhir mereka.

0 comments

BILA RAIS YATIM CUBA NAK COVER STORY!!!!

Apabila Rais Yatim memberitahu kononnya kerajaan tidak campurtangan dalam 'keputusan' TELCO untuk memindahkan cukai 6% kepada pengguna, maka berkocaklah satu lagi cerita yang sepatutnya sunyi dan terselubung. Mengapa Rais Yatim cuba menunjukkan yang kerajaan tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas syarikat-syarikat korporat yang kerajaan sendiri ada saham dan pegangan di dalamnya, mula dipersoalkan.

Tidak dinafikan perjanjian tentang kenaikan harga dibuat lebih awal dari 2011. Namun mengapa kenaikan tersebut diumumkan pada ketika kerajaan sendiri sedang dalam keadaan 'tenat' sokongan ekoran ketidakmampuan kerajaan memberikan jaminan keselamatan kepada rakyat menerusi ketegasan dalam tindakan yang lebih tegas dan tiada kompromi terhadap isu-isu keselamatan. Apa yang Rais lakukan sebenarnya memberikan gambaran bahawa kerajaan yang ada tidak begitu reliable.

Fenomena sebegini sebenanya bukanlah satu fenomena baru dan terasing. Fenomena menteri-menteri dan orang besar kerajaan menunjukkan SIKAP BODOH keterlaluan, seakan-akan sudah menjadi HIDANGAN WAJIB untuk rakyat membuat pilihan pada PRU akan datang.

TELCO boleh dipersalahkan kerana cuba memindahkan sebahagian daripada 'kerugian' mereka kepada pengguna. Namun seperti yang dihujahkan, 'kerugian' tersebut sebenarnya bukanlah kerugian yang sebenar kerana dari setahun ke setahun laporan kewangan syarikat-syarikat telekomunikasi tidak langsung menunjukkan pengurangan keuntungan, bahkan berlebih-lebihan.

Dalam pada pasaran di negara ini yang tidak kompetitif dan terbuka, sebaliknya lebih bersifat monopoli kecuali jenama sahaja yang berlainan, rakyat sebenarnya DIPAKSA untuk menerima dan kemudian DIPAKSA pula untuk membayar tanpa sebarang pilihan mahupun boleh membuat rungutan.

Servis yang lembab, tidak menarik, sentiasa dibela oleh kerajaan dan inisiatif berlebihan kerajaan kepada syarikat-syarikat korporat berbanding rakyat, dilihat tidak sesuai langsung dengan retorik-retorik yang dilambung-lambung seperti PENCAPAIAN DIUTAMAKAN RAKYAT DIDAHULUKAN.

Rais Yatim selaku Menteri paling senior dan 'KEPALA PALING BOTAK' telah menyatakan lebih awal bahawa kerajaan tidak campurtangan, padahal dia terlupa bahawa rakyat tahu, bahagian kerajaan ada dalam TELCO. Isu pembayaran 6% yang sepatutnya boleh diselesaikan olehnya sendiri, terpaksa dipindahkan kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri pula yang perlu menjawab untuk 'isu remeh' tersebut.

Kemudian, bila Perdana Menteri meminta agar syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan membuat pertimbangan semula, Rais membuat kenyataan bahawa isu tersebut akan dibawa berbincang di meja kabinet.

Persoalannya ialah SEJAUH MANAKAH kabinet akan membuat keputusan bagi pihak rakyat, memandangkan dalam isu ASTRO pun, KABINET JELAS tidak berupaya dan langsung tidak berani angkat muka, apatah lagi bersuara kepada syarikat televisyen berbayar itu.

Apakah Rais Yatim masih lagi berasakan rakyat negara ini adalah rakyat pada tahun 60-80-an yang boleh menerima apa-apa sahaja alasan yang diberikan oleh kerajaan tanpa sebarang prejudis sekaligus tidak memberi kesan kepada pola pengundian dalam PRU akan datang?

Atau barangkali Rais Yatim terlupa sebenarnya bahawa rakyat sekarang, jauh lebih bijak dan jauh lebih menilai hak serta harga diri mereka berbanding tanggapan sebahagian orang UMNO bahawa rakyat masih bodoh dan boleh digula-gulakan dengan temberang-temberang dan cakap-cakap kosong?

Berhentilah daripada bercakap atau mengeluarkan kenyataan bodoh seperti yang dilakukan oleh RAIS YATIM, HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN, NAZRI AZIZ, NOH OMAR dan sebilangan pembesar UMNO yang lain. Sekarang adalah zaman di mana maklumat hanya terletak di hujung jari. Pokok di tepi jalan yang dianggap tidak berguna pun, sudah mampu membekalkan maklumat yang diperlukan.

Rakyat sedang menanti apa lagi CAKAP-CAKAP TERATUR RAIS YATIM yang sedang cuba melakukan Taichi untuk mengelak daripada menjawab perkara yang sebenar tentang isu TELCO dan 6%. Rakyat juga sedang menanti, benarkah kerajaan benar-benar bekerja bagi pihak rakyat, atau kerajaan sebenarnya bekerja untuk syarikat-syarikat korporat bagi keuntungan sesetengah orang dalam kerajaan atau yang pihak yang berkaitan dengan mereka.

Tak payahlah bercerita tentang JASA UMNO dan BN kepada NEGARA... cuba pula cerita, apa jasa rakyat kepada sebilangan menteri dan pembesar negara yang sudah lupa diri bahawa mereka hidup sekarang dengan sokongan rakyat!!!

0 comments

TAICHI SAJALAH HISHAMUDDIN OII!!!

Macam biasa, kalau Hishamuddin nak lari daripada tanggungjawab, dia akan meletakkan kesalahan dan kelembikannya kepada orang lain. Dalam hal Mat Sabu juga, Hishamuddin masih tidak mampu mengubah kebiasaan itu. Memamndangkan rakyat dah tahu dan nampak dengan jelas bagaiman TIDAK ADA SATU ISU PUN yang berjaya diselesaikan oleh Hishamuddin Hussein Onn selaku Menteri Dalam Negeri, dia cuba menalihkan KELEMBIKANNYA itu kepada Peguam Negara pula.

Seolah-olah dalam bahasa yang lebih mudah, duduknya Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri hanyalah untuk MENTEKEDAGHAH gaji buta selain menikmati segala keistimewaan selaku menteri selain menyediakan GAJI BESAR untuk orang-orangnya.

Mungkin para penyokong Hishamuddin tidak akan berpuas hati dengan kenyataan di atas. Oleh kerana itu, cuba buat ujikaji dengan kaedah yang paling mudah. Sepanjang Hishamuddin menjadi Menteri KDN, berapa banyak isu yang telah diselesaikan selain daripada isu-isu yang membabitkan pegawai khasnya dan dia sendiri yang bersifat peribadi dan takut hilang kuasa?

Perhatikan juga bagaimana MENTERI PALING LEMBIK DALAM SEJARAH KABINET Malaysia ini mengatasi masalah. Dia biasanya akan duduk diam dan kemudian membuat komen seolah-olah dia adalah seorang ketua kampung yang terlambat dalam elaun bulanan.

Ribuan laporan polos dibuat tentang usaha-usaha pihak tertentu mewujudkan ketidakstabilan dalam negara, namun tindakan yang dilakukan tidak lebih daripada mencuci pungung bertaik dengan tisu basah. Begitu juga dalam kes Mat Sabu. Mungkin nasihat daripada makhluk-makhluk di sekelilingnya menyatakan tiada lagi keperluan mengambil tindakan tegas kerana komunis sudah tidak ada lagi, namun sebenarnya kerana ada keperluan untuk tidak mengambil tindakan kerana motif tertentu terutama sekali POLITIK HENDAKKAN JAWATAN.

Kuasa ISA bukan kuasa Peguam Negara. Apa yang Mat Sabu serta ramai pemimpin pembangkang lakukan, terutama sekali yang berkaitan dengan Melayu, Raja MelYu dn Islam sebenarnya mengundang petaka yang sangat besar ,epada negara. Namun apa yang telah dilakukan oleh Si Lembik ini?

Dia masih lagi menyatakan tiada keperluan untuk ISA kerana ISA hanya untuk KESELAMATAN. Mungkin keselamatan ang dimaksudkan ialah, Hishamuddin tidak ada jawatan dalam kabinet lagi. Taichi yang dilakukan amat menjengkelkan. Apatah lagi dengan tindakan yang lebih dilihat sebagai cuba tutup buruk diri dengan mengambil tindakan terhadap 'grup sendiri' dilihat sangat keterlaluan.

Dan sekarang Hishamuddin terus memberi alasan yang serba memburukkan? Siapa agaknya yang memberikan nasihat kepadanya AGAR SENTIASA JADI BANGKAI YANG KOHONG BAUNYA?

Tolonglah wahai Hishamuddin, cubalah lakukan walau hanya sekali tindakan yang boleh menyelamatkan negara, bukannya tindakan yang hanya menyelamatkan kedudukan anda atau tindakan yang menunjukkan ada pegawai khas anda yang sedang gila nak tunjuk kuasa!!!

1 comments

Saturday, September 10, 2011

KETUA UMNO BAHAGIAN PINJAM DUIT CETI HARAM UNTUK SONGLAP DUIT!!!

Saturday, September 10, 2011
Terkejut benar apabila mendapat tahu seorang Ketua UMNO Bahagian di salah satu bahagian di Selangor mengambil jalan mudah dengan meminjam daripada lintah darat. Walaupun kononnya cerita RM1.5 juta diperolehi daripada pelupusan aset UMNO Bahagian tersebut di sebuah kawasan pusat perniagaan yang terkenal di Bahagian berkenaan, namun apabila Ketua Bahagian UMNO tersebut amat terdesak sehingga perlu meminjam daripada lintah darat, sememangnya ia adalah sesuatu yang sebenarnya tidak boleh dimaafkan sama sekali!

Dengar-dengar cerita RM250,000 tunai yang diberikan juga tidak mencukupi untuk satu 'kerja'. Alasan itulah yang digunakan untuk meminjam dari Ah Long!

Berapa punya cikai la si Ketua Bahagian berkenaan yang sedang memanjat hajat untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Selangor setelah sebelum ini kalah di kerusi DUN kerana kebencian para pengundi terhadap perangainya sendiri!

Menariknya, Ketua Bahagian ini bukan orang susah pun. Daripada siasatan yang dibuat, RM60 juta berada di dalam akaun isterinya yang merupakan salah seorang pembesar Puteri UMNO suatu ketika dahulu.

Setakat RM50,000 bukannya banyak sangat pun. Tetapi dia memilih untuk mengusutkan lagi keadaan dan menambahkan lagi masalah dalam Bahagiannya. Setidak-tidaknya sebagai tekanan untuk menunjukkan betapa dia sebenarnya sangat berwibawa untuk menjadi calon Parlimen berdasarkan CAKAP-CAKAP SI TOK BOMOH yang sangat dipercayainya.

Setiap Bahagian UMNO di Selangor diperuntukkan RM50,000 untuk dibahagi-bahagikan kepada setiap cawangan bagi sambutan hari raya. Bagaimanapun, si Ketua Bahagian yang sangat licik ini, tidak berhajat untuk membahagi-bahagikan wang berkenaan, sebaliknya yang dibuat ialah, dia memberitahu, wang tersebut adalah claim untuk duit ceti haram yang telah pun dijelaskan dengan bantuan beberapa orang pembesar UMNO Bahagian yang lain.

Dengan kata lain, wang tersebut mengalir juga ke akaunnya!!!

Sekarang yang dipertikaikan, apa sudah jadi dengan duit dan segala macam duit yang ada?

Siapa Ketua Bahagian berkenaan, anda teka-tekalah... yang sahihnya dia sedang mengintai untuk bertanding di Kerusi Parlimen... kalau anda tengok, Ketua Bahagian yang kalah di DUN pada 2008 tetapi pada 2012 bertanding di Parlimen dan kejadian pula berlaku di Selangor... DIALAH ORANGNYA!!!

1 comments

UNTUK INGATKAN BALIK MAT SABU TENTANG SEJARAH BURHANUDDIN AL-HELMY!!!



Yang menyanyi di dalam klip video itu adalah Allahyarham Datuk Zainal Alam. Ini jingle untuk PRU yang pertama iaitu pada 27 Julai 1955... referendum untuk menentukan siapakah yang bakal jadi pemerintah dan Ketua Menteri pertama di Malaysia.

Mat Sabu kata, kalau ikut referendum, yang patut jadi Ketua Menteri atau Perdana Menteri pertama adalah Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Seperti yang diketahui daripada buku sejarah, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah dipenjarakan selama tiga tahun iaitu pada tahun 1950 sehingga 1952 kerana terlibat dalam Rusuhan Natrah di Singapura.

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat, Burhanuddin Al-Helmy ditahan oleh British kerana dia telah menyeru agar KOMUNIS YANG BERJUANG DI DALAM HUTAN TIDAK DITENTANG pada tahun 1948 kerana kononnya, komunis menentang British. Burhanuddin Al-Helmy tidak boleh ditahan dengan alasan MENYOKONG KOMUNIS kerana undang-undang darurat hanya terpakai di Semenanjung Malaysia, sedangkan pada waktu itu Burhanuddin berada di Singapura.

Tahun 1955, Burhanuddin Al-Helmy sedang mempromosikan Parti Rakyat Malaya apabila Ahmad Boestamam dibebaskan dari penjara. Burhanuddin Al-Helmy mengetuai Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Penyengutuan dengan Parti Komunis Malaya menjadikan Parti Rakyat Malaya dan pertubuhan-pertubuhan kiri yang lain termasuklah PKMM dan sebagainya tidak mendapat sokongan daripada rakyat Malaya.

Maknanya selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah komunis bersetuju meletak senjata, mereka tidak pernah mendapat sokongan daripada rakyat sungguhpun nama besar PAS seperti Burhanuddin Al-Helmy menyokong mereka!

Rakyat dan penduduk Tanah Melayu tidak memilih revolusi sebaliknya menggunakan otak dan kebijaksanaan...

Itu kalau Mat Sabu dan para penyokongnya tahulah... sebab kata dia, tidak ada referendum, sedangkan Pilihanraya Umum Pertama 1955 itu sendiri adalah referendum apabila Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menyapu bersih semua kerusi kecuali satu yang berjaya direbut oleh PAS (pada ketika itu masih lagi berjenama Pan-Malayan Islamic Party (PMIP)).

Kuat sangatlah PAS pada waktu itu yang hanya menang satu daripada 52 kerusi yang dipertandingkan?

Tak tahulah kalau Mat Sabu terbaca Buku Merah Mao Tze Tung yang menjadi pegangan Pengganas Komunis pada waktu itu sehingga dia dapat sumber sejarah yang lain daripada yang lain!!!



0 comments

Friday, September 9, 2011

KEGAGALAN OPS SIKAP KE-24, LAMBANG KEGAGALAN PEMBUAT DASAR!!!

Friday, September 9, 2011
Mahfuz Omar sudah boleh berpuas hati apabila kematian pada Ops Sikap Ke-24 adalah yang tertinggi sepanjang Ops Sikap diadakan. Tahun ini, kematian pada Ops Sikap adalah 289 dengan 259 kemalangan maut. Jumlah tertinggi selama 11 tahun Ops Sikap dilancarkan.

Tahun ini, bersesuaian dengan sikap KETUA POLIS NEGARA yang sangat lemah lembut dan sentiasa mengelak gigi palsunya daripada tertanggal, maka pendekatan yang digunakan adalah menasihati dan 'MEMBERI AMARAN'. Maka hasilnya ialah, pengguna-pengguna jalan raya berlumba-lumba mengejar SIAPA NAK MATI DULU dan SIAPA YANG NAK MATI DALAM KEADAAN PALING TRAGIK!!!

Entah siapa punya nasihat, pendekatan penguatkuasaan dikurangkan sebaliknya yang dibuat adalah nasihat. Ia umpamanya tidak menjatuhkan hukuman penjara, sebaliknya yang disuruh adalah masuk kelas tazkirah dan selepas diberi tazkirah lebih kurang, maka dibebaskanlah di pelaku kesalahan.

PAS dan Pakatan Rakyat begitu menentang Saman Ekor yang menurut mereka tidak adil. Bagaimana pula dengan kematian akibat kemalangan jalanraya pada musim perayaan ini? Saman ekor sudah tiada dan tiada sesiapa pun yang bimbang akan kena saman lagi sebab penghapusan saman ekor merupakan kemenangan mutlak MAHFUZ OMAR?

Sebenarnya hukuman jalan raya Malaysia merupakan hukuman yang paling ringan dan paling tidak mendatangkan kesan. Penyalahgunaan jalanraya dan lebuh raya sentiasa marahkan pihak berkuasa kerana mengenakan denda atau menyaman mereka tetapi pada masa yang sama, masing-masing tidak pernah berusaha untuk memperbaiki gaya pemanduan. Malah kesedaran tentang keselamatan juga, amat-amat tidak dititikberatkan.

Pihak berkuasa telah memperkenalkan tali pinggang belakang. Tentangan daripada orang ramai, menyaksikan, pihak berkuasa terpaksa mengalah dan undang-undang tersebut menjadi undang-undang nasihat yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sekarang, semua pihak menuding sesama sendiri, mencari salah mengapa kematian berlaku begitu tinggi di jalan raya pada musim perayaan kali ini. Ada yang memberi alasan pertambahan kenderaan di jalan raya menjadi puncanya. Ada yang kata, faktor jalan yang menjadi penyebab. Ada juga yang berkata, semua ini takdir Allah Taala.

Tidak ada sesiapa pun yang salah dalam menyebut sebab-musabab tersebut. Namun tiada sesiapa juga yang berani menyatakan bahawa pemandu-pemandu di Malaysia sebenarnya adalah SEKAWAN ANJING GILA yang menggonggong tulang. Asal nampak jalan raya, mulalah masing-masing menekan pedal minyak serapat-rapatnya dan berlagak macam mereka sahaja yang membayar cukai jalan.

Agak aneh kerana jumlah kenderaan di Jerman jauh lebih banyak berbanding di Malaysia. Malah kenderaan di New Zealand boleh dibeli dengan harga yang sangat murah dan tiada hanky-panky dalam proses pembeliannya. Bagaimanapun berbanding jumlah kemalangan di negara-negara tersebut dengan di Malaysia, bagaikan membandingkan warna hitam dengan warna putih. Terlalu jauh bezanya.

Begitu juga dengan hukuman yang dikenakan terhadap penyalahguna jalan raya dan lebuh raya. Sesiapa pun boleh membunuh di Malaysia dengan menggunakan kenderaan yang mereka pandu. Pembunuhan itu dihalalkan dan dibolehkan tanpa perlu menjalani hukuman berat kecuali lesen digantung selama tiga tahun.

Mana hukuman penjara? Mana hukuman denda yang sangat berat kerana menyebabkan kematian? Mana hukuman khidmat sosial bagi menyedarkan para pembunuh tersebut bahawa nyawa yang mereka regut sebenarnya adalah nyawa manusia?

Tak payahlah sembang tentang pendekatan kasih sayang serta berhikmah kononnya. Dalam Islam sendiri pun, pendekatan dibuat sama ada dengan nasihat, amaran dan disusuli hukuman berat. Tiada gunanya mengadaptasi pendekatan-pendekatan karut Barat. Pendekatan kononnya kasih sayang, lebih manusia, lebih bertamadun dan sebenarnya, tidak menjadikan kelompok berkenaan lebih manusia sepertimana yang diuar-uarkan, sebaliknya menjadikan mereka sebagai manusia gasar yang tidak mematuhi undang-undang.

Perhatinkan sahaja apa yang berlaku di Barat yang kononnya pendekatan kasih sayang dan psikologi dikatakan sangat berjaya... perhatikan juga bagaimana hukuman bunuh dimansuhkan di Britain, tidak mengurangkan sedikit pun kes-kes kematian dan pembunuhan kejam.

Itu jugalah yang berlaku di jalan-jalan raya dan lebuh-lebuh raya di Malaysia.

Sekarang, bolehlah Mahfuz Omar dan geng-geng penentang Saman Ekornya berpuas hati. Barangkali lagi banyak orang mati berkecai di jalan raya kerana tiada saman ekor, semakin lah senang hati... keselamatan belakang kira... yang penting, saman ekor tidak ada!!!

0 comments

6% TAK JADI, YANG KENA BAYAR BERAPA PERCENT PULAK?

Najib dah bersuara meminta syarikat-syarikat telekomunikasi 'MENGKAJI SEMULA' 6% yang perlu dibayar oleh para pengguna ka prepaid. Namun apa yang dinyatakan oleh Najib Abdul Razak masih tidak melegakan rakyat dan orang ramai, apatah lagi para pengundi yang sudah mengira-ngira dan mengecam-ngecam lambang parti-parti yang bakal bertanding pada PRU13 akan datang.

Rais Yatim awal-awal lagi sudah bagitahu, 'KERAJAAN TAK CAMPURTANGAN'. Dengan kata lain, yang menjaga kebajikan rakyat, bukanlah kerajaan lagi. Sebaliknya adalah rakyat sendiri. Kerajaan hanya tahu berapa peratus cukai yang akan mereka perolehi daripada keuntungan syarikat-syarikat komunikasi berkenaan. Soal sama ada syarikat-syarikat komunikasi tersebut nak cekik darah ke, nak pancung kepala ke, itu kerajaan tak mahu ambil tahu. (BACALAH KAT SINI KALAU TAK PERCAYA)

Ramai yang kata, reaksi yang diberikan oleh Najib Abdul Razak tidak meyakinkan langsung. Bahkan reaksi itu sebenarnya menunjukkan Najib sebenarnya cuba lari dan enggan menjawab mahupun menyelesaikan masalah rakyat marhein yang bergantung sepenuhnya kepada kad prabayar untuk terus berkomunikasi!

Kerajaan meminta, tetapi kalau syarikat-syarikat tersebut enggan, apa kerajaan nak buat? Yang tetap kena bayar adalah rakyat. Buatlah macam mana pun, rakyat tetap akan kena bayar... sama ada 6% atau 3% mahupun 2%... bila keputusan dah buat, nak minta agar keputusan tersebut ditarik balik dan rakyat tidak perlu bayar, umpama mengharapkan Naga turun dari langit. Cerita ada, bayang entah di mana.

Cerita tentang hampirnya PRU dan rakyat sedang memerhatikan tindak-tanduk kerajaan, nampaknya tidak menjadi kudis, terutama kepada para pemikir yang berfikir di dalam bilik berhawa dingin, dengan kereta mahal, dengan sut harga beribu ringgit dan tidak pernah tahu apa beza sawi dengan kailan.

Masalah kerajaan ialah sentiasa mengambil cakap-cakap golongan yang tidak pernah pijak tanah dengan telapak kaki. Masalah kerajaan ialah sentiasa percaya, golongan atasan lebih baik daripada golongan marhein. Anehnya, bila tiba pilihanraya, mereka juga yang berlumba-lumba cuba mendapatkan undi dari kalangan marhein dengan sejuta satu macam cerita-cerita fantasi yang lebih banyak FANTASI BERBANDING REALITI.

Sekarang, buatlah macam mana pun, yang nyatanya, rakyat yang tetap kena bayar. Dan kalaupun alasan kerajaan ialah, kerajaan perlu membayar lebih banyak subsidi, itu juga yang akan dibayar oleh rakyat...

Sedangkan apabila rakyat memekak memberitahu BAYARAN UNTUK KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT-SYARIKAT KOMUNIKASI TERSEBUT macam punggung lembu kena cirit-birit, tidak ada sesiapa yang peduli.

Bayangkanlah jumlah yang TERPAKSA DIBAYAR OLEH RAKYAT untuk perkhidmatan ala-amatur, sama ada telefon apatah lagi broadband... BANDINGKAN PULA DENGAN PERKHIDMATAN YANG DIPEROLEHI OLEH RAKYAT SINGAPURA, bahkan Indonesia, atau Romania, mahupun Korea... sudahlah broadband bayar beratus ringgit sebulan, kelajuannya pula, tidak sampai 10% daripada keupayaan yang disediakan oleh pembekal di negara-negara yang disebutkan di atas...

Sekarang, nak kena bayar cukai 6% pulak?

Apakah kerajaan sedang menjadikan PERKHIDMATAN TELEFON BIMBIT DAN BROADBAND MALAYSIA yang datang dari zaman Jurassic SEBAGAI PERKHIDMATAN TERMAHAL DI DUNIA?

Mungkin rakyat tidak akan marah kalau perkhidmatan tersebut benar-benar elok... tapi dengan apa yang dibekalkan sekarang, selayaknya pejabat-pejabat syarikat telekomunikasi berkenaan dibakar dan dihangusrentungkan sebab terlalu menjadi lintah dengan KEBENARAN kerajaan YANG DI DALAMNYA terdapat PEGAWAI-PEGAWAI TONGONG yang cuba mentongongkan rakyat Malaysia yang lain!!!

1 comments

SALAHKAN DIRI SENDIRI KALAU KALAH PRU13 NANTI!!!

Dari semasa ke semasa, kerajaan Barisan Nasional atau lebih tepat lagi kerajaan UMNO-BN melakukan pelbagai kesilapan yang sebenarnya amat sukar untuk dipulihkan. Keyakinan rakyat yang amat berkurang selepas munculnya SI LEMBIK yang menjahanamkan ekonomi Malaysia dalam tempoh singkat sebagai Perdana Menteri selain perangai kronisme yang membuak-buak, masih lagi tidak mengembalikan keyakinan, ekoran kepimpinan sedia ada, tidak banyak berubah berbanding Kerajaan Abdullah Badawi.

Lambat bertindak, kurang peka, pekak badak dan membuta-tuli apabila bertindak, merupakan cerminan kepada kerajaan sedia ada. UMNO-BN yang ada sekarang, masih lagi mengulangi kesilapan-kesilapan besar dengan memilih korporat mengatasi rakyat.

Sembang bolehlah sembang kononnya korporat menyumbang perolehan negara, tetapi bagaimana pula dengan rakyat yang menyumbang kepada kuasa kerajaan? Tanpa rakyat, kerajaan sedia ada, tidak akan menjadi kerajaan sedangkan korporat pula, walau sesiapa pun menjadi Perdana Menteri dan kerajaan, mereka tetap akan memburu keuntungan. Sesiapa sahaja yang naik jadi kerajaan, korporat akan ditatang bagai menatang minyak yang penuh dan rakyat akan terus dihenyak dengan pelbagai kesulitan.

PENCAPAIAN DIDAHULUKAN, RAKYAT DIUTAMAKAN sudah menjadi SLOGAN PUAKA sepertimana puakanya slogan 1MALAYSIA. Slogan-slogan retorik seperti turun padang, bersama-sama rakyat, merasai denyut nadi akar umbi dan sebagainya, sudah layak dicampak masuk ke dalam tong taik. Ia tidak lebih daripada slogan-slogan yang langsung tidak bernilai lagi.

Sekarang, kerajaan sedia ada mengulangi kesilapan pentadbiran Abdullah Badawi yang melebihkan syarikat minyak berbanding rakyat biasa. Bayaran tambahan untuk 15 juta rakyat yang menggunakan telefon prabayar akan menyumbang kepada kemerosotan undi sebanyak lebih 60%.

Mungkin bagi sesetengah pemimpin yang tidak pernah hidup dengan RM10 sehari, jumlah 6% daripada cukai yang perlu dibayar oleh pengguna tidak akan terasa apa-apa. Bahkan bagi mereka ia tidak akan menjadi kudis dan menjejaskan. Namun tahukah TUAN-TUAN DI ATAS SANA, telefon prabayar bukan sahaja digunakan oleh remaja yang belum tahu mengundi tetapi juga digunakan secara meluas oleh golongan dewasa yang menjadi pengundi, layak mengundi dan berkira-kira untuk mengundi.

Dalam keadaan sekarang, tak perlulah bersembang tentang ekonomi. Ekonomi bagi rakyat ialah, berapa sen dalam tangan yang masih tinggal untuk dibelanjakan buat hari esok, bukannya cerita kemasukan pelaburan beratus bilion dalam negara. Ekonomi bagi rakyat ialah, beli barang dengan harga sedikit murah dan mudah dengan lebih wang di dalam dompet, bukannya lambakan barangan yang hanya boleh dipandang tetapi tidak boleh dipegang apatah lagi dibeli.

TUAN-TUAN DI ATAS SANA, FAHAM KE TIDAK?

Harga barang meningkat kerana ekonomi dunia, rakya tidak akan faham sebab mereka kebanyakannya hidup di bawah tempurung besi. Pendapatan menurun kerana inflasi di seluruh dunia, rakyat tidak mahu ambil tahu kerana kerajaan kata mereka mempunyai kuasa untuk menurunkan kadar inflasi tersebut dengan menambah subsidi atau menguatkuasakan larangan perintah tidak menaikkan harga selain hukuman yang sedia menanti.

Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang?

Berkokok saban masa kononnya rakyat telah pulih keyakinan mereka terhadap kerajaan sedia ada. Padahal apa yang berlaku sekarang ialah, krisis ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin memuncak.

Sudahlah kerajaan tersangat lambat bertindak untuk menjaga keselamatan dan memastikan kesejahteraan rakyat, sekarang kerajaan membuat keputusan untuk angguk-angguk dan tunduk-tunduk kepada empat syarikat komunikasi yang tidak pernah berkurang untung mereka?

Perhatikan sahaja apa tindakan kerajaan terhadap ASTRO. Sekadar memberi amaran dan selepas itu bila ASTRO buat tidak peduli, apa yang kerajaan boleh buat? Menterinya yang bercakap dengan penuh teratur, terpaksa kembali mengatur cakap untuk tidak rasa bersalah dengan ketegaran ASTRO.

Agak-agaknya rakyat nampak ke tidak kelemahan kerajaan di situ?

UMNO-BN boleh menyalahkan PAS, PKR dan DAP secara berterusan terutama dalam isu komunis dan Mat Indera, tetapi pada masa yang sama, rakyat tidak peduli pun tentang komunis dan Mat Indera kerana itu adalah kehidupan silam, bukannya kehidupan sekarang. Kebanyakan generasi sekarang, tidak lagi mandi air telaga, atau belajar dengan pelita ayan. Kebanyakan generasi sekarang, tidak lagi berjalan kaki ke sekolah, sebaliknya dihantar atau menunggang motosikal kalau tidak pun memandu kereta ke sekolah.

Mat Indera dan komunis boleh terus digembar-gembur dan Mat Sabu boleh sahaja dijadikan peluru terbil, tetapi yang pastinya rakyat tetap akan menjengok dompet dan menekan butang ATM untuk melihat baki akaun mereka.

Antara Mat Indera dan kocek, kebanyakan rakyat akan memilih kocek!

Jangan salahkan sesiapa kalau menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, pegawai-pegawai khas mahupun pemikir-pemikir yang duduk dalam bilik berhawa dingin dengan bermodalkan buku dan segala macam teori, dikalahkan oleh praktikal yang tidak pernah dijenguk oleh orang atasan yang bertali leher dan sentiasa hidup di dalam hawa dingin serta tilam empuk. Jangan sesekali menyalahkan salakan, tohmahan, dakyah mahupun dogma Pakatan Rakyat, kerana UMNO-BN sendiri yang menggali lubang liang untuk mereka dilahadkan pada PRU13 kelak!!!

0 comments

ADA KEBAIKAN YANG MAT SABU LAKUKAN... JANGAN NAFIKAN!!!!

Suka atau tidak, ekoran kenyataan BANGANG Mat Sabu yang memperwirakan komunis, satu lagi kelemahan turut terdedah dan terserlah. Walaupun masing-masing menghentam Mat Sabu kiri dan kanan, bahkan dari serata arah, ditambah pula dengan keinginan meluap-luap untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS yang paling BAHLOL dalam sejarah penubuhan Parti Islam SeMalaysia itu, ada satu perkara yang sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih rapi dan lebih teliti.

Memang benar, Mat Indera adalah Ketua Komunis Melayu yang terbabit dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong, walaupun beberapa pihak mempertikaikan kehadiran Mat Indera, bahkan mengatakan, kehadiran Mat Indera hanya untuk menyelamatkan, bukan membunuh walaupun yang memberi amaran serta mengarahkan perletakan senjata serta menyerah kalah kepada 200 orang anggota komunis sejurus sebelum serangan maut, dilakukan oleh Mat Indera sendiri.

Memang benar, jasa anggota-anggota polis yang terkorban dalam serangan tersebut wajar diperingati kerana keberanian mereka menentang gerombolan komunis yang jauh lebih besar dan lebih bersenjata lengkap. Malah memang wajar jasa mereka diingati dan dikenang.

Bagaimana pula dengan Home Guard atau Special Constable yang turut terkorban dan terbunuh akibat mempertahankan keselamatan penduduk serta kawasan? Apakah jasa-jasa mereka dikenang, atau mereka juga sekadar menjadi salah satu penyedap cerita dalam sejarah Malaysia?

Siapa ketua Home Guard dan Special Constable? Berapa ramai daripada mereka yang masih hidup sehingga sekarang dan apakah sumbangan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka kerana jasa mereka mempertahankan keselamatan serta kesejahteraan rakyat?

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Home Guard dan Special Constable terpaksa berkongsi satu senjata api dan 15 biji peluru untuk dua orang kerana British enggan memberikan senjata lebih bimbang senjata itu makan tuan seperti yang berlaku kepada komunis?

Mana menteri dan mana kementerian yang bersusah payah mencari golongan yang tidak pernah didendangkan ini?

Eloklah Mat Sabu buka cerita... bila Mat Sabu buka cerita dan bila cerita semakin panjang, akan ada menteri yang berlagak seperti mereka sangat berjasa besar, akan panas punggung kerana mereka sebenarnya tidak cukup menjalankan tugas untuk menyanjungi jasa perwira-perwira seperti Home Guard dan Special Constable.!!!

1 comments

GAGAL BAGI PENJELASAN, GUAN ENG UGUT SAMAN UTUSAN!!!

Motif Guan Eng amat mudah, jahanamkan kredibiliti Utusan Malaysia dan kalau boleh mufliskan terus syarikat penerbitan akhbar tersebut. Persepsi yang ingin ditimbulkan oleh Guan Eng terhadap Utusan Malaysia ialah, Utusan adalah sumber kepada segala cerita bohong.

Maka sebab itulah, apabila KITA dan PCM membuat laporan SPRM terhadap Guan Eng yang membina sebuah parkir berharga RM5 juta, Guan Eng memilih untuk menyerang Utusan Malaysia.

Yang sebenarnya, setiap kali Guan Eng menuntut permohonan maaf dan kemudian disusuli dengan ancaman saman, kalau kita perhatikan Guan Eng tidak mampu langsung untuk menjawab persoalan yang ditujukan kepadanya. Bagi mengelakkan malu kerana tidak dapat menjawab, atau untuk melindungi jenayah yang dilakukannya, Guan Eng akan bertindak macam ikan karin gajah, berlagak melawan. Kalau untung dan bernasib baik, lawan akan segera lari. Kalau nasib tak baik, dia akan terhumban ke tanah dan menggelepar mati kering.

Untungnya, sehingga sekarang, Guan Eng masih lagi bernasib baik!!!

Sebenarnya pada Selasa lalu, bukan Utusan Malaysia sahaja yang menyiarkan berita tentang laporan SPRM yang dibuat oleh KITA bagi salahguna kuasa oleh Guan Eng, sebaliknya hampir semua akhbar utama.

Guan Eng bagaimanapun, hanya berani berhadapan dengan Utusan Malaysia, dan tidak berani berhadapan dengan akhbar-akhbar yang lain yang turut menyiarkan di dalam portal masing-masing.



Berapa lama lagi sebenarnya, Guan Eng akana terus bermain-main dengan kaedah serangan seperti yang diamalkannya sekarang? Sampai bila dia akan terus mengelak daripada menjawab dan memberikan penerangan setiap kali tuduhan penyalahgunaan kuasa dengan mengugut saman dan menuntut maaf terlebih dahulu?

Rasa-rasanya, orang Cina pun dah mula menyampah dan meluat dengan taktik sebegini... kasi jawab dulu la, ah cai....

1 comments

VIDEO: JANTAN INDIA BELASAH GADIS INDIA!!!


Tak faham apa yang dikatakan tetapi bab bahasa tangan dan kaki sangat mudah difahami...

Yang pastinya perempuan dalam klip video ini menjadi mangsa buli seorang lelaki yang berlagak macho...

Inilah yang terjadi apabila dibiarkan terus dibuli dan hanya mampu menjawab tanpa mampu menyerang seperti yang berlaku dalam dunia politik Malaysia!!!

0 comments

Thursday, September 8, 2011

PHONESEX MAT SABU-NORMAH TERHANGAT DI PASARAN!!!

Thursday, September 8, 2011
Sebenarnya ia bukanlah video, sebaliknya audio yang telah divideokan bagi tujuan memudahnaik dan penyebaran yang lebih meluas. Ini bukanlah cerita baru, tetapi cerita lama yang sudah pun diketahui keputusan mahkamah.

MAHKAMAH TERPAKSA BUANG KES SEBAB PEGAWAI JABATAN AGAMA 'TERSILAP SEBUT' NOMBOR BILIK bukan kerana Mat Sabu tidak berkhalwat atau difitnah berkhalwat!!!

Cerita tentang video ini sebenarnya menjadi MEKAR DAN MENGHARUM apabila Mat Sabu berura-ura untuk menjadi Timbalan Presiden PAS tempohari. Dan yang paling menariknya, berdasarkan maklumat yang diterima, video ini sebenarnya datang dari pihak 'sana' bukannya dari pihak UMNO.

Walaupun ianya tidaklah 'selucah' Anwar yang menggaru punggung, berKOTE BENGKOK dan China Doll yang tergaru-garu sebab katil penuh pepijat, tetapi suara merayu yang serba merdu daripada orang yang didakwa Mat Sabu dalam audio tersebut dengan kekasihnya yang didakwa sebagai Normah isteri Bakhtiar mampu membuatkan SEORANG PEGAWAI KHAS KDN MASUK KE BILIK AIR MENCARI SABUN MANDI!!!

Apa yang disiarkan di dalam klip video berkenaan hanya pendek. Sebahagian lagi dipercayai masih belum dimuat turun. Dan memandangkan sudah ada beberapa blog sebelum ini yang telah memuatturunkan klip berkenaan, TFK hanya memautkan posting ini dengan BLOG APA bagi sesiapa yang ingin mendengar dan kemudian SABUN DI BILIK MANDI... SABUN!!!



0 comments

ADUAN DAP, SKMM TERKANGKANG-KANGKANG BUAT SIASATAN, ADUAN RIBUAN RAKYAT, SKMM BUAT-BUAT PEKAK BADAK!!!

Ternyata video klip yang dimuatnaikkan di Youtube telah menggerunkan DAP. DAP telah membuat aduan kepada SKMM. Dan apabila SKMM menerima aduan daripada DAP, maka bergegaslah SKMM dan bersungguh-sungguhlah mereka hendak menyiasat aduan DAP itu.

Isu kenaikan harga barang telah dijadikan sebagai senjata utama DAP dan Pakatan Rakyat untuk menekan UMNO-BN. Di sana-sini, cerita tentang UMNO-BN gagal menjaga kebajikan rakyat, telah digembar-gemburkan. Namun apabila cerita tentang kerenah pemborong, orang tengah dan pembekal didedahkan, DAP dan Pakatan Rakyat langsung tidak memberikan sebarang tindak balas. (BACA DI SINI)



Ada sesuatu yang sangat aneh tentang pihak berkuasa di Malaysia ini. Aduan daripada bukan Pakatan Rakyat, atau aduan daripada UMNO walaupun mencecah ribuan, jarang sangat diambil tindakan segera. Tetapi apabila aduan dibuat oleh DAP, maka bergegas-gegaslah mereka untuk menyelesaikan kes aduan berkenaan.

Contoh terbaik ialah, tiadanya tindakan terhadap Ambiga Sreevanasan, Mat Sabu, mahupun Lim Kit Siang dalam beberapa isu yang telah dilaporkan kepada pihak polis. Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim juga tidak diambil tindakan segera. Begitu juga dengan laporan kepada SKMM berhubung penghinaan yang dibuat oleh Namewee.

Nampaknya rakyat Malaysia terutama yang memilih UMNO-BN telah melakukan kesilapan besar memilih kerajaan. Seharusnya mereka memilih Pakatan Rakyat terutama pada masa akan datang kerana dengan memilih Pakatan Rakyat, maka kakitangan kerajaan, polis dan SKMM akan segera melayan mereka. Kalau pilih UMNO-BN, jawabnya segala masalah mereka akan disimpan, diperuk dan kemudian dibuat-buat lupa.

Fenomena FAIL HILANG bukan cerita baru, bukan juga baru timbul, sebaliknya itulah amalan kakitangan kerajaan terutama yang mana kakitangan berkenaan banyak terlibat dengan kursus, cuti kecemasan, cuti tahunan, cuti bersalin, cuti dan segala macam cuti yang lain.

Berapa banyak laporan polis terhadap Mat Sabu dalam isu mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara? Apa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan? TARAK APA-APA...

Berapa banyak pula laporan terhadap Anwar Ibrahim, terutama yang berkaitan dengan video seks membalun China Doll? Apa tindakan kerajaan? JUGA TARAK APA-APA....

DAP hanya perlu membuat laporan sekali sahaja membabitkan Kedai 1Malaysia yang menyebut secara jelas pembabitan orang tengah, pemborong dan pembekal dalam menaikkan harga barang, maka terkangkang-kangkanglah SKMM mencium lutut dan membuka fail untuk DAP!!!

Sudahlah Majlis Peguam dan SUHAKAM memilih untuk bekerja dengan Pakatan Rakyat, nampaknya sekarang SKMM pulak yang menyertai mereka!!!

Baguslah...

0 comments

Blog Archive

Labels