SETPOL MB paling gedik di Malaysia, Faekah Hussin yang bercita-cita hendak menjadi calon pilihanraya di mana-mana bahagian Selangor, kembali bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri dan setelah berkali-kali dihadapkan kebodohannya sendiri. Kali ini, dia memilih untuk menyerang Timbalan Perdana Menteri yang mengulas tentang lawatannya di Selangor yang menyaksikan ada perubahan besar sedang berlaku di negeri 'California Malaysia' itu.
Dan seperti biasa, Faekah Hussin dengan penuh retorik menceritakan tentang kejayaan Menteri Besar kesayangannya menjahanamkan Selangor yang digambarkan sebagai satu kemajuan yang tidak dapat dibandingkan dengan kerajaan terdahulu.
Mungkin Faekah Hussin yang cakap pandai itu boleh menerangkan sepanjang 3 tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, sebanyak manakah rumah-rumah murah dan perumahan rakyat telah dibina oleh Pakatan Rakyat berbanding rumah-rumah sederhana mewah dan mewah. Atau lebih tepat lagi, rumah-rumah yang berharga RM300,000 ke atas.
Mungkin juga Faekah Hussin dapat menerangkan sudah sepanjang manakah jalan-jalan baru dibina di bawah Pakatan Rakyat atau penurapan jalan dibuat, memandangkan sepanjang 3 tahun ini, jalan-jalan raya di bawah kerajaan negeri, tidak ubah seperti jalan raya di Somalia yang penuh sopak dan bopeng.
Faekah Hussin kata yang dimaksudkan oleh TPM sebagai tertekan adalah mereka yang menyuap untuk mendapatkan projek kerajaan negeri. Justeru, dia perlu juga menerangkan, mengapa agaknya kerajaan negeri perlu melakukan rezoning untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera yang kebanyakannya hanya diperolehi oleh kaum Pakatan Rakyat?
Mungkin SETPOL yang berasakan semua orang Selangor ni bodoh, yang bersidai di pejabat Menteri Besar Selangor, yang merampas dewan-dewan orang ramai untuk dijadikan pejabat tidak rasmi Pakatan Rakyat, yang berlagak macam tuan punya lot-lot kosong untuk disewakan sebagai ruang niaga, yang merompak, menjarah dalam bentuk Ahli Majlis dan sebagainya tu, orang mana pulak? Bukankah mereka itu semuanya orang Pakatan Rakyat?
Macam mana si SETPOL bongok ni boleh kata, rakyat Selangor hidup dalam keadaan selesa di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat? Indikasi mana yang membuatkan dia jadi perasan tak tentu hala? Si SETPOL Khalid Ibrahim tu tak tahu ke, kebanyakan orang Selangor bising pasal bekalan air yang semakin terancam? Tentang berlambak-lambaknya pusat kegiatan maksiat dan judi haram di setiap pelosok Selangor?
Atau dia fikir, retorik merakyatkan ekonomi dengan segala macam skim-skim bunian dan halimunan seperti TAWAS tu, akan menyebabkan rakyat Selangor ternganga-nganga sedangkan perlaksanaan skim tersebut, hanya cerita di atas cerita!!!


































