Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam.
Jam 3.30 petang saya berada di Taman Mas, Putra Perdana, Puchong.


"Kami di tingkas atas rumah kedai," ujar ASP Hazri Mohamad.
Beliau pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengetui operasi memberkas warga Nigeria dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan menggunakan internet.
Saya kemudian mengekori 2 kenderaan pasukan ASP Hazri ke kilang di kawasan sama.
"Itu adik kepada pemegang akaun, kakak dia kerja," ujar beliau.

Pasukan beliau kemudian menahan kerani operasi berusia 31 tahun, 'Shana', bukan nama sebenar di kilang terbabit.
Suspek dan adiknya berasal dari Raub, Pahang.
Saya difahamkan teman lelaki Shana, 31 tahun, 'Iko', berasal dari Nigeria telah memperdaya ramai mangsa menyalahgunakan internet dan meraih keuntungan kira-kira 1 juta ringgit.




Shana kemudian disoal siasat di rumahnya.


"Kenapa kamu menulis tandatangan berulangkali di dalam buku ini?," tanya Sarjan Tamu.

Shana terkedu buat seketika dan setelah didesak untuk menceritakan kisah sebenar, dia akhirnya membuka mulut.
"Teman lelaki saya telah pulang ke Nigeria dan setiap kali saya berasa rindu kepada dia, saya meulis nama dia," jelas pemegang Diploma Pengajian Komputer itu.
Tambahnya, Iko terbabit dalam kegiatan
Nigerian scam dan sebelum ini wang mangsa didepositkan ke dalam akaun bank miliknya, berjumlah di antara RM5,000 dan RM50,000.
"Kamu dapat berapa ringgit setiap kali ada transaksi?," soal Sarjan Tamu.
"Kekadang RM100, kekadang RM200 sahaja sebab teman lelaki saya hanya menerima komisyen 10% daripada jumlah diterima, saya berkongsi dengan dia," dakwanya.
Melalui nama diberikan oleh Shana, saya mengakses Facebook milik Iko dan gambar kekasih kini hidup mewah di negara asal di bawah disahkan oleh wanita itu.

"Apakah antara daya tarikan Iko kepada awak?," soal saya kepada Shana.
"Dia baik, amat mengambil berat tentang saya dan memang selalu menolong saya dari segi kewangan," balas anak ke 2 dari 8 beradik itu.
Kata Shana, Iko tidak pernah membawa dia bercuti atau berhibur, cuma kadangkala mereka ke Cheras, Kuala Lumpur untuk bertemu rakan senegara teman lelaki itu.

"Saya bersama (mengadakan hubung seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7 bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana lagi.
Wajahnya kelihatan selamba berkongsi kisah kehidupan.
"Teman lelaki awak sebelum dia, Melayu?," soal saya.
"Lima semua, Melayu dan mereka suami orang tetapi lelaki meragut dara saya berusia 40 an, berasal dari Teluk Intan, Perak. Ketika itu saya berusia 20 tahun. Empat lagi teman lelaki lain, berasal dari Selangor. Biasalah lelaki bermulut manis," ujarnya.
Jam 4.15 petang, kami bergerak ke bekas rumah Iko. Menurut Shana, Iko berkongsi pangsapuri terbabit bersama 3 lagi warga Nigeria lain.
Mereka memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan majoriti tidak pernah menghadiri kuliah.