IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, February 12, 2013

APA SAKITNYA PAKATAN BILA MAHATHIR KATA ANWAR TAK LAYAK JADI PM?

Tuesday, February 12, 2013

Sememangnya setiap kali Mahathir buka mulut, setiap kali itulah juga, para pecacai Pakatan Rakyat bagaikan diserang dan dirasuk puaka paling jahat. Mereka menggelupur. Mereka menyeranah. Mereka memaki hamun dan menyerungkup atas tanah.

Sebabnya, setiap kali Mahathir buka mulut, setiap kali itulah juga para pecacai Pakatan Rakyat, bagaikan syaitan yang dibacakan ayat-ayat suci Al Quran. Lebih-lebih lagi apabila Mahathir menyatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat yang sedang merancang untuk mengadakan MALAYSIA SPRING setelah berkali-kali gagal menerusi beberapa siri demonstrasi jalanan.

Para pecacai Pakatan Rakyat bagaikan tidak tahu apa lagi yang harus diberikan penjelasan menerusi tulisan dan ceramah. Mereka cuba menyatakan bahawa MALAYSIA SPRING tidak akan berlaku, sebaliknya yang akan membuat kacau nanti ialah Barisan Nasional dan UMNO kerana tidak dapat menerima kekalahan.

Agak aneh kerana, sepanjang sejarah pilihanraya di negara ini, Barisan Nasional dan UMNO sudah berulang-ulang kali menempuhi kejayaan dan kekalahan. Mereka menang besar ketika bergelar PERIKATAN dalam dua PRU. UMNO dan Barisan Nasional hilang dua pertiga majoriti apabila DAP dan konco-konconya memainkan sentimen perkauman yang menebal sehinggakan berlaku tragedi berdarah 13 Mei 1969. Selepas itu, UMNO dan Barisan Nasional menang dua pertiga majoriti sehinggalah pada tahun 2008 apabila rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan pentadbiran Perdana Menteri kelima, membuat keputusan untuk mengajar UMNO dan Barisan Nasional.

Menariknya, walaupun 'kalah' pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional yang kehilangan empat buah negeri, tidak pula mengadakan demonstrasi atau apa-apa yang berkaitan dengan SPRING di tempat-tempat atau negeri-negeri yang mereka kalah.

Sebaliknya yang bersungguh-sungguh mengadakan demonstrasi dan menggerakkan kekacauan adalah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak sahaja melancarkan gerakan demonstrasi, sebaliknya begitu giat melancarkan kempen kebencian terhadap segala macam agensi kerajaan terutama sekali PDRM, ATM, SPR bahkan menyerang mana-mana syarikat milik Bumiputera yang dilihat mampu menyemarakkan kemarahan pengundi-pengundi Cina dan India.

Justeru, tidak sahaja mata Mahathir yang dapat melihat apa yang bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat apabila mereka kalah pada PRU13 nanti, sebaliknya rakyat biasa yang bekerja sebagai penoreh getah di ceruk pedalaman pun tahu, Pakatan Rakyat sedang berusaha mencipta cerita kononnya mereka akan menang dan kalau mereka kalah pada PRU13 semuanya kerana PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNO dan Barisan Nasional.

Mengapa mereka tidak dapat menafikan yang mereka sekarang sedang mencipta cerita untuk para penyokong mereka percaya dan kemudian menimbulkan persepsi dan membangkitkan sentimen agar wujud kekacauan massa seperti yang berlaku di negara-negara Arab?

Jadi, betullah seperti yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir itu!!!

2 comments

KETUA PENERANGAN UMNO PANDAN TORON CHINA DOLL DI TEMPAT TERBUKA!!!


Memang dah terdesak sangat-sangat dah puak-puak Pakatan Rakyat ini. Para pecacai cuba mencari-cari isu membabitkan moral untuk dikenakan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional agar kejahatan dan kebuasan para pemimpin Pakatan, khususnya Anwar Ibrahim dan beberapa orang pemimpin PAS yang sekarang ini panas punggung kerana aktiviti haram mereka, semakin terdesak, dapat disetarakan.

Akhirnya, Syed Saifuddin Syed Harman pun memberi dan membuka PELUANG SELUAS-LUASNYA kepada para pecacai Pakatan Rakyat untuk membelasah dan menyamakannya dengan perbuatan maksiat yang amat keterlaluan serta tidak selayaknya buat seorang pemimpin masyarakat.

Dengan kata lain, Syed Saifuddin Syed Harman yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan dan salah seorang panel pemikir JASA, merupakan cerminan kepada UMNO yang gemar melakukan maksiat.

Cuma yang lawaknya, maksiat sangatlah Syed Saifuddin apabila mendapatkan rawatan MANICURE atau dalam bahasa lidah orang kampung, rawatan kuku. Maksiat sangatlah Syed Saifuddin apabila mendapatkan khidmat refleksologi di sebuah kawasan yang dikuasai oleh DAP dan disokong oleh PAS serta PKR memandangkan semenjak Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor, pusat-pusat urut kaki dan urut KAKI PENDEK YANG TERGANTUNG juga cukup bersepah-sepah.

Lebih menarik lagi ialah, rawatan tersebut dibuat di kawasan terbuka dan sesiapa pun boleh melihatnya.

Kalaulah perbuatan Syed Saifuddin itu dianggap sebagai satu maksiat berat dan tidak melayakkannya untuk menjadi pemimpin, bagaimana pula dengan gambar dan klip video untuk gambar yang berkaitan? Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim? Layakkah dia sebagai pemimpin sedangkan para pecacai Pakatan begitu menjilat dan mengagung-agungkannya. Layakkah Mat Sabu sebagai pemimpin PAS walaupun dia telah ditangkap khalwat dengan isteri orang dalam keadaan yang amat mencurigakan, bersunyi-sunyian dan di dalam sebuah bilik yang berkunci dari dalam serta mengambil masa untuk membuka pintunya?

Bagaimana pula dengan beberapa pemimpin PAS yang lain yang mana terdapat saksi serta pengakuan tentang perbuatan mereka berzina dengan isteri orang sehinggakan Nik Abdul Aziz terpaksa bersolat istikharah dan kemudian keesokan harinya, menyatakan konon Allah Taala telah memaafkan pemimpin PAS tersebut?


Adakah mereka lebih layak dan lebih mulia berbanding Syed Saifuddin sehingga perbuatan Syed Saifuddin sahaja yang dikecam tetapi tidak para pemimpin Pakatan Rakyat itu, bahkan kegiatan haram, maksiat dan pembawa bala membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, kerapkali dibela dan diberikan pelbagai dalih, dalil dan alasan!

Hina sangat ler pi urut kaki yer? Yang urut benda-benda aloh dalam bilik hotel dan berbogel tu, tak hina yer?

Kalau dah dasar munafiq!!!

9 comments

TEMBERANG ANWAR KONONNYA HARON DIN AL-HAFIZ MENYEMBAH-NYEMBAH LUTUTNYA UNTUK PUJUK DIA JADI PERDANA MENTERI, AMAT MELUCUKAN!!!


Dari semasa ke semasa Anwar Ibrahim semakin gagal melindungi perangai huduhnya yang kuat berbohong dan memusingkan cerita.

Suatu ketika dahulu, katanya, Tun Ghafar Baba beria-ia nak jumpa dia dan meminta maaf kepadanya sejurus sebelum Tun Ghafar meninggal dunia. Yang tak pernah tahu atau yang tak pernah ambil peduli tentang perangai Anwar Ibrahim, menerima cerita tersebut sambil tersengih-sengih dan menyatakan bahawa Tun Ghafar sendiri pun tak percaya Anwar kaki liwat dan Tun Ghafar telah menerima kenyataan bahawa Anwar tidak pernah bersalah menjatuhkan Tun Ghafar.

Walhal bagi yang tahu terutama yang berkampung di Ampang Puteri, dapat melihat sendiri bagaimana Anwar Ibrahim begitu kecewa kerana tidak dibenarkan bertemu dengan Tun Ghafar di wadnya. Tidak itu sahaja, Wan Azizah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk memujuk Tun Ghafar agar membolehkan dia dan Anwar dapat bergambar di katil Tun Ghafar, juga ditolak dan sampai ke sudah Tun Ghafar enggan bertemu dengan Anwar Ibrahim mahupun isterinya yang pandai berlakon.

Sampailah ke akhir hayatnya, Tun Ghafar seperti mengharamkan Anwar Ibrahim daripada menziarahinya, meskipun pada ketika hendak menjatuhkan Tun Ghafar, katanya, dia menganggap Tun Ghafar seperti bapanya sendiri.

Begitu juga ketika dia menghantar Wan Azizah menemui, merayu, menangis dan meraung di hadapan Tun Dr. Siti Hasmah agar Tun Dr. Mahathir menarik semula pemecatan dan menerimanya semula sebagai anggota kabinet dengan pengekalan jawatan selaku Timbalan Perdana Menteri. Bersungguh-sungguh Anwar mengajar Wan Azizah agar memujuk Tun Dr. Siti Hasmah.

Tidak cukup dengan itu, berkajang-kajang surat dengan kata-kata puitis dinukilkan oleh Anwar Ibrahim dan dihantar kepada Tun Dr. Mahathir agar membenarkan dia terus memegang jawatan dan pendakwaan kerana penyalahgunaan kuasa serta seksualiti songsangnya ditarik balik.

Banyak sungguh cerita tentang Anwar Ibrahim yang diterbalik-terbalikkan. Dia yang buat perangai, dia kemudian akan mengubah cerita dan mengatakan orang lain yang buat. Dia yang membunuh orang, dia akan tuduh orang lain yang melakukan pembunuhan. Dia yang mencuri, dia tuduh orang lain yang mencuri.

Justeru, apabila pertemuannya dengan Haron Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS yang dilihat lebih berpengaruh di kalangan pengikut TULEN PAS, berbanding Nik Abdul Aziz yang diminati dan disokong oleh puak-puak MUNAFIQ PKR dan DAP, maka cerita yang diterbalikkan sudah boleh dijangka.

Haron Din Al-Hafiz sehingga kini belum mengubah pendiriannya tentang Anwar Ibrahim, akidah serta fahamannya. Haron Din Al-Hafiz, meskipun seorang pemimpin utama PAS, tetap berpegang teguh kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia terhadap agama Islam, umatnya serta menentang sama sekali penyamarataan agama-agama lain dengan agama Islam.

Para penjilat Anwar Ibrahim boleh buat cerita tentang pertemuannya dengan Haron Din Al-Hafiz, tetapi lebih ramai yang sangat tahu, bahawa Anwar Ibrahim akan membelit-belitkan cerita sebenar agar dia akan kelihatan seperti SUPER HERO!!!

Biasalah... kalau dah namanya Anwar Ibrahim, agama yang dianutinya pun, dia boleh tipu!!!

3 comments

SOGOK RM200 LEPAS RAMAS BUAH DADA... TINDAKAN KERAS PERLU DIAMBIL TERHADAP PENDATANG INI SUPAYA TIDAK JADI SEPERTI LIM GUAN ENG!!!


Satu lagi berita tentang pendatang asing ke negara ini yang menjadikan Malaysia sebagai syurga untuk mereka menunjuk kuasa, menunjuk hebat dan tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang negara. Mereka datang ke sini dengan alasan untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga mereka di negara asal yang sukar untuk mencari sesuap nasi.

Namun apabila mereka sudah berada di negara ini, lain pula yang mereka lakukan. Barangkali kerana kebaikan hati rakyat negara ini, terutama sekali orang Melayu-Bumiputera yang telah diasuh dari zaman berzaman untuk menerima sesiapa sahaja yang datang ke negara ini sebagai TETAMU, akhirnya mereka sendiri dipijak dan diludah.

Apa yang berlaku lebih lima puluh tahun lampau, kini berulang semula. Cuma kali ini, imigrannya bukan lagi dari negara besar seperti China dan India, tetapi dari negara-negara Asia Selatan yang cuba menumpang mendapatkan tuah negara ini menerusi kiriman wang daripada rakyat mereka di Malaysia.

Berita berikut amat menakutkan... rakyat Malaysia digambarkan sebagai pelapar rasuah sehingga sanggup menggadaikan maruah mereka sekalipun tukang bagi rasuah itu sendiri sebenarnya datang dari sebuah negara yang sangat kuat korupsinya sehingga rakyatnya terpaksa keluar dari negara atau negeri sendiri ke negara ini semata-mata untuk mencari sesuap nasi.


PETALING JAYA: Bimbang dikenakan tindakan tegas oleh majikannya, seorang pekerja kedai jahit di Desa Mentari, di sini, menyogok wang RM200 kepada seorang pelanggan wanita sebagai upah tutup mulut selepas dia meramas payudara mangsa, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga operator pengeluaran berusia 29 tahun diramas payu daranya beberapa kali oleh lelaki terbabit ketika sedang diambil ukuran tubuh pada jam 12 tengah hari.
Menurut sumber, mangsa datang ke kedai jahit itu untuk mengecilkan dua uniform kerja sebelum seorang pembantu tukang jahit yang juga lelaki warga Bangladesh diarahkan mengambil ukuran badannya.
“Ketika mengambil ukuran kali pertama di bahagian dada, lelaki terbabit menekan payudara, tetapi mangsa tidak mengendahkan kerana beranggapan perbuatan itu tidak disengajakan.
“Perbuatan sama berlaku ketika ukuran kali kedua dibuat menyebabkan mangsa menegur lelaki terbabit,” katanya.
Katanya, ketika wanita berkenaan berpusing untuk menoleh ke belakang secara tiba-tiba lelaki terbabit meramas payu dara mangsa dua kali.
“Tindakan biadab itu menyebabkan mangsa terkejut dan memarahi lelaki terbabit. Malah, mangsa turut meminta lelaki itu memanggil pemilik kedai jahit berkenaan untuk membuat aduan.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit yang ketakutan dan khuatir dibuang kerja terus meminta maaf kepada mangsa dan memujuknya supaya tidak membuat aduan sebelum menawarkan wang RM200,” katanya.
Sumber berkata, mangsa enggan menerima wang berkenaan kerana mahu mempertahankan maruahnya sebelum membuat aduan di Pondok Polis Taman Medan. (SUMBER)

Persoalannya, sejauh manakah kerajaan kita akan terus mengamalkan sikap berbaik-baik dan berprasangka baik dengan kaum pendatang?  Adakah sehingga kaum pendatang mulai besar kepala dan kemudian berlagak seolah-olah mereka adalah tuan di negara ini, atau berkempen agar hak-hak keistimewaan rakyat Malaysia dihilangkan dan diserahkan kepada golongan pendatang, maka barulah Kerajaan nak buka mata?

Sudah sewajarnya kerajaan mulai merangka tindakan yang lebih tegas untuk mengawal kebanjiran pendatang asing dan jenayah yang mereka lakukan, bukannya ternganga-nganga apabila muncul sesuatu kes seperti ini.

Sampai bila Kerajaan Malaysia akan kelihatan lembik? Sampai bila pula UMNO yang menunjangi Kerajaan Malaysia akan terus bersikap APOLOGETIK dan KEMUDIAN MEMUJUK HATI SENDIRI, INI ADALAH TOLERANSI?

1 comments

WANITA CINA DITIKAM DI LRT CHERAS... ADA KAITAN DENGAN UMNO?


Seorang wanita Cina dilaporkan telah ditikam di paha dan badannya. Wanita Cina itu bagaimanapun, berjaya memandu ke sebuah klinik sebelum pengsan.

Insiden tersebut merupakan satu lagi serangan terhadap wanita yang berjalan bersendirian.

Chin Suet Fong yang mengalami kecederaan pada Khamis lalu, terpaksa dimasukkan ke ICU selama tiga hari di sebuah hospital swasta di Cheras selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Mangsa yang berusia 39 tahun, kini telah dipindahkan ke wad biasa pada Ahad lalu di mana dia sekarang sedang berehat.

Chin Suet Fong merupakan bertugas sebagai setiausaha di sebuah firma guaman di Mid Valley City, memberitahu dia turun dari LRT di Stesen Bandar Tun Razak pada jam 8:30 malam dan menuju ke keretanya yang diletakkan di tempat parkir di kawasan stesen berkenaan.

Ketika sedang menuju ke keretanya, dia melihat dua orang lelaki yang sedang bertinggung di antara selaan kereta-kereta yang sedang diparkir di sitiu. Memikirkan yang kedua-dua orang lelaki tersebut sedang cuba memecah masuk ke dalam sebuah kereta, dia berjalan pantas.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek yang memakai topi keledar penuh yang menutup muka, menerpa ke arahnya dan meragut beg tangannya. Chin menjerit dan cuba menarik beg tangannya. Salah seorang daripada penjenayah tersebut mengugut akan menikamnya sekiranya dia tidak menyerahkan beg tangan kepada mereka.

Chin kemudiannya ditikam sebanyak dua kali dengan pisau pada bahagian paha dan badan. Kedua-dua penjenayah tersebut segera melarikan diri apabila melihat Chin jatuh. Wanita berkenaan kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan memandu ke sebuah klinik di Taman Midah yang terletak lebih kurang 2 1/2 kilometer dari stesen LRT itu. (SUMBER)

Nampaknya, satu lagi peluang untuk DAP dan Pakatan Rakyat menghentam PDRM dan menyalahkan Melayu-Bumiputera atau lebih tepat lagi UMNO untuk insiden ini. Kit Siang akan menjadi orang terulung yang akan menyatakan, Malaysia di bawah Barisan Nasional sudah tidak selamat sehinggakan wanita Cina menjadi mangsa rompakan dan tikaman.

Namun, ada juga perkara yang perlu diperhatikan. Adakah RAPID tidak menyediakan pengawal keselamatan di stesen berkenaan, ditambah pula dengan kawasan parkir yang tidaklah begitu terang dan cerah? Kalau ada, ke mana perginya pengawal keselamatan berkenaan? Adakah pengawal keselamatan itu tertidur, terpergi ke bilik air semasa kejadian, atau sebenarnya memang RAPID tidak mempunyai BAJET untuk memastikan keselamatan pelanggan-pelanggan mereka sepertimana yang terpampang pada papan kenyataan di tempat parkir yang menyatakan, RAPID TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN DI TEMPAT PARKIR itu, kerana segala-galanya adalah di atas tanggungjawab pelanggan LRT semata-mata?

Meh kita tengok drama ini sampai ke mana panjangnya!!!

1 comments

LEONG PEI KOE, PENUNJUK ISYARAT LUCAH KEPADA RAJA PERMAISURI AGONG ADALAH PRODUK LIM GUAN ENG DAN ANWAR IBRAHIM!!!


Leong Pei Koe bukannya seorang individu. Terdapat terlalu ramai sebenarnya di Malaysia ini. Tentu kita masih ingat bagaimana DYMM Sultan Perak telah dianjing-anjingkan dan dibabikan oleh golongan berkenaan menerusi Internet. Walaupun tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa, namun tindakan tersebut ternyata tidak dapat menimbulkan ketakutan kalau tidak pun memunculkan perasaan hormat golongan berkenaan kepada Perlembagaan Malaysia. Sebaliknya mereka semakin giat memperlekehkan dan memperlecehkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia selagi ianya berpihak kepada Melayu, Bumiputera dan Islam.

Pastinya jikalau DAP memperolehi kuasa yang lebih besar pada PRU13 nanti, bukan LEONG PEI KOE sahaja yang akan muncul, bahkan lebih teruk lagi, akan muncul semua LAI TEK, CHIN PENG dan sebagainya. Mereka sudah tidak sabar-sabar untuk meraih kuasa dan mereka tidak sabar-sabar lagi untuk melakukan pembersihan etnik sepertimana yang sedang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Anehnya, masih ramai yang melihat tindakan Lim Guan Eng menghalau orang Melayu dan umat Islam dari Pulau Pinang, sebagai tindakan memajukan Pulau Pinang, walhal kemajuan Pulau Pinang yang mereka bangga-banggakan itu sebenarnya amat jauh daripada gapaian mereka. Mereka sekadar bergembira dan berbangga sedangkan mereka tidak dapat walau satu apa pun... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

6 comments

DUA BEKAS MUFTI PERLIS AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DALAM PRU13 NANTI!!!


Semakin sah, dua orang bekas Mufti Perlis, telah pun masuk kem Anwar Ibrahim dan bakal mewakili parti Anwar Ibrahim anak beranak dan kekasih itu pada PRU yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi.

Menurut maklumat, Dr. Juanda Jaya yang baru-baru ini dikesan telah mengadakan pertemuan dengan Hishamuddin Rais, akan bertanding di Perlis di bawah bendera PKR. Manakala Dr. Asri Zainal Abidin pula akan bertanding di Pulau Pinang.

Agak menarik juga kalau diperhatikan, bagaimana dua orang bekas Mufti yang dikesan mempunyai dendam terhadap kerajaan, memilih untuk berada dalam kem Anwar Ibrahim bagi melepaskan kemarahan dan dendam mereka.

Dan kalaulah benar seperti maklumat yang diterima, nampaknya kedua-dua bekas mufti berkenaan telah pun menolak fakta kelakuan tidak bermoral Anwar Ibrahim yang turut mereka kecam sebelum ini. Juanda Jaya yang begitu beriya-iya menyatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin kerana mempunyai isu moral, nampaknya telah lupa dengan kata-katanya sendiri. Barangkali dia sudah terlalu banyak mendengar cerita-cerita menarik daripada konco-konco Anwar Ibrahim, terutama sekali Isham Rais yang bersungguh-sungguh mahukan sesiapa sahaja yang mempunyai pegangan kukuh dalam Islam, agar menjadi liberal dan memeluk akidah Atheisme sepertinya.

Manakala Asri Zainal Abidin, seperti yang semua sedia maklum, sememangnya sentiasa mencari jalan kontroversi setelah gagal memperolehi apa yang dihajatinya daripada UMNO. Sebaliknya, UMNO lebih memberikan perhatian kepada Fathul Bari yang mewakili kumpulan ulama muda.

Fathul Bari semakin mendapat tempat di kalangan khalayak kerana penjelasan, ceramah dan intipatinya yang jelas, jitu dan tegas.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dua hari lepas telah mengumumkan kehadiran Asri Zainal Abidin dalam kemnya. Asri sebelum ini tidak menolak tentang pencalonannya walaupun dia kelihatan masih cuba bermain tarik tali dengan PKR bagi mendapatkan perhatian UMNO dan PAS.

Tidak pula dapat dipastikan, adakah alasan kedua-dua bekas Mufti Perlis ini adalah untuk mendakwahkan PKR dari dalam dan untuk menyedarkan ahli-ahli PKR tentang ajaran Islam sebenarnya dengan cara mereka sendiri menyokong Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pernah menggunakan alasan itu ketika dia sedang mengejar kuasa, pangkat dan kedudukan ketika menandatangani borang keahlian UMNO pada tahun 1982 dahulu.

Seandainya benar, tahniahlah buat kedua-dua bekas mufti Perlis itu. Sekali lagi terbukti, negara ini mengamalkan kebebasan bagi sesiapa pun untuk memilih atau menyokong mana-mana pihak yang dirasakan akan menguntungkan mereka.

Sekaligus menolak pembohongan dan tohmahan kononnya negara ini telah menyekat semua kebebasan dan bertindak zalim terhadap mana-mana golongan yang tidak menyokong kerajaan sedia ada.

6 comments

Monday, February 11, 2013

TERKINI!! PERINCIAN CINA TUNJUK ISYARAT LUCAH KEPADA PERMAISURI AGONG DI PULAU PINANG!!!

Monday, February 11, 2013

Apabila diberitakan  yang DYMM Permaisuri Agong serta konvoi yang mengiringinya telah diberikan isyarat lucah oleh penyokong-penyokong DAP, banyaklah pula Melayu-Melayu Pakatan Rakyat yang memang sah dari SPESIES PECACAI pengangkat najis, tidak percaya dan menganggap blog ini menipu serta menfitnah CINA BERKENAAN.

Ini adalah perincian peristiwa dan orang yang telah melakukan isyarat lucah terbabit:

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayang Lepas pada jam 1:05 tengah hari tadi. Seorang lelaki Cina telah menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong dan telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Nama: LEONG PEI KOE
No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland, UK (2007)
Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang. 

Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.

ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.

Amaran telah diberikan kepada lelaki Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.

Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE, lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali. Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Hasil siasatan polis mendapati, lelaki Cina tersebut tidak mempunyai rekod lampau, manakala ujian air kencingnya adalah negatif.

Namun alasan yang paling melawakkan diberikan olehnya ketika ditanya mengapa dia berbuat ialah, DIA BERTENGKAR DENGAN BAPANYA DI DALAM KERETA dan apabila keluar dari kereta bapanya, dia meluahkan perasaan marah dengan menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan-kenderaan yang bergerak berhampiran dengannya.

Kononnya, dia berasa di lapangan terbang kerana hendak menaiki penerbangan ke Singapura pada jam 1:40 tengah hari selepas beraya di rumah keluarganya.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mendapatkan perintahan tahanan reman dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Timbul satu persoalan, adakah LEONG PEI KOE akan dibebaskan selepas dia meminta maaf dan merayu, sama ada menerusi dirinya sendiri atau pun membabitkan ibu bapanya, kemudian keluarganya diziarahi oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri mahupun para pemimpin MCA dan GERAKAN?

NOTA: 

SEKSYEN 294 (a) KK - Melakukan apa-apa perbuatan lucah di mana-mana tempat awam. Hukumannya jikalau didapati bersalah adalah penjara 3 bulan dan dendan atau kedua-duanya. Orang yang dituduh juga boleh ditangkap tanpa sebarang waran. 

41 comments

PENYOKONG DAP LEMPAR MERCUN KEPADA PERDANA MENTERI DI GURNEY DAN ISYARAT LUCAH UNTUK PERMAISURI AGONG!!!


Belum lagi berkuasa, nampaknya para penyokong DAP dari kalangan sebangsa dengan Lim Guan Eng sudah mulai menunjuk kebiadapan dan kurang ajar mereka. Mereka yang tidak sedar diri dan perasan kononnya masyarakat di Malaysia sangat bergantung nasib kepada mereka, kini tidak ubah seperti anasir subversif yang mendapat sokongan jitu daripada Melayu yang menyokong PKR dan PAS.

Ketika Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang rata-rata pekerjanya adalah Melayu dipaksatugas oleh Lim Guan Eng untuk membuang semua bendera 1Malaysia dan wajah Najib Abdul Razak, satu persatu insiden kurang ajarnya DAP dan ahli-ahli mereka yang terdiri daripada mata sepet kulit kuning, mulai didedahkan oleh masyarakat awam.

Jam 4:30 petang tadi, beberapa buah lori MPPP dan lima buah motosikal serta sebuah kenderaan pacuan empat roda dari jenis Perodua KEMBARA sedang menjalankan kerja-kerja membuang bendera 1Malaysia dari kawasan McCalum sehinggalah ke Bayan Lepas.

Di Sekolah Hian Chiang, tindakan yang serupa juga telah diambil oleh petugas-petugas MPPP.

Apabila ditanya, kata mereka, arahan tersebut datangnya daripada Lim Guan Eng!

Menariknya, tiada tindakan yang serupa di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dan UMNO walaupun bendera, bunting, banner, pemidang dan sebagainya milik Pakatan Rakyat, bersepah-sepah dan bergantungan di sana sini.

Terdapat satu insiden di pintu masuk Sekolah Hian Chiang semasa ketibaan Perdana Menteri. Seorang lelaki Cina yang merupakan penyokong kuat DAP dan menganggap Melayu sebagai pendatang di Pulau Pinang dan Pulau Pinang sebagai milik Cina, telah membaling nasi dalam bekas polistrin ke arah Perdana Menteri. Bagaimanapun, balingannya tidak tepat dan mengenai orang lain.

Ketika Lim Guan Eng membanggakan dirinya kerana menyambut keberangkatan tiba DYMM Raja Permaisuri Agong di Pulau Pinang, seorang lelaki Cina telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memberikan isyarat lucah kepada konvoi dan kenderaan yang dinaiki oleh Raja Permaisuri Agong.

Manakala di Gurney, ketika Perdana Menteri sedang melakukan walk-about, seorang lelaki Cina telah membaling mercun bom berhampiran Perdana Menteri. Najib Abdul Razak pada ketika itu sedang makan di food court.

Ramai yang melihat tindakan dan perbuatan berkenaan dilakukan oleh DAP bagi mewujudkan provokasi agar rakyat Malaysia saling bermusuh dan menumpahkan darah antara satu sama lain. Bagaimanapun, ramai pula yang melihat, itulah sikap sebenar DAP yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa belang dan temberang mereka telah pun diketahui.

25 comments

SEJAK BILA PULA ANWAR IBRAHIM TUKAR BANGSA DARI INDIA PERANAKAN KEPADA KADAZAN-DUSUN?!!!


Memandangkan HUGUAN SIOU Kadazan-Dusun, merupakan salah seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional Sabah dan pernah menjadi Ketua Menteri dan sekarang ini Timbalan Ketua Menteri, manakala adiknya pula, Jeffrey Kitingan sudah pun melahirkan tentangan terhadap Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim dan PKR, maka mahu tidak mahu terpaksalah Anwar Ibrahim mengarahkan orang-orangnya agar melantik dirinya sebagai HUGUAN SIOU di Sabah.

HUGUAN SIOU merupakan kedudukan tertinggi seorang pemimpin dalam masyarakat Kadazan-Dusun. Gelaran tersebut diberikan oleh KADAZAN-DUSUN CULTURAL ASSOCIATION (KDCA) yang merupakan sebuah badan bukan politik yang terdiri daripada gabungan 40 komuniti etnik dari Sabah dan berdaftar dengan Akta Pertubuhan Malaysia.

Hanya KDCA yang berhak memberikan gelaran dan anugerah HUGUAN SIOU kepada mana-mana pemimpin dari kalangan mereka sendiri.

Justeru, timbul persoalan, bagaimana Anwar Ibrahim boleh dilantik sebagai HUGUAN SIOU tanpa melalui KDCA?


Tindakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu memang sangat jelas menghina etnik Kadazan-Dusun yang merupakan masyarakat majoriti di Sabah. Kebudayaan dan hak keistimewaan Kadazan-Dusun yang telah diiktiraf baik secara rasmi atau tidak rasmi oleh Kerajaan Sabah, Kerajaan Malaysia, mahupun rakyat Malaysia, nampaknya telah dicabuli dan dirobek-robekkan oleh Anwar Ibrahim serta orang-orangnya.

Apakah golongan pemimpin Kadazan-Dusun dari kalangan PKR dan Pakatan Rakyat Sabah sudah tidak ada sehinggakan seorang peranakan India dari Pulau Pinang terpaksa dilantik menjadi HUGUAN SIOU kepada masyarakat Kadazan-Dusun Sabah yang mana dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan mereka?

Timbul persoalan, adakah masyarakat Kadazan Dusun boleh menerima penghinaan sebegini rupa daripada Anwar Ibrahim dan PKR dengan berlapang dada dan memaafkan seorang peliwat dan penoron tundun China Doll itu?

5 comments

BERITA GEMPAR!!! PEMIMPIN DAP AKAN MASUK ISLAM SEJURUS SEBELUM HARI MENGUNDI PRU13!!!


DAP nampaknya semakin keterlaluan. Semuanya berpunca daripada kejayaan mereka menjinakkan PAS yang sebelum ini seringkali dilabelkan sebagai EKSTREMIS ISLAM malah seringkali dilihat seperti menuruti jejak TALEBAN di Afghanistan.

Selepas kejayaan pada 2008, DAP berhasrat untuk menggantikan PAS bagi memungut, mengumpul dan mempergunakan undi daripada masyarakat Melayu dan Islam. Untuk tujuan itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng sehinggakan dia terpaksa berlakon untuk menampakkan dia sebenarnya sangat berminat dengan Islam dan HAMPIR MEMELUK ISLAM KALAU BUKAN KERANA BAPANYA, KIT SIANG MASIH HIDUP.

Berita tersebut disampaikan dari mulut ke mulut. Para pengikut PAS bertakbir dan memuji-muji kebesaran Allah Taala dan bersyukur kerana tarbiyah mereka kepada Lim Guan Eng telah hampir membuahkan hasil.

Bagaimanapun, dari sehari ke sehari, Lim Guan Eng semakin menunjukkan belang dan temberangnya bahawa dia sebenarnya adalah musuh Islam dan musuh umat Islam yang amat tegar di negara ini. Sikap permusuhannya boleh dilihat menerusi tindakan-tindakan yang diambilnya terhadap penduduk Pulau Pinang yang beragama Islam, lebih-lebih lagi berbangsa Melayu.

Dengan mengungkit keturunan Melayu yang ada di Pulau Pinang sebagai MAMAK dan ARAB, Guan Eng cuba menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan Melayu-Melayu lain yang tidak begitu pasti dengan keturunan mereka sendiri tetapi dianggap sebagai Melayu menurut Perlembagaan Malaysia kerana beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam dan istiadat Melayu.

DAP sudah terdesak untuk mendapatkan undi, sokongan serta pengaruh di kalangan masyarakat Melayu-Islam di negara ini. Mereka tahu apa kelemahan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Justeru, satu maklumat telah sampai kepada kami di TFK!

Seorang pemimpin kanan DAP yang amat berpengaruh sedang menyusun langkah untuk 'memeluk agama Islam' menjelang hari pengundian pada PRU13 nanti. Pemimpin kanan tersebut sebelum ini seringkali cuba diperlihatkan oleh PAS sebagai sangat rapat dengan Islam.

Pengislaman pemimpin kanan DAP itu akan dipergunakan kononnya sebagai satu kejayaan PAS melakukan pentarbiyahan dan pendakwahan. Pemimpin kanan DAP itu akan digunakan sebagai umpan di atas pentas-pentas ceramah PAS agar dapat menarik dan mempengaruhi orang Melayu-Islam, sambil menceritakan bagaimana PAS telah berjaya menunjukkan sikap Islam sebenar apabila membabitkan pelbagai kontroversi seperti KALIMAH ALLAH dan AMANAT HAJI HADI.

Kebiasaannya, orang Melayu amat mudah tertarik dan bersimpati dengan golongan mualaf. Baik sangka Melayu terhadap golongan berkenaan, amat tinggi malah jauh lebih tinggi berbanding golongan saudara seIslam mereka yang lain.

Tidak dapat dipastikan, sama ada penentang Islam yang amat tegar itu benar-benar akan masuk Islam kerana Islam atau kerana cuba mendapatkan undi daripada masyarakat majoriti bagi tujuan memecahbelahkan masyarakat Islam yang sudah sedia terpecah dan tidak lagi mengetahui tentang kekuatan mereka sendiri.

Yang jelas, SNOUCK HURGRONJE yang pernah memecah belahkan masyarakat Melayu Acheh dengan kehebatannya dalam ILMU TAHKIK atau TARIKAT MARTABAT TUJUH pada abad ke-19 dahulu sehingga berjaya memperdayakan ramai imam-imam muktabar di Makkah Al-Mukarramah dan masyarakat Melayu Acheh sendiri akan muncul semula, tetapi dalam bentuk PEMIMPIN DAP di Pulau Pinang.

1 comments

PSY GANGNAM PENANG: KALAU MAJLIS GUAN ENG, DAH MAMPUS DIORANG NI KENA LANYAK.... TAPI INI MAJLIS BARISAN NASIONAL!!!


Sebelum kedatangan artis Korea yang terkenal itu, Lim Guan Eng dan konco-konconya telah cuba membuat fitnah tentang negara ini dan rakyatnya. Kononnya negara ini miskin, rakyatnya menderita dan telah dizalimi sepertimana yang dilakukan oleh CONQUISTADOR KATHOLIK SEPANYOL terhadap rakyat Filipina pada abad ke-16 lampau sehingga memaksa mereka memeluk agama Katholik. Malaysia digambarkan sebagai sebuah negara Islam dengan kerajaannya melakukan pemaksaan ke atas rakyat Malaysia hukum-hakam Islam yang serba jumud dan ketinggalan.

Itu yang cuba dilakukan oleh konco-konco Lim Guan Eng menerusi Pagewall Facebook rasmi PSY. Dan tidak nampak mana-mana pihak dari pecacai Pakatan yang cuba membela tentang kebaikan dan keterbukaan Islam sebaliknya turut menyokong apa-apa sahaja yang dimainkan oleh konco-konco Guan Eng dan DAP.

Hari ini, seperti yang dijanjikan, PSY Gangnam membuat persembahan di Sekolah Cina Hian Chiang. Entah berapa jumlah yang hadir, tetapi berpuluh ribu orang kelihatannya.




Setelah membuat kenyataan kurang ajar, Guan Eng tidak berani datang ke sekolah berkenaan untuk turut sama merasai sendiri KEHEBATAN BARISAN NASIONAL, keterbukaan BARISAN NASIONAL, kemesraan BARISAN NASIONAL, yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk berada di halaman mereka. Guan Eng tidak berani berhadapan dengan kenyataan dan realiti bahawa rakyat Pulau Pinang memang tidak peduli dengan arahan dan perintahnya agar mereka BERBAJU HIJAU LYNAS, MERAH DAP, KUNING 'BERSIH', dan OREN 'ANAK'.

Sebaliknya, yang datang berpakaian biasa, terlalu ramai dan beribu-ribu kali ganda berbanding mereka yang akur dengan perintah Guan Eng.

Pun begitu, tungau-tungau yang berlagak seolah-olah mereka adalah TUAN BESAR dalam majlis anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang itu, LANGSUNG TIDAK DIAPA-APAKAN. Jangankan dipukul, dibelasah sampai maut, atau dipijak atau paling tidak pun diludah dan dikencing beramai-ramai, ditegur pun tidak. Sebaliknya, mereka dibiarkan untuk sama-sama menikmati persembahan PSY Gangnam yang telah ditaja oleh sebuah syarikat korporat.

Tahun lalu, Guan Eng dan DAP serta Pakatan Rakyat telah menganjurkan sebuah persembahan K-POP di Batu Feringghi dengan menggunakan WANG RAKYAT PULAU PINANG berjumlah RM3 juta untuk sambutan Tahun Baru Cina. Manakala tahun ini, Barisan Nasional pula menggunakan wang tajaan daripada syarikat korporat untuk tujuan yang sama.


Para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya yang begitu menyanjung Lim Guan Eng sedang bertungkus lumus menyediakan pelbagai alasan. Dan lebih memalukan mereka ialah apabila PSY Gangnam dan rombongan persembahannya yang menjejakkan kaki ke Malaysia, dapat melihat sendiri suasana serta persekitaran yang SANGAT BERBEZA dan TIDAK SEPERTIMANA YANG DIGAMBARKAN OLEH KONCO-KONCO GUAN ENG!!!

Tidak dapat dibayangkan, bagaimanalah keadaannya sekiranya program persembahan PSY Gangnam itu merupakan anjuran Pakatan Rakyat dan DAP, manakala puluhan ribu yang datang itu adalah penyokong Pakatan dan tungau-tungau yang berlagak seperti TUAN BESAR itu pula adalah penyokong Barisan Nasional atau lebih menarik lagi... PENYOKONG UMNO...

Apalah nasib mereka agaknya... hidupkah lagi mereka ketika artikel ini ditulis?

4 comments

Sunday, February 10, 2013

PUAK PAKATAN TENTU MENCEBIK BIBIR DENGAN AMANAT MELAYU INI!!!

Sunday, February 10, 2013

Amanat Haji Hadi telah menjadi senjata yang paling ampuh kepada PAS untuk mengumpulkan sokongan sebanyak mungkin terutama dari kalangan orang Islam yang lemah pegangannya, yang kurang ilmunya, yang tinggi ilmunya tetapi tidak mendapat hidayah, mahupun yang berasakan AMANAT itu boleh menaikkan mereka ke persada kuasa.

Dari sehari ke sehari semakin ramai yang menjadi jahil tetapi culas dan ego untuk menyatakan atau mengakui kelemahan mereka. Justeru mereka kerap kali berselindung di sebalik agama untuk menutup kelemahan itu.

Malang bagi umat Islam kerana golongan yang lapar kuasa dan mahu menggunakan Islam, telah menyesatkan mereka kerana kejahilan si lapar kuasa itu. Justeru, hayat AMANAT HAJI HADI masih terpakai dan diimani dengan pelbagai dalih dan TAQIYYAH.

Macam mana pula kalau AMANAT MELAYU seperti di atas dikembang biakkan dan dimasyhurkan?

Adakah puak dan pecacai Pakatan akan menggelupur marah kerana di dalamnya terdapat DAP?

Beranikah puak pecacai Pakatan mempertahankan ISLAM berbanding DAP?

Rasa-rasanya TAKKAN BERANI... Lainlah kalau amanat berkenaan, melibatkan ISLAM tetapi menghentam UMNO dan BARISAN NASIONAL.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 comments

XAVIER JEYAKUMAR MENGEMIS MINTA RONNIE LIU TOLONG SETTLEKAN SAMANNYA RM72 JUTA!!!


Tak seronok sungguh si Xavier nak menyambut Tahun Baru Cina bersama-sama Ronnie Liu, Teresa Kok, Elizabeth Wong, Janice Lee dan Hannah Yeo. Ada-ada sahaja masalah yang menimpa ADUN Sri Andalas itu yang sebelum ini cukup terkenal dengan tipu dayanya terhadap masyarakat India, walaupun dia sendiri adalah seorang India kecuali dia beragama Kristian.

Walaupun sebelum ini sangat yakin, dia tidak akan disentuh oleh sesiapa atau mana-mana undang-undang, tetapi seorang bekas pemimpin PKR telah menyamannya sebanyak RM72 juta. Turut disaman bersama-sama Xavier adalah, lima orang konco Xavier yang lain kerana menuduhnya muflis.

Saman tersebut telah difailkan pada 5 Februari di Mahkamah Tinggi Shah Alam. S.Kottapan menyatakan, dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh akhbar Makkal Osai, reputasinya telah dicemari apabila dia dituduh seorang muflis.

Artikel berkenaan telah dicetak pada 13 September 2010 dan menyiarkan bukti daripada Jabatan Resolvensi yang mengisytiharkan Kottapan sebagai seorang yang bankrap pada 1 November 2007.


Menurutnya, artikel tersebut telah disiarkan seminggu sebelum bertanding dalam pemilihan jawatan PKR sebagai calon Ranting Kota Raja pada 26  September 2010 dan mendakwa, ia telah ditulis semata-mata bertujuan untuk merosakkan namanya di kalangan ahli-ahli PKR, masyarakat awam dan rakan-rakan perniagaannya.

Kottapan telah menunggu selama dua tahun bagi mendapatkan penjelasan sama ada daripada Xavier atau konco-konconya yang lain tentang tujuan mereka menghancurkan reputasinya. Bagaimanapun, Xavier dan konco-konconya tidak melayan keinginan Kottapan.

Saman tersebut akan dihantar kepada kesemua defenda selepas cuti Tahun Baru Cina.

Lima orang defendan yang lain adalah pegawai khas Xavier, Abdul Razak Ismail; ahli PKR, K.Gunasekaran; ahli PKR Cabang Kota Raja, Kamarudzaman Sanusi; pemimpin PAS, Jaafar Samsudin dan Ahli Majlis MPK, Sundarajoo Periasamy.

0 comments

Saturday, February 9, 2013

MAHUKAH ANWAR KAWAL PENYOKONGNYA SELEPAS KALAH PADA PRU13 NANTI?

Saturday, February 9, 2013

Seperti yang semua sudah tahu, kekalahan untuk Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang semakin cerah. Yang paling teruk kalah, sudah tentulah PKR. Dan yang lebih menarik ialah, kekalahan PKR itu akan turut memberi tamparan keras kepada PAS kerana beberapa isu yang tidak disenangi oleh akar umbi PAS sendiri seperti KALIMAH ALLAH, pemecatan Nasharuddin Mat Isa, persekongkolan dan tunduknya PAS kepada DAP dan PKR sekaligus memperlihatkan betapa PAS di dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang suara apatah lagi kuasa serta beberapa isu lain.

Di seluruh negara, PKR sedang bergolak hebat. Ketamakan PKR untuk bertanding dalam jumlah kerusi yang besar sekalipun menyedari PKR tidak sekuat mana dan tidak mempunyai sebarang akses kepada rakyat, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada PAS dan DAP, akan meranapkan impian PKR dan Anwar Ibrahim.

Sedangkan dari awal lagi, Anwar Ibrahim sudah meuar-uarkan bahawa Pakatan Rakyat akan menang besar dan dia pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pelbagai cara telah digunakan oleh Anwar Ibrahim bagi mendapatkan sokongan dan pada masa yang sama, menakut-nakutkan majoriti rakyat Malaysia yang tidak mahu menyokong Pakatan Rakyat. Fitnah yang dilemparkan dan dibuat terlalu berleluasa, dan segala fitnah tersebut kemudiannya dialihkan kepada UMNO-BN.


Maka timbullah persoalan, kalau sekarang ini Pakatan Rakyat sedang mempromosikan kononnya UMNO dan Barisan Nasional dengan bantuan SPR dan PDRM sedang mencari jalan untuk menipu keputusan PRU13, bagaimanakah sikap yang akan ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat?

Bagaimana pula dengan para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang kecewa buat kali ketiga berturut-turut semenjak 1999?

Sedangkan Hishamuddin Rais dan Tian Chua sudah pun membuat perancangan teliti untuk mengadakan demonstrasi dan melakukan huru-hara sekiranya Barisan Nasional diumumkan sebagai pemenang PRU13, masakan Anwar Ibrahim akan menolak rancangan berkenaan memandangkan segala perancangan rapi telah dibuat, termasuklah mendapatkan latihan dan pelatih daripada pertubuhan-pertubuhan yang dibiayai oleh Zionis termasuklah oleh George Soros.


Secara sahnya, memang Pakatan Rakyat akan melancarkan huru-hara dan kekacauan sekiranya peluang terakhir Anwar Ibrahim untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia tidak tercapai. Melihat kepada langkah-langkah yang sedang mereka ambil sekarang pun, sudah cukup untuk menyatakan bahawa masing-masing sudah tidak sabar-sabar untuk membunuh, menghuru-harakan dan mengucar-ngacirkan negara sekiranya Barisan Nasional menang, lebih-lebih lagi sekiranya menang besar dan majoritinya lebih dari dua pertiga.

Keyakinan yang ditanam kononnya, ini adalah peluang terakhir UMNO dan Barisan Nasional untuk berkuasa, sudah cukup untuk dijadikan petunjuk, Anwar Ibrahim dan para pengikutnya langsung tidak bersedia untuk berhadapan dengan realiti bahawa mereka tidak akan menang dan peluang untuk Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim sudah terkatup rapat. Mereka sebaliknya lebih bersedia untuk melancarkan gerakan subversif.

Dan gerakan-gerakan subversif tersebut yang dinamakan sebagai REVOLUSI TANPA KEGANASAN digunakan secara meluas untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat Malaysia.


Anwar akan tahan pengikut-pengikutnya daripada membuat kacau? BERSIH 3.0 di mana Anwar Ibrahim memberi arahan kepada para pengikutnya untuk merempuh pagar dan memburu serta membunuh anggota-anggota polis di Dataran Merdeka sudah cukup untuk dijadikan sebagai bukti kejahatan mereka!!!

4 comments

ADUHHHH... NAJIB PUKUL GENDANG PULAK DAH!!!


Tak menang tangan puak-puak cybertrooper Pakatan, khususnya yang diupah secara peribadi oleh DAP untuk klik DISLIKE pada sebarang klip video yang melibatkan Najib Abdul Razak di YOUTUBE. Begitu juga pada masa yang sama, mana-mana klip video membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, akan cepat-cepat mereka LIKE sebanyak-banyaknya sebagai cara menimbulkan persepsi kononnya rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat berbanding Najib Abdul Razak.

Dua hari sudah, beria-ia puak pecacai Pakatan klik DISLIKE untuk satu lagi klip video YOUTUBE membabitkan ucapan Najib Abdul Razak sempena sambutan Tahun Baru Cina bagi tujuan memalukan Perdana Menteri dan kemudian menimbulkan persepsi bahawa Najib tidak diminati dan orang Cina membenci Najib.

Bagaimanapun, tidak sampai beberapa jam kemudian, jumlah LIKE dan DISLIKE semakin mengecil jurangnya. Namun, diberitakan para pecacai Pakatan berjaya mengeluarkan video tersebut dari YOUTUBE agar perbuatan mereka tidak dapat dikesan.

Satu lagi iklan membabitkan Najib Abdul Razak dan sambutan Tahun Baru Cina, nampaknya bakal menghangatkan lagi kepala para pecacai Pakatan Rakyat. Adakah kali ini  mereka juga akan DISLIKE video tersebut, seterusnya mengeluarkan video berkenaan dari YOUTUBE?

Ini adalah klip video terbabit


2 comments

PENING SUDAH BANA SI ANWAR IBRAHIM BILA JEFFREY KITINGAN KATA, JANGAN PILIH PAKATAN RAKYAT!!!


Ketika Azmin Ali secara giat dan terang-terangan ingin menjadi penakluk Sabah bagi menjadikan Pakatan Rakyat sebagai penjajah baru di Negeri Bawah Bayu dengan mengeluarkan SAPP tetapi pada masa yang sama, menerima Lajim Ukim dan pasukannya yang terdesak dan bersifat peminta sedekah, satu lagi tamparan kuat hinggap ke muka Azmin Ali.

Dan bukan sahaja Azmin Ali, sebaliknya Anwar Ibrahim yang terlalu banyak menumpukan perhatian kepada Sabah kerana memikirkan kerusi-kerusi Parlimen di Sabah cukup untuk melonjakkannya sebagai Perdana Menteri.

Setelah Azmin Ali menjadikan SAPP sebagai musuh, giliran Jeffrey Kitingan pula untuk muncul dan menjentik kepala bana pasangan kekasih tersebut. Jeffrey Kitingan telah membuat seruan kepada rakyat Sabah dan Sarawak agar menerajang keluar Pakatan Rakyat dari kedua-dua negeri tersebut. Tidak itu sahaja, Jeffrey Kitingan turut mengeji dan mencaci BUKU JINGGA yang menjadi KITAB MUKTABAR Pakatan Rakyat.

Menurutnya, lebih baik rakyat Sarawak mengekalkan Kerajaan Negeri sedia ada kerana Kerajaan Negeri sekarang memandangkan parti-parti yang memerintah Sarawak sekarang adalah parti-parti tempatan dan diuruskan pula oleh pemimpin tempatan yang lebih faham dengan masalah setempat. Berbanding Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang kerja mereka hanyalah memecah belahkan rakyat Sabah dan Sarawak demi kuasa yang mereka buru. (BACA DI SINI)

Patutlah Anwar Ibrahim beria-ia sangat berunding dengan Sng Chee Hua, jutawan dari Kapit beberapa hari lepas selama tiga jam di sebuah hotel di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. (BACA DI SINI)

Ternyata Anwar Ibrahim sudah mulai ketakutan dan gila meroyannya kerana impian untuk menjadi Perdana Menteri, semakin tidak tercapai.

Walaupun Jeffrey Kitingan mungkin dianggap sebagai harimau tidak bertaring, tetapi berdasarkan senario semasa, Jeffrey Kitingan telah menjadi punca mengapa Anwar Ibrahim dan PKR kalah di Sabah dalam pilihanraya kecil Batu Sapi tidak lama dahulu. Malah Jeffrey Kitingan jugalah yang mendedahkan modus operandi dan tujuan sebenar PKR serta DAP mahukan Sabah dan Sarawak selain kuasa ke Putrajaya.

Kesian Anwar Ibrahim... kesian lagi Azmin Ali!!!

0 comments

NURUL IZZAH OFFER, NONG CHIK TOLAK SEBAB BACIN!!!


Kesian Nurul Izzah...

Kesian sungguh-sungguh!

Manakan tidak, di Lembah Pantai, ofisnya yang berhadapan dengan kuarters pegawai polis di Hill Park atau lebih tepat lagi di Jalan Pantai Murni, terus sunyi sepi dengan sampah dan debu di tangga, tidak bersapu menandakan pejabat tersebut memang tidak wujud walaupun papan tanda dengan muka Nurul Izzah besar terpampang di penjuru bangunan kedai berkenaan.

Dan sememangnya, Nurul Izzah hanya tahu melalak, buat retorik dan catwalk mengalahkan model terkenal di sana sini tetapi hal kebajikan penduduk Lembah Pantai, haram tak pernah diambil tahu.

Dah dekat-dekat nak pilihanraya nih, mulalah Nurul Izzah meroyan. Sama macam bapanya yang BERKOTE BENGKOK tu, Nurul Izzah cuba nak tunjuk kononnya dia bekerja. Kaedah nak tunjuk kononnya dia bekerja adalah DEBAT!

HANYA MANUSIA BENGONG DAN BAHLOL SAHAJA YANG AKAN TERPEDAYA DENGAN DEBAT macam yang dikehendaki sangat-sangat oleh Nurul Izzah. Sedangkan orang yang berfikir dan ada otak pula akan melihat dengan mata kepala dan membuat analisa, prestasi kerja wakil-wakil mereka atau pemimpin yang mencari-cari tanggungjawab seperti Nurul Izzah.

Cuba sebut satu perkara, apa yang telah dibuat oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai... satu saja pun cukuplah, tak payah banyak-banyak!

Haram tak ada satu pun.

Kebanyakan kerja membantu penduduk Lembah Pantai telah diambilalih oleh Raja Nong Chik, pemimpin UMNO yang begitu mengambil berat ceruk rantau Lembah Pantai terutama sekali kepada golongan marhein yang sebelum ini cukup terpedaya dengan helah serta temberang Nurul Izzah.

Justeru, Raja Nong Chik menolak pelawaan Nurul Izzah untuk berdebat pada 24 Februari ini setelah Raja Nong Chik menyatakan Nurul Izzah hanya tahu mengkritik tetapi tak pernah menunaikan tanggungjawabnya selaku wakil rakyat Lembah Pantai.

Dah sememangnya betul pun. Nurul Izzah memang tak tahu buat apa-apa. Yang dia sibuk hanyalah di Brickfield, menggoda India-India di situ untuk buat bantahan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan merungut dari semasa ke semasa, tetapi apabila India-India di Little India itu mengadukan masalah mereka, Nurul Izzah cepat-cepat menghalakan mereka kepada Raja Nong Chik.

Kalau Raja Nong Chik yang menyelesaikan masalah yang sepatutnya diuruskan oleh wakil rakyat seperti Nurul Izzah, baik Raja Nong Chik sahaja yang jadi wakil rakyat!!!

Itu pun ada hati nak debat. Patutnya ukur baju di badan sendiri lah dulu. Kalau dah tak buat kerja, tak payahlah nak berhelah, menipu dan terus memperdaya. Rakyat sekarang bukannya bodoh lagi. Zaman berdebat dah berlalu puluhan tahun lampau. Sekarang zaman buktikan kepada rakyat, yang awak tu pandai dan mahu buat kerja, bukannya hanya tahu berdebat!!!

Nurul Izzah ni dah macam PELACUR KELAS KAMBING... sibuk mencabar jantan-jantan yang ditemuinya untuk menyetubuhinya, tetapi apabila ditolak kerana tidak menyelerakan dan membacinkan, lantas dikatakan jantan-jantan tersebut tidak bertelur dan tidak ada kejantanan!!!

3 comments

KERANA TANAH KUBUR, GUAN ENG DAN P.RAMASAMY DIBAKAR DI SIMPANG AMPAT!!!


Kalau DAP dan Pakatan Rakyat percaya bahawa masyarakat India masih lagi menyokong mereka, sewajarnya DAP dan Pakatan Rakyat harus berfikir banyak kali. Kejadian memiliki lebih 80 kerusi Parlimen pada tahun 2008, hasil daripada bantuan dan tipu daya terhadap masyarakat India, nampaknya akan menjadi senjata yang menikam tuan.

Apatah lagi masyarakat India merupakan masyarakat yang paling tertindas di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat India kepada Pakatan Rakyat, kononnya Pakatan Rakyat akan membenarkan mereka membuat sebanyak-banyak mungkin kuil dan sebebas-bebasnya, telah dicabuli, bahkan mereka ditipu hidup-hidup.

Kalau di Merbok, masyarakat India dikatakan tidak diperlukan oleh Pakatan Rakyat, bahkan wakil Parlimen Merbok, Rashid Din dari PKR menyatakan PKR tidak memerlukan undi masyarakat India, di Pulau Pinang juga, perkara yang sama berlaku.


Terpedaya dengan janji-janji Pakatan Rakyat, masyarakat India di Batu Kawan telah membuat bantahan aman di hadapan Restoran Hai Siang Seafood, Jalan Besar, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Bantahan tersebut telah dilakukan pada jam 11:45 sehingga 12:10 tengah hari tadi.

Ketua pembantah adalah M.V.Mathiyalagan a/l Veeriah yang merupakan Pengerusi IPF Bahagian Nibong Tebal. Turut hadir adalah Ketua MIC Cawangan Batu Kawan, S.Linggam dan AJK IPF Cawangan Batu Kawan, A.David.

Seramai lebih kurang 40 orang terdiri daripada penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Kalidonia dan Simpang Ampat telah turut serta dalam bantahan berkenaan. Mereka membantah tindakan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang yang telah merampas tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan seluas 4 ekar yang akan diberikan kepada ‘HINDU ENDOWMENT BOARD’ Pulau Pinang.

Dalam bantahan tersebut... TERUSKAN BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 comments

NASHARUDDIN MAT ISA DIHARAMKAN DARIPADA MENYEBUT NAMA FADHIL NOR!!!


PAS Selangor marahkan Nasharuddin Mat Isa kerana 'menyeret' nama Fadhil Nor dan 'mencemarkannya'.

Kelakar betul PAS Selangor di bawah Khalid Samad dan Rani Osman.

Apa sebenarnya yang mereka takut?

Mereka takutkan kebenaran? Mereka takut cerita sebenar diketahui oleh ahli-ahli PAS yang baru belajar nak menyarung kepiah putih dan bercakap tentang agama? Mereka bimbang sekiranya, kebenaran diketahui oleh ahli-ahli PAS yang baru nak kenal yang mana satu ILAH dan yang mana satu ALLAH?

Pada penghujung usia Fadhil Nor, sememangnya ada usaha untuk membawa PAS dan UMNO dalam satu saf. Bagaimanapun, usaha tersebut terbantut apabila Fadhil Nor meninggal dunia.

Khalid Samad menyatakan kononnya, TAHALUF SIYASI yang diamalkan oleh PAS sebenarnya bukanlah keputusan pimpinan utama PAS sebaliknya keputusan hasil perbincangan pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

Barangkali Khalid Samad ingin menyatakan bahawa PEMIMPIN GERAKAN ISLAM DI SELURUH DUNIA pakat-pakat bodoh habis kerana mereka begitu ketinggalan berbanding keputusan atau ijtihad pemimpin-pemimpin UMNO yang dituduh sekular dan meninggalkan ajaran Islam apabila BERTAHALUF SIYASI dengan MCA dan MIC dari tahun 1953 lagi.

Khalid Samad rupa-rupanya bengong dan bodoh. Nak mengampu pun, agak-agaklah kerana Fadhil Nor sudah lama meninggal dunia. Tak perlulah nak membetulkan sejarah sepertimana Anwar cuba membetulkan sejarah dirinya sehingga perlu mengejar-ngejar jawatan Perdana Menteri.

Dia cuba memalukan Nasharuddin Mat Isa kononnya, tanpa Fadhil Nor, Nasharuddin Mat Isa bukanlah sesiapa. Tetapi dia juga tidak sedarkan diri. Kalau bukan kerana Fadhil Nor meninggal dunia, Khalid Samad besar kemungkinan tidak lebih daripada seorang pecacai Anwar Ibrahim yang terkinja-kinja untuk dikenali!

Berbanding Nasharuddin Mat Isa, jasa apa yang ada pada Khalid Samad untuk PAS apatah lagi kepada Parlimen Shah Alam yang diwakilinya... cuba bagi satu jasa Khalid Samad kalau ada!!!

1 comments

Friday, February 8, 2013

NAJIB LUDAH BALIK MUKA ANWAR IBRAHIM!!!

Friday, February 8, 2013

Pesan Najib kepada Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam Pakatan Rakyat, mereka perlu menerima kenyataan dan keputusan yang akan dibuat oleh rakyat pada PRU akan datang. Pakatan Rakyat juga tidak wajar menjadikan keputusan PRU sebagai cubaan untuk menghuru-harakan negara, semata-mata kerana kecewa Anwar tidak mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia dan sejarah latar belakangnya tidak dapat dipadamkan daripada mengganggu keturunannya akan datang.

Sejarah Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan pelaku seks bebas, akan terus terpahat dan akan menghantui cucu cicitnya sampai kiamat!

Kebelakangan ini, Pakatan Rakyat, terutama sekali Anwar Ibrahim begitu bangga mendabik dada kononnya Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU akan datang. Konon-kononnya juga, UMNO dan Barisan Nasional yang sedang ketakutan kerana bakal kalah dan hilang kuasa pentadbiran akan melakukan sesuatu untuk menghalang kemenangan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, berdasarkan senario semasa, dari tahun 1999 lagi, yang banyak buat kacau dan cuba menjadikan negara dalam huru-hara adalah Anwar Ibrahim dan Pakatan. Siri demonstrasi, fitnah yang berleluasa, campurtangan kuasa asing, modal dan dana asing untuk menumbangkan kerajaan yang sah dipilih rakyat, semuanya melibatkan Pakatan Rakyat.


Paling menarik ialah apabila Pakatan Rakyat menyertai fahaman GENE SHARP dengan penggunaan setiap lambang dan ikon daripada gerakan mendemoraksikan kukubesi di seluruh dunia. Malah Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam Pakatan Rakyat begitu teruja dengan penggulingan kerajaan yang sah menerusi 'REVOLUSI TANPA KEGANASAN' mereka.

PRU13 akan menyaksikan pertembungan antara nilai-nilai tradisional yang dimiliki dan dijalani oleh Malaysia selama ini dengan campurtangan asing yang begitu ketara. Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat tidak lagi dapat menafikan bahawa mereka sepenuhnya menggunakan kuasa asing sebagai ambal untuk berkuasa.


Dengan 13 rukun yang telah digariskan oleh GENE SHARP dipatuhi dan dituruti oleh Pakatan Rakyat, termasuklah rukun sekecil-kecilnya seperti memberikan bunga kepada anggota keselamatan, bagaimana Anwar Ibrahim nak menafikan lagi bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya sudah pun merancang dengan teliti untuk melakukan huru-hara dan kekacauan besar-besaran sebaik-baik sahaja keputusan PRU13 diumumkan dan Pakatan Rakyat kalah lagi manakala Anwar Ibrahim pula tidak mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apatah lagi, Pakatan Rakyat sudah pun 'melatih' dan 'mengkaderkan' rekrut-rekrut pembuat kekacauan mereka menerusi siri demonstrasi dari tahun 1999 lagi. Takkan dah bersedia begitu lama, tiba-tiba sahaja Pakatan Rakyat mahu segala-galanya berjalan secara aman?

Tak mungkin!

Dan kalaulah Pakatan tiba-tiba menerima kekalahan mereka dengan dada terbuka, pastinya yang paling mengamuk adalah Zionis di Amerika Syarikat dan Israel. Beranikah PAS, DAP< PKR dan Anwar Ibrahim berani menentang kemarahan Zionis?

Sudah tentu tidak!!!

11 comments

NAK ROMPAK DUIT RAKYAT SELANGOR PUNYA FASAL, SANGGUP BUAT KEMPEN BANGANG SEPERTI INI!!!


MBPJ buat kempen yang kelihatan prihatin, tetapi sebenarnya cukup kelakar dan seperti menjaring angin.

Apakan tidak, mana nak cari orang tua Cina berusia 108 tahun yang lahir pada Tahun Ular. Kononnya kalau masih ada, MBPJ akan sponser susu seumur hiup.

Agak-agak, berapa ramai yang masih hidup dengan usia 100 tahun atau lebih di Malaysia sekarang ini? Apatah lagi melibatkan orang Cina. Ini bukan zaman orang Cina datang ke Tanah Melayu, merempat dan naik tongkang. Ini bukan zaman orang Cina merempat yang datang untuk bekerja dan mengumpul kekayaan di Tanah Melayu sebelum dibawa balik ke Tongsan.

Rata-rata orang Cina di Malaysia yang asalnya daripada golongan merempat dan terbuang serta dari kelas bawahan, sudah pun bertukar status sehingga mereka pula yang jadi tuan di negara orang. Bahkan mereka pula yang beria-ia mengaku mereka adalah anak watan Malaysia walaupun hakikatnya, mereka tidak boleh berbahasa Melayu dengan fasih, gagal memahami atau paling tidak pun menghormati Agama Islam, malah tidak mahu menerima hakikat bahawa Melayu adalah Bumiputera dan Pribumi tanah ini.

Bila dah senang, umur pun makin pendek ler... bila dah umur makin pendek, mana nak cari orang tua berusia 108 tahun yang lahir pada Tahun Ular.

Ini semua publisiti murahan MBPJ untuk menakluk hati orang Cina agar terus mengundi mereka pada PRU13 yang kedatangannya sudah tidak beberapa minggu sahaja lagi.

Kalau macam ni punya taktik, pasti ianya datang daripada DAP!!!

0 comments

PENJELASAN KRISIS AIR YANG DISERTAKAN NOMBOR TELEFON BOMOH NOMBOR EKOR!!!!


Barangkali sudah tidak terdesak kerana rakyat Selangor semakin sedar tentang kemelut air yang sebenarnya sengaja digembar-gemburkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha mereka untuk menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, maka, ada puak berkenaan cuba mengambil pendekatan menarik perhatian rakyat, khususnya di kawasan Ampang dengan 'cara tersendiri' dan 'unik'.

Kaedah berkenaan adalah dengan menggunakan risalah kononnya penjelasan tentang krisis air di Selangor, namun penjelasan di dalamnya, tidaklah sebaik mana pun. Bahkan langsung tidak menyanggah 16 perkara yang telah dibentangkan oleh SYABAS beberapa minggu lalu.

Namun, bagi menarik perhatian, puak Pakatan turut menyertakan risalah tentang BOMOH NOMBOR EKOR yang daripada gambar-gambarnya nyata sekali bomoh tersebut bukanlah beragama Islam. Anehnya, bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan rumah yang menjadi sasaran penyebaran RISALAH PENJELASAN KRISIS AIR itu pula, kebanyakannya rumah Melayu atau diharapkan rumah Melayu.

Kelebek punya kelebek, tak pula ada kelihatan KALIMAH ALLAH walaupun Majlis Rundingan Agama Buddha, Hindu, Kristian dan Taoisme sebelum ini telah mendesak agar kerajaan membenarkan mereka turut menggunakan KALIMAH ALLAH untuk menyebarkan agama masing-masing kepada orang Melayu.


Kut yer pun nak menarik perhatian dan sokongan daripada orang Melayu-Islam, tak payahlah menggalakkan perbuatan syirik sebegitu rupa. Apatah lagi, tiada sesiapa pun yang pernah menjadi kaya-raya kerana nombor ekor berbanding orang yang papa kedana dan merana serta menderita kerana judi termasuklah nombor ekor.

Apakah tidak cukup lagi dengan KALIMAH ALLAH yang mahu digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu yang sememangnya bertujuan untuk memurtadkan umat Islam, sehinggakan perlu pula dipromosikan khidmat bomoh nombor ekor bagi tujuan berkenaan?

Apatah lagi, memang ramai orang Melau yang kaki nombor ekor dan kuat berangan-angan menjadi kaya kerana nombor ekor!!!

0 comments

ADUN PAS LADANG TAWAR RM200 RIBU DAN JAWATAN SETIAUSAHA MB UNTUK TIDUR ISTERI ORANG!!!


Seperti yang dijanjikan, TT akan mendedahkan bagaimana ADUN PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan isteri orang, Aida Tengah. Sejak terjalin hubungan itu, isteri Mohd Apandi Abdullah pun bercakap macam orang politik, berbelit-belit dan selalu mencipta alasan pelik.

Bila ditanya alasan untuk keluar, “keluar jumpa kawan” – itulah jawapan Aida kepada suaminya. Alasan keluar jumpa kawan itu pernah kantoi apabila Apandi melihat kereta isterinya (Honda Stream) berada di kawasan rumah Tengku Hassan di Padang Negara, Kuala Terengganu. Ketika ditemui krew TT, Apandi menceritakan, “Suatu hari, kalau tak silap hari Selasa, aku lalu dihadapan rumah YB, aku terkejut melihat kereta Aida berada di situ, masa tu pukul 11.00 pagi” Ditanya TT adakah ketika itu rumah YB berkenaan ada orang lain, dia menggeleng kepala dan kemudian memberitahu pagar dan pintu rumah tersebut tertutup rapat dan tidak ada kenderaan lain di perkarangan rumah pemimpin PAS berkenaan, selain kereta milik YB tersebut. 


Bagi mendapatkan kepastian, Apandi bertanya kepada isterinya, kenapa keretanya berada di rumah wakil rakyat PAS itu. Aida menjawab, dia meminta YB berkenaan menandatangani satu borang pinjaman. Aida menjelaskan kepada suaminya bahawa YB suruh dia datang ke rumah YB sebab cop YB tertinggal di rumah. Kata Apandi “belum bercerai pun mereka dah berkasih (bercinta) dah….” Aida juga memberitahu suaminya, ADUN PAS Ladang menawarkan wang tunai RM200 ribu dan jawatan sebagai Setiausaha kepada Aida sekiranya Tengku Hassan menjadi Menteri Besar Terengganu kerana pemimpin PAS itu sedang ‘gila’ dengan jawatan itu. Apandi bertanya, untuk apa RM200 ribu.

Isterinya menjawab sebagai modal perniagaan. Gembira atau curiga? Apandi bertanyakan perkara berkenaan kepada Tengku Hassan sendiri tentang RM200 ribu. ADUN Ladang itu memberitahu, beliau tiada duit sebanyak itu dan kelihatan cuba melarikan diri dengan alasan terpaksa pergi solat jenazah. Adakah tawaran RM200 ribu itu modal perniagaan atau duit untuk memikat hati Aida, atau ada ‘upah’ lain?


2 comments

WANITA MUALAF DIANIAYAI SUAMI PENZALIM... MANA PUSAT ZAKAT, MANA JAKIM? SENYAP LAGI ATAU DAH KENYANG MENTEKEDAGHAH DUIT ZAKAT ORANG ISLAM?


Gombak: Dia ikhlas memeluk Islam dan teruja untuk menjalani kehidupan sebagai Muslimah, namun segala impian berkecai apabila suami yang diharapkan menjadi pembimbing bukan saja gagal berbuat demikian, malah menyusahkan lagi hidupnya.
Berikutan itu, seorang saudara baru, Agnes Abdullah, 36, kini tenggelam punca selepas suami dikahwininya tujuh tahun lalu memerangkapnya dengan beban hutang RM2 juta menyebabkan dia berdepan kemungkinan diisytihar bankrap.
Merumitkan lagi keadaan, anak lelaki berusia lima tahun hasil perkahwinan mereka didaftarkan sebagai bukan Islam sedangkan Agnes mahu anaknya itu membesar dengan mengamalkan ajaran Islam. 

“Saya dipukul, malah digelar pelacur apabila bertanyakan mengenai status agama anak tunggal kami. Dia langsung tidak pedulikan kehidupan kami, malah (dia) berhasrat untuk kahwin lagi,” katanya.
Foto
AGNES menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.

Menurutnya, sebagai saudara baru, dia amat memerlukan bimbingan daripada suaminya untuk mendalami dan menjadikan Islam sebagai landasan kehidupan, tetapi apa yang berlaku kini menyebabkan dia buntu.



1 comments

SOSIALIS KONON... ADA PELUANG SAPU, SAPU BAGI KAYA DIRI SENDIRI!!!



YB Dr. Mohd Nasir Hashim merupakan pengerusi Parti Sosialis Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Damansara di Selangor. Beliau merupakan bekas Pengerusi INSAN dan Institut Kajian Sosial. Beliau pernah ditahan semasa Operasi Lalang pada 1987, selama 15 bulan.
Kompleks Muhibbah Petaling Jaya yang sebelum ini dimiliki PKNS telah dijual kepada syarikat Proksi YB Nasir Hashim yang juga Adun Kota Damansara PKR.

Ikuti pendedahan lanjut rompakkan secara besar besaran pimpinan Rejim Kerajaan Pakatan Selangor tentang hasil negeri Selangor..

Peniaga di Kompleks Muhibbah Petaling Jaya Kota Damansara telah ditanya oleh Mazidul Akmal Sidek :

“Ini masih tanah milik PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) ke?”



“Bukan, sebab kami membayar sewa kepada syarikat Ilmu Panduan Hidup,” jawabnya.

Ilmu Panduan Hidup? Syarikat siapa? Berapakah nilai tanah itu dijual?

Pada masa sama, beberapa pengerai saya temui merungut kerana sejak diambil alih syarikat terbabit, harga sewa gerai mereka dinaikkan dari RM200 sebulan ke RM500.

TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR DAILY.COM

DARI MAZIDUL AKMAL SIDEK PULA:

Berikut antara soalan mungkin boleh dijawab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Kota Damansara, YB Dr. Nasir Hashim.





1. Siapakah pemilik terkini Kompleks Muhibbah Petaling Jaya di Kota Damansara?


Klik di sini.

2. Apakah tindakan susulan YB untuk membantu peniaga Pasar Tani setiap Ahad agar berpeluang menggunakan surau dan tandas di kompleks terbabit?




Klik di sini.

3.  Adakah benar desas-desus mengatakan YB mempunyai kepentingan dalam syarikat swasta dilaporkan membeli kompleks itu?

4. Mengapakah selepas lebih setahun kompleks terbabit dijual oleh Perbadanan Kemajuan Negeri SELANGOR, masih tidak kelihatan papan tanda memaparkan nama syarikat pemilik?



5. Mengapakah surat rasmi dihantar oleh FAMA kepada pengurus Kompleks untuk mengelakkan peniaga bersembahyang di pinggir jalan masih tidak menerima jawaban secara bertulis? 



Mohon YB jawab.

Selaku orang biasa, saya tidak mampu memberikan penjelasan berhubung soalan dipaparkan sebab itu saya memohon WAKIL RAKYAT saya mengambil alih tugas terbabit. 

Ops! Hasil tinjauan saya sekitar jam 6.30 petang semalam, dua bendera koyak rabak masih terus berkibar layu ...



Jika sesiapa sudi untuk menggantikan bendera terbabit, sila maklumkan saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com.

Saya berhasrat benar untuk merekodkan detik bersejarah itu.

0 comments

Blog Archive

Labels