Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 3, 2014

APA NAK HAIRANKAN PUN, NGEH KOR HAM TAKKAN PEDULI SEBAB YANG TERJEJAS BANJIR DI BRUAS ADALAH MELAYU!!!


Masa kempen pilihanraya, memang Ngeh Kor Ham akan jadi pemimpin rakyat. Sanggup masuk ke kampung-kampung Melayu untuk melawat, terutama sekali di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan kuat PAS. Ngeh Kor Ham bercerita tentang kesamarataan. Ngeh Kor Ham akan bercakap tentang kononnya DAP tidak memandang bangsa dan kaum atau agama. Semuanya sama...

Kononnyalah!

Anehnya, ramai orang PAS di Bruas amat percaya dengan Ngeh Kor Ham. Mereka cukup percaya yang Ngeh Kor Ham akan mengotakan kata-katanya.



Sekarang, Bruas dilanda banjir. Perkampungan Melayu banyak terjejas. PORTAL PERAK TODAY melaporkan bahawa dasar sungai yang cetek menjadi punca banjir di kawasan terbabit. 12 buah rumah dan enam keluarga terbabit secara langsung dalam masalah banjir ini.

Kelibat Ngeh Kor Ham selaku Ahli Parlimen Bruas tidak kelihatan langsung. Barangkali Ahli Parlimen itu terlampau sibuk sebagaimana sibuknya dia daripada menghadiri sidang Parlimen sehinggakan dia sendiri tidak tahu apa butiran yang berlaku di Parlimen. Barangkali kesibukan perniagaan menyukarkan dia untuk menunaikan tanggungjawabnya selaku Ahli Parlimen dan kedudukan selaku Ahli Parlimen hanyalah satu lesen besar untuk membesarkan lagi perniagaannya sebagaimana dia terlibat dalam skandal pemilikan tanah di Kelantan yang tidak sepatutnya dia atau syarikatnya miliki.


Kita percaya, kalau yang terlibat banjir itu adalah dari kaum Cina, lebih-lebih lagi yang sudah dikenalpasti sebagai penyokong kuat DAP, Ngeh Kor Ham akan muncul sebelum matahari muncul lagi. Sebagaimana baiknya hati Nga Kor Ming, sepupunya, membantu para penyokong DAP untuk mengisi borang BR1M yang dia sendiri dan DAP musuhi.

No comments:

 
Blogger Templates