Ini adalah kerana minda yang sepet lebih mengutamakan perkara yang lebih mempunyai pengaruh kepada kehidupan seharian mereka.
Maka, berbunyilah suara-suara sumbang apabila saya menulis mengenai Kenapa Tidak Isytihar Darurat Bencana semalam.
Perkara yang mereka nampak hanyalah mengenai urusan tuntutan insuran mungkin terjejas sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan. Timbullah bijak pandai berminda sepet yang bertanya pula: “Berapa ramaikah di antara 160,000 mangsa banjir yang telah mengambil insuran untuk melindungi rumah dari bencana alam seperti banjir? Berapa ramaikah orang kampung yang telah mengambil perlindungan insuran untuk bencana banjir untuk pondok buruk mereka?”
Jawapannya ialah tidak ramai. Bahkan, saya mungkin boleh menyokong minda sepet mereka dengan mengatakan tiada langsung pondok buruk yang diinsurankan dengan perlindungan bencana banjir. Tetapi, untuk yang tidak tinggal di pondok buruk yang ada membuat perlindungan dari bencana banjir di dalam insuran am mereka, pengecualian tuntutan boleh dikenakan oleh syarikat-syarikat insuran, dan ini akan merugikan mereka.
Maka, minda yang sepet dengan segera bersuara menyatakan bahawa hanya mereka yang berkemampuan untuk menambahkan sejumlah 0.5% dari kos insuran mereka untuk perlindungan banjir sahaja yang akan menerima manafaat sekiranya Darurat Bencana tidak diisytiharkan. Jawapannya ialah: ITU TIDAK BENAR.
Pada tahun lepas, satu pekeliling telah dikeluarkan untuk mangsa banjir di kalangan kakitangan kerajaan yang mempunyai pinjaman perumahan untuk membuat tuntutan insuran :
Bayangkan masalah yang boleh mereka hadapi sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan.
Walaupun kuasa untuk mengisytiharkan Darurat Bencana berada di tangan Perdana Menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Perdana Menteri masih perlu berbincang dengan kerajaan di negeri-negeri terjejas untuk pengesahan keadaan darurat kerana kuasa kerajaan negeri-negeri tersebut mengikut undang-undang yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan masih wujud. Sekiranya kerajaan di negeri-negeri tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu bencana itu sudah diluar kawalan, dan menyebabkan jumlah kemalangan jiwa yang amat besar, boleh menyebabkan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri tersebut berada di luar kawalan, dan tidak lagi selamat untuk para pelabur untuk terus beroperasi di situ, maka bolehlah mereka bersetuju untuk mengisytiharkan darurat.
Walau bagaimanapun, tanpa mengisytiharkan Darurat Bencana, Kerajaan Persekutuan telahpun mengerahkan aset-aset di bawah jabatan-jabatan dan kementerian-kementeriannya untuk membantu dalam operasi bantuan bencana banjir bak kata orang kampung, “Beyond the call of duty.” Malah, segala kos operasi bantuan bencana banjir juga ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, bukan oleh kerajaan di negeri-negeri terbabit.
Yang berminda sepet ini juga mahu Darurat Bencana diisytiharkan agar aset-aset Angkatan Tentera Malaysia dapat dikerahkan di negeri-negeri terbabit. Ingin saya bertanya aset apakah yang digunakan di dalam gambar-gambar berikut?
Itulah yang tidak ternampak oleh minda-minda sepet. Mereka hanya nampak perkataan insuran yang telah saya tulis, dan Perdana Menteri umumkan semalam.
Perkara kedua yang telah saya tulis dan tidak ternampak juga oleh minda-minda sepet ialah berkenaan para pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka dari negeri-negeri terbabit sekiranya keadaan Darurat Bencana berlaku tanpa membayar sebarang kos kepada kerajaan negeri-negeri tersebut. Tetapi, seperti yang saya nyatakan di permulaan artikel ini, pelaburan asing tidak memberi kesan secara langsung kepada minda-minda sepet. Perkara seperti itu adalah terlalu rumit bagi mereka dan hanya kerajaan negeri sahaja yang patut memikirkan kesannya. Minda sepet hanya hendak tahu mengenai insuran yang mereka tidak beli, dan harga teh tarik yang mereka gemari sahaja. Sama ada saudara-mara, rakan-taulan mereka akan mempunyai pekerjaan setelah Darurat Bencana diisytiharkan bukan menjadi keutamaan mereka..... SAMBUNG BACAAN DI SEADEMON
1 comment:
Kelantan bukan pilihan pelabur asing - Pengarah MITI 20 Sep 2013 | Dalam Negara BeritaKomenBerita BerkaitKOTA BHARU 20 Sept. - Kelantan kini tidak lagi menjadi pilihan pelabur asing berikutan kurangnya jaringan infrastruktur serta insentif yang menarik.Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Cawangan Kelantan, Azran Derahman berkata, dalam tempoh 20 tahun, kira-kira 250 kilang di negeri ini telah menutup operasi dan berpindah ke negeri lain."Ini menyebabkan 20,000 orang hilang peluang pekerjaan dalam tempoh itu, dan jika keadaan ini berterusan dalam tempoh 10 tahun lagi, tidak ada lagi pelabur asing yang membuka kilang mereka di Kelantan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Azran berkata, pelabur tidak berminat berikutan masalah infrastruktur seperti air, lampu jalan, bekalan elektrik, longkang yang tidak sempurna serta kurangnya insentif menarik daripada kerajaan negeri.Katanya, MITI Kelantan sedaya-upaya berusaha mengekalkan 100 kilang yang masih beroperasi di Kelantan dengan menaik taraf beberapa jalan dan longkang dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)."Pelabur telah berpindah ke Melaka dan Terengganu yang mempunyai kawasan perindustrian, menawar insentif dan infrastruktur menarik bagi mereka," katanya.Menurutnya, kerajaan negeri perlu serius menangani masalah itu dengan mencari jalan agar kilang yang ada terus beroperasi. - BERNAMA
-Tak banyak pelabor kat Kelantan
Nak jaga siapa?
Post a Comment