Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 19, 2015

BAPA KANDUNG DAN IBU TIRINYA PERLU DIKENAKAN HUKUMAN PALING KERAS KERANA KEZALIMAN YANG DILAKUKAN MEREKA!!!

Kesian...

Budak perempuan berusia 7 tahun ini telah diselamatkan oleh pihak berkuasa di sebuah rumah pangsa di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Khamis lepas.

Dia tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah yang gelap, tidak mempunyai bekalan elektrik mahupun bekalan air manakala bapanya yang berusia 34 tahun dan ibu tirinya bersama-sama lima orang anak mereka, hidup bersenang lenang di rumah bertentangan dengan rumah yang menjadi tempat berhabitat gadis kecil malang iut.

Polis percaya, gadis kecil itu telah tidak diberikan makan selama dua minggu dan pakaiannya terlalu kotor, manakala lima orang adik-beradik tirinya yang lain mempunyai makanan dan pakaian yang sempurna.

Salah seorang anggota polis wanita yang turut serta menyelamatkannya tidak mampu menahan emosi apabila terpandang anak gadis malang itu. Anggota polis wanita itu menangis tersedu-sedu kerana terlalu hiba dan pilu melihat kekejaman yang ditimpakan ke atas anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan tidak berdaya.

Ketika polis menemuinya, budak perempuan tersebut hanya seberat 7 kilogram. Bayangkanlah, berat purata bayi yang baru lahir adalah antara 2.7 sehingga 4.6 kilogram sedangkan budak perempuan yang berusia 7 tahun itu sekadar berat 7 kilogram.

Pihak berkuasa kemudiannya ke rumah pangsa di Sungai Dua, Tasek Gelugor pada jam 7:15 malam selepas guru budak perempuan itu membuat laporan polis pada jam 3:30 petang selepas budak perempuan itu gagal hadir sekolah semenjak Isnin lepas.

Guru berkenaan mengesyaki sesuatu yang ganjil apabila hanya bapanya yang datang untuk mengambil wang bantuan RM100 BL1M untuk pelajar pada Isnin.

Penulis sendiri tidak mampu menahan hiba melihat gambar dan membaca kronologi berita ini. Tidak disangka kerana pada zaman yang serba moden ini, semakin ramai ibu bapa yang cukup asyik masyuk sehingga terlupa pada tanggungjawab mereka.

Terima kasih dan sejuta penghargaan kepada guru yang sangat bertanggungjawab serta mengambil berat akan pelajarnya walaupun tidak dinamakan. Dia sanggup mengambil risiko dengan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Semoga Allah Taala memberikan rahmat dan kebaikan buat guru yang banyak berbudi itu.

Penghargaan juga wajar diberikan kepada PDRM yang bertindak pantas selepas mendapat laporan dan menyelamatkan budak perempuan itu pada hari yang sama. Juga TERIMA KASIH KEPADA BL1M yang berjaya membongkar ketamakan dan kezaliman si bapa sehingga menimbulkan syak wasangka kepada guru terbabit.

Semoga gadis kecil malang itu sembuh dan kembali sihat. Semoga dia tidak lagi berhadapan dengan kezaliman, penderaan dan penindasan sepanjang hidupnya.

Dan SEMOGA BAPANYA yang berusia 34 tahun serta ibu tirinya akan dihambat kekesalan dan dosa seumur hidup mereka, bahkan semoga undang-undang mengajar mereka bahawa kezaliman yang dibuat ke atas budak perempuan itu, akan mengajar bahawa keseronokan dan kenikmatan syahwat tidak seharusnya melekakan mereka daripada tanggungjawab menjaga serta mendidik seorang anak, sekalipun anak tersebut hanyalah berstatus tiri.


No comments:

 
Blogger Templates