Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 16, 2015

ISLAMNYA MEJAR ZAIDI HANYA MEMBABITKAN BARISAN NASIONAL, UMNO DAN KERAJAAN MALAYSIA... KALAU PAKATAN, SEMUANYA JUJUR DAN LURUS!!!

Akhirnya, terbongkarlah penipuan seorang penjawat awam yang kuat menyokong Pakatan Rakyat tetapi cuba menjadikan alasan, kononnya dia Islam dan sebagai seorang Islam, maka dia tidak akan menyebelahi pembohongan dan penipuan.

Ramai penjawat awam yang sebenarnya sangat kuat menyokong Pakatan Rakyat dan mereka mempunyai seribu satu macam alasan untuk diberikan apabila terdesak.

Mejar Zaidi ketika ditanya, memberitahu dia tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Sebaliknya dia hanya mahu memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Maka bersoraklah sekalian penyokong dan pecacai Pakatan Rakyat dengan jawapan yang diberikan oleh Mejar Zaidi dengan melabelkannya sebagai WIRA NEGARA.

Mereka turut menyerang Mahkamah Tentera kerana kononnya telah membuat keputusan berat sebelah yang dipengaruhi oleh kerajaan, UMNO dan Najib Abdul Razak. Bahkan orang yang mereka gelarkan sebagai PAKAR PERLEMBAGAAN yang sebenarnya tidak dapat membezakan antara Perlembagaan dan Rang Undang-Undang, Aziz Bari, turut menyatakan Mahkamah Tentera membuat kesalahan kerana telah memecat Mejar Zaidi. (rujuk DI SINI).

Namun sesuatu yang sangat ketara ialah, mereka langsung tidak berani menyentuh tentang undang-undang TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 1972 yang menyebabkan Mejar Zaidi boleh dibuang kerja. Apatah lagi Mejar Zaidi sendiri pun tidak membela diri manakala peguamnya yang dipilih dari PAS, Hanipa Maidin, melarikan diri dan menghilang tanpa dapat dikesan.

Puak-puak Pakatan sedang seronok memainkan isu, Mejar Zaidi dibuang kerja kerana dakwat kekal tetapi dalam perbicaraannya pada Isnin lepas, dakwat kekal tidak menjadi subjek perbicaraan, sebaliknya yang dijadikan hujah adalah perbuatan Mejar Zaidi melanggar peraturan tentera.

Dipecat dari TUDM, Zaidi dikhabarkan telah ditawarkan pekerjaan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Malahan dikatakan juga, Zaidi yang angkuh menyatakan, dia memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan bersama-sama Pakatan Rakyat.

Kita nak tengok jugalah, di mana Islam yang dijunjung oleh Mejar Zaidi memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai pelbagai skandal kewangan, ketidakjujuran terutama sekali yang membabitkan tanah-tanah, perkampungan Melayu dan sebagainya yang langsung tidak dijawab tetapi ditai-chi dengan menggunakan pelbagai alasan dan isu lain oleh kepimpinan DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kita tengok nanti, adakah Mejar Zaidi akan berani menongkah arus memandangkan sekarang dia adalah orang awam dan tidak lagi tertakluk dengan Peraturan serta Undang-Undang Tentera. Apakah dia akan berani bersuara dan bebas dipergunakan seperti pada PRU-13 lalu dengan pembohongan secara bebas dilakukan oleh pecacai dan para pemimpin DAP khususnya.

Dakwat kekal langsung tidak kena-mengena tetapi dikatakan dakwat kekal adalah punca Zaidi dipecat daripada jawatannya dalam tentera!!!

16 comments:

Anonymous said...

Sorry to say,...ini adalah Mejar melayu yg paling bodoh dan baghal di dunia,...bukan salah ATM,mahkamah tentera dah bagi peluang...akal lekat kt buntut,..padan muka dia,ada kerja...tak nak jaga,...mcm bagus2 je kata Islam,....Sunnah pun belum tentu buat,...haprak

Anonymous said...

Demokrasi.....Selamat Terjun ke dalam arena politik malaysia .Lepas ini tahulah akan pahit, manis,masam kelat,tawar,wangi,hapak,hangit,hancing,tension,sugul,murung,bimbang,letih imsomnia,mandi tak basah,tidur tak lena,kencing tak lawas,berak tak keluar.....bila berpolitik.

hangkedee said...

Selamat bergelumang dengan PoliTAIK dan selamat mentedarah Hasil balaci dapig

Anonymous said...

dari mejar..
menjadi kakitgn kpd kerajaan negeri yg menjadi pengajur pesta arak...??

ini la wira negara yg i inginkn utk join pakatan munafik...

tahniah.. slmt bertugas


- Dato (dilucutkan) Nuar Berahi-m Kiram

Anonymous said...

Dia ingat geng dia dalam PAS nak sokong sangat ke,belum apa lagi dah kena niaya,Peguambela dia si Hanipa Maidin MP dari PAS tuang daripada melaksanakan tugasnya pada hari akhir perbicaraan.

Anonymous said...

dia lebeh seronok kerja dgn kerajaan kapir...lepas ni sila jilat bontot tak basuh guaneng..bodo punya melayu ngaku isle

Anonymous said...

Mejar Bahlol mcm ni yg esok2nya akan jd pencacai Eric dan penghina2 Islam.
Mula2 ckp pasal 'penipuan dan pembohongan' lapik lah nama Islam sket bg Melayu2 bodoh percaya lepas tu gerak langkah demi langkah.. akhirnya jdlah mcm Ketum..

SYABAS ATM kerana berani melawan puak2 penipu PR ini dr bersarang dlm ATM.

Org2 mcm ini akan jadi 'barah' dlm tentera dan akan menghasut org2 lain. Akhirnya tentera jadi lemah krn main politik2 PR.

Hukuman begini sbg pengajaran dan utk hapuskan penularan macai2 Pakatan Haram yg bermaharajalela dlm Kerajaan sbg parasit dn penyebar fitnah!

Anonymous said...

Jangan guna Islam bila sendiri memang salah ikut undang-undang tentera,boleh ikut Mat Sabu DAP bagi duit banyak.....

Anonymous said...

Dia munafik jika terima pekerjaan dgn dap penang.

Anonymous said...

masuklah ke salah satu parti yg anda
suka wahai mejar(r) samada parti
a..Dajjal Alliance Party atau
b..Parti Ala Syiah atau
c..Parti Kencing Rakyat

Anonymous said...

Entah2 dia ni bnyk hutang ngan along kot...tpaksa la gadai agama n bangsa

Anonymous said...

Padan muka kau seeetaannnn

Anonymous said...

Kerja kat ATM ikutlah syarat syarat ATM ,Ini tak buat ATM macam Syarikat bapak dia punya ,

Anonymous said...

Bercita cita jadi calun PRU14..silap silap dpt jadi Menteri Besar Perak yang baru..tapi tuhan maha kaya apa yang tersirat dan tersurat akan terbuka dengan sendirinya..masa menentukan..

Anonymous said...

Hutang bank ,hutang rumah abih bayar ke belum?

hangkedee said...

Awas virus LGBT pluralisma&syiah dalam perkhidmatan Awam kerajaan terutama Diputrajaya

 
Blogger Templates