Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 4, 2015

HELI TERHEMPAS DI SEMENYIH: SETAKAT JAM 7:45 TADI, TIGA MAYAT TELAH DITEMUI, TIGA LAGI SEDANG DICARI!!!



Berita kemalangan sebuah helikopter yang membawa beberapa orang VIP termasuklah seorang Ahli Parlimen, telah pun tersebar dan tersiar di media-media sosial.

Setakat berita rasmi yang diterima yang disiarkan menerusi Radio Nasional RTM, tiga mayat telah ditemui manakala tiga lagi mangsa sedang dicari.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 4:30 petang tadi di Jalan Sungai Lalang, Semenyih dan dikatakan berpunca daripada hujan dan angin kuat.

Media-media sosial sudah mula memperkatakan tentang para penumpang dan juruterbang helikopter malang tersebut.


Dipercayai, helikopter tersebut selain juruterbang bernama Chris, turut dinaiki oleh:

(1) Ediana - pembantu juruterbang
(2) Jamaluddin Jarjis - Ahli Parlimen Rompin
(3) Datuk Seri Azlin - Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri
(4) Datuk Tan - dari Kedah
(5) Razlan - polis pengiring Jamaluddin Jarjis.

Ketiga-tiga mayat yang ditemui masih lagi dalam proses pengecaman.

Berita selanjutnya akan menyusul.


No comments:

 
Blogger Templates