Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 6, 2015

KADIR JASIN TAK PAYAH JADI PENYIBUK DAN BATU RONSON LER... DUK JER DENDIAM!!!



Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kadir Jasin, samalah seperti mengambil penukul dan mengetuk kepalanya sendiri!

Kata Kadir, Rosmah yang menghalang Najib daripada meletak jawatan. Rosmah juga dipersalahkan kepada semua perkara. Rosmah diberikan gambaran sebagai punca kepada segala masalah UMNO dan Barisan Nasional. (BACA DI SINI)

Mungkin tidak berpuas hati kerana Tun Dr. Mahathir tidak menyebut nama Rosmah dalam teguran kerasnya kepada Najib, Kadir Jasin yang pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar milik UMNO, menyuarakannya.

Barangkali Kadir Jasin terlupa yang Rosmah Mansor hanyalah berstatus isteri kepada Perdana Menteri. Walau apa pun masalah antara Rosmah Mansor dengan Najib Abdul Razak, itu adalah masalah rumahtangga mereka. Orang luar seperti Kadir Jasin tidak perlulah jadi penyibuk dan penyental seluar dalam sesiapa pun.

Dari mula Najib Abdul Razak naik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor tidak pernah pula tercalon sebagai calon pilihanraya. Tidak juga dicalonkan sebagai Ahli Majlis PBT atau entiti yang menguasai hartanah seperti Betty Chew di Pulau Pinang. Tidak juga berangan-angan besar untuk bertanding di DUN dan selepas menang, mahu bertanding di Parlimen seperti Wan Azizah Wan Ismail.

Mari mana pulak datangnya teori Kadir Jasin, Rosmah Mansor tak benarkan Najib Abdul Razak letak jawatan atau mengganggu tugas-tugasnya selaku Perdana Menteri Malaysia. APAKAH KADIR JASIN MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBEGITU dan PENGALAMANNYA ITU TELAH MEMBUATKAN DIA MEMBUAT TEORI YANG SAMA KE ATAS ROSMAH DAN NAJIB?

Najib mungkin ada salah silapnya sebagai Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir sendiri mungkin ada salah silap ketika menegur atau mengkritik atau menghentam Najib. Tetapi gelagat orang yang menjadi racun, yang cuba menjadi batu ronson atau tukang cucuk seperti Kadir Jasin jauh lebih memualkan.

Sepatutnya dalam keadaan sekarang, semuanya berusaha untuk merapatkan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri yang sangat kritikal dan sinikal itu. Bukannya masing-masing cuba berlagak seperti Si Kitul dan Mundaliar yang mahu Sultan Mahmud Syah dibunuh atau Bendahara sekeluarga dihukum sula.

Memang benar, kritikan Tun Dr. Mahathir perlu dilayan kerana kritikan tersebut adalah suara-suara di bawah, suara-suara yang berlegar di kalangan pengundi yang tidak diberikan jawapan tuntas daripada Najib sendiri, tetapi apabila orang seperti Kadir Jasin juga cuba berlagak seperti Tuhan, ia sekadar mendedahkan bahawa Tun Dr. Mahathir tidak mustahil telah didesak dan dicucuk oleh pihak-pihak tertentu untuk sengaja mengacau agar kehendak mereka lebih mudah diperolehi.

Yang buat andaian Najib hampir tumbang ialah puak-puak seperti Kadir Jasin. Yang bersungguh-sungguh nak jatuhkan Najib juga, adalah puak-puak yang sama. Masalahnya, ialah bila tak laku dan kurang sambutan gerakan membersarakan Najib Abdul Razak, Tun Mahathir digunakan pula.

Reaksi yang diberikan, akhirnya membuatkan mereka tersenyum kerana baik yang menyokong Tun Dr. Mahathir mahupun yang menyokong kepimpinan negara mula berbalah sesama sendiri.

Dan perbuatan yang dilakukan oleh Kadir Jasin sekadar mencurah petrol ke dalam api sambil dia dan orang-orang sejenis duduk berkeliling api yang sedang membakar sambil bertepuk tangan dan mendabik dada kononnya, mereka adalah pencatur politik negara nombor wahid!!!


16 comments:

Anonymous said...

Sudahlah TFK. Fuck you la

Ted Manoff said...

Kadiaq oh kadiaq. ..jangan pak pandiaq dah ler...pompuan pun dia nak bantai..

Anonymous said...

TFK...memang sah hang ni apple polisher..kah.kah.. blogger prepaid

Anonymous said...

Betul la TFK you dengan Ted Nonokk go fuck each other lah!

Anonymous said...

The quality of your analysis has gone down terribly. Don't be in denial brother. I used to look forward for your insightful comment, but no more.

Anonymous said...

? Hang bebai pasai apa plak? Konpius aku.

Anonymous said...

Ini lah yg di panggil blongang - blogger + bangang..ngko ingat dgn kipas rosmah tu makin bertambah la undi umno... rakyat bukan bodoww la...org mcm ngko aper yg penting masyyukk!!!

Anonymous said...

Korang je pura2 tak nampak. Rosmah tu backbone n decision maker Najib. Dia yg naikkan Najib dgn cara tersendiri dari Tpm ke Pm. Masa pru13 pun dia juga yg pindahka Najib dr Pekan ke Raub, ambil tempat Mca Ng Yen Yen. Sebab tu lps pru13, hanya ada satu cina dpt jawatan dlm kerajaan - Chairman Tourism Malaysia sampai sekarang.

Org lagi nak buka dan telus. Korang lg nak tutup. Tun M bukan jenis orang yg tak penyabar. Dia dah timbang sume perkara.

Sukahati koranglah...janji aku taknak subahat. Aku suka telus.

Anonymous said...

Kepada yang tak tau, kerana rosmah lah banyak projek kadir yang tergendala,, tu yang kadir berbulu sangat dengan rosmah.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan Tun M, rakyat dah muak dengan poliking berlebihan dalam arena politik negara. Would you please SHUT UP! Kenapa Tun begitu bodoh membawa cerita lama mengenai Altantuya yang sudah basi. Kami anak2 muda pun meluat betul lah dengan pemimpin2 Melayu ni. Asyik nak bergaduhhh saja. Tak dak kerja lain ka. DS Najib tak boleh ikut cara Tun M. Tun M bela Robert Quok. Tun M bela Vincent Tan. Tun M bela Ananda Krishnan. Dan banyak lagi. Tun hanya jaga orang kaya, tak jaga orang miskin sebab orang kaya boleh bagi komisyen kat anak2 Tun. Macamana Mokhzani/Mirzan dapat modal buat bisness? Kalau bukan dari mereka2 ini. Bertaubatlah Tun. Hayat Tun pun dah dipenghujung senja.Harap DS Mukhriz dapat nasihat sikit ayahndanya yang dah nyanyuk ni. Apapun saya percaya DS Mukhriz daripada kesemua ahli keluarganya.

Anonymous said...

Kadir Jasin jaga je lah kedua-dua isteri Tuan tu...biarlah DS Najib dengan isterinya.


Tak baik burukkan bini orang...

Anonymous said...

Bagi Pak Kadir ini satu Directorship dalam GLC...senyaplah dia.Masa towkay lama dia naik,adatlah bila towkay baru dia cari orang dia lah...itu pun tak tahu ke...Itu sebab perbidalan dibuat Hidup kita ini macam roda,hari ini di atas,esok lusa mungkin di bawah.Tetapi apabila di atas jangan sombong ,riak jengokx ke bawah,kalau tidak perkara macam ini terjadi...it is either to be heard not to be seen,or to been seen not to be heard.

Anonymous said...

TFK sudah2 lah,

Tiba masa nya hang pi alih goal post tu, masa masih ada lagi nie...

Bangla PMO tu klepet duit la....

Anonymous said...

kepada TFK you can just rubbish those stinking comments such as 'apple polisher'

thumbs up bro becoz you bukan blogger's jenis 'lalang'

Anonymous said...

TFK terus bagi komen dan hentan orang macam Kadiaq ni. Depa yang dok maki hamun hang tu adalah penjilat juboq.

Kadiaq ni memang malaun. Dia kan naik masa era Mahathir dan Anwar. Depa ni ibarat Mafia of the Press. Dulu depa ni lah yang dok mengatur pemimpin siapa yang boleh ngam dengan depa maka di julang dalam artikel maupun rencana yang ber jela-jela.

Sekarang dah tak boleh cari makan dengan menjulang maka tak ada cara lain dok menjalanglah dalam blog.

Era Najib jarum depa dah tak berapa tajam maka macam2lah cara puak ni dok menghasut.

Kami tak hairanlah orang macam Kadiaq ni. Pi mampuslah dengan penyokong2 dia.

Najib, move on.

Anonymous said...

Kalau nk di layan org yg selalu tdk berpuasa hati segala apa yg dilakukan..negara tidak kemana..akhirnya negara sendri yg akan hancur..hari ini seakan akan sudah mnjadi satu trand dikalagan rakyat malaysia untuk mnjatuhkan negara sendri..jika asyik berpolitk tanpa memikir kesan kpd rakyat sy percaya..malaysia akan di lebel sbgai negara yg kuat berfitnah..di dalam pentabiran krjaan jgk..ada golongan yg hanya memikirkan peribadinya shj..

 
Blogger Templates