Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 2, 2015

KHALID IBRAHIM BERSUARA, MEMBELASAH AZMIN ALI DEPAN MUKA DAN MENYURUHNYA LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR!!!



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya gagal menyelesaikan masalah rakyat terutama penstrukturan semula air di negeri itu.

Beliau berkata, Azmin perlu berundur supaya Kerajaan Selangor diketuai oleh individu yang lebih layak, pakar dan berpengalaman yang setaraf dengan status Selangor sebagai negeri termaju.

Abdul Khalid menegaskan beliau tidak berminat untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar tetapi bertanggungjawab menegur demi kepentingan rakyat dan negeri Selangor apatah lagi Sultan Selangor telah bertitah supaya kerajaan negeri segera menyelesaikan penstrukturan air yang telah tertangguh sejak sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang itu menjelaskan, sikap berdolak-dalih Azmin dalam menyelesaikan permasalahan air telah menyusahkan rakyat yang terpaksa berdepan gangguan bekalan air.

“Selepas Perjanjian Utama dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, persetujuan dicapai untuk membina paip air daripada Sungai Pahang ke Loji Semenyih tanpa sebarang bayaran.

“Namun, pendirian berubah-ubah yang diambil kerajaan negeri sekarang menghalang projek ini dilaksanakan dan akibatnya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menghadapi gangguan bekalan air yang teruk sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya ketika membahas Ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Sultan Selangor dalam Sidang Dewan Negeri Selangor, pada Khamis.

Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak mengulangi desakan supaya kerajaan negeri kekal dengan tawaran pampasan RM9.65 bilion untuk pengambilalihan air daripada syarikat konsesi kerana jumlah itu telah memberi keuntungan yang munasabah kepada konsesi terlibat.

Beliau berkata, agak melucukan apabila Azmin mengaitkan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan hampir bankrap menyebabkan perjanjian air tidak dapat diteruskan.

“Hakikatnya penstrukturan semula industri air di Selangor tiada kaitan sama sekali dengan semua ini kerana ia telah termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006,” katanya.

Tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menukar dasar pelaksanaan dan sistem tender terbuka untuk projek kerajaan selepas dua bulan memegang jawatan amat meragukan kerana dibuat secara tergesa-gesa.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Azmin menukar dasar tender terbuka dengan alasan penganugerahan tender kepada sebut harga termurah merbahaya.

Bagaimanapun beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor mempersoalkan keputusan yang dibuat kerajaan negeri bagi menyokong tindakan yang diambil yang kononnya lebih baik dari dasar yang diamalkan di zaman pentadbirannya.

Beliau bimbang langkah berkenaan akan menyebabkan wujud lebih ramai golongan ‘rentier’ atau orang tengah yang mengaut keuntungan atas angin dan golongan kapitalis kroni seperti yang berleluasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Malang bagi rakyat Selangor kerana tiada lagi harapan yang tinggal untuk mereka, seolah-olah mandat besar yang diberi rakyat pada PRU13 disia-siakan begitu saja,” katanya ketika membahaskan Ucapan Menjunjung Kasih Sultan Selangor pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Abdul Khalid berkata, tender terbuka yang diperkenalkan pada 2008 di bawah pentadbirannya yang menekankan konsep nilai bagi wang telah berjaya menghapuskan peranan orang tengah dan menjimatkan wang rakyat lebih RM100 juta setiap tahun, di mana ia dipulangkan semula kepada rakyat untuk program-program kebajikan.

Beliau berkata, pendekatan baharu tender terbuka yang dibuat Azmin itu telah gagal meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam terutama melibatkan pengurusan sisa pepejal, pencemaran alam dan ekosistem yang meningkatkan kes denggi. (SUMBER)

No comments:

 
Blogger Templates