Monday, November 30, 2015

BERAT DAKWAAN NIH!!! PENGGUNA FACEBOOK DAKWA DUA ANGGOTA POLIS DIRAKAM BUAT KERJA TIDAK BERMORAL!!!



Seorang pengguna Facebook mendakwa dua orang lelaki yang dipercayai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan kegiatan yang tidak bermoral (menerima rasuah) di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Azam Daniel berkata, dia mempunyai bukti bergambar yang dirakam tanpa pengetahuan dua lelaki terbabit yang menaiki kereta yang mempunyai logo PDRM, nombor pendaftaran WYT 5937. Dakwanya, dua anggota terbabit datang setiap bulan untuk mengambil 'duit tepi' dari seorang pengusaha besi lusuh yang beroperasi secara haram.


"Bro, aku ambil gambar ini tadi jam 4 petang. Diorang datang ambil duit dengan pemilik satu tempat kegiatan haram yang memang selalu diserbu oleh pasukan polis. Tak sempat rakam wajah mereka. Aku pernah laporkan di laman rasmi PDRM tetapi tiada tindakbalas. Memang selalu dua orang ini datang," kata Azam Daniel.

Gambar yang mula tersebar ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengakui tidak hairan dengan pendedahan itu.

"Mana-mana tempat seluruh negeri sama saja. Anggota jenis bilis kebanyakan inilah duit tepi diorang. Cari tauke jual nombor haram, tauke lori sawit, tauke-tauke yang ramai pekerja asing, boleh dikatakan ada saja lubang duit untuk mereka cari dengan alasan wang perlindungan," kata Rasztanz'der Kellanna.

"Benda ini dah lama berlaku. Kawan aku pun pernah buka kedai besi buruk. Hari-hari kena belanja anjing-anjing makan free," kata Ailias Azizan.

Dakwaan ini adalah amat berat dan jika terbukti benar, ini telah menjejaskan imej PDRM. Mohon Ketua Polis Negara siasat dan ambil tindakan terhadap mana-mana anggota PDRM yang terlibat. - THEHYPEMEDIA.COM


3 comments:

Anonymous said...

Jaman pandai cari makan pandai sorok dah hampir berlalu. Dengan adanya tablet dan note, tupai yang jatuh ketika membuat lompatan dapat di capture bila bila masa. So hentikanlah.

Zakaria Ali said...

Malu ooi ...bagi makan anak bini

Anonymous said...

X heran langsung... mmg inilah hakikat sbnrnya. Walaupun saya juga badan berunifom tp rasa amat malu dgn tindakan mereka. Saya sndiri melihat depan mata mereka2 ini mmg ada ambl wang perlindungan. Prnh buat report berkaitan serangan orang pakistan dgn menggunakan parang panjang terhadap saya, tp langsung tiada apa2 tindakan terhadap pakistan itu. Herankan....

top