Friday, November 20, 2015

KETUA POLIS NEGARA SAHKAN, PEKELILING YANG TELAH DIBOCORKAN BERKENAAN 10 ORANG PENGEBOM BERANI MATI ISLAMIC STATE DAN ABU SAYYAF DI KUALA LUMPUR, SEBAGAI TULEN!!!



Satu 'internal circular' PDRM berkenaan kegiatan teroris di Ibu Kota, telah terbocor keluar dan menjadi viral di media sosial.

Maklumat tentang kehadiran pengebom berani mati di Sabah dan Kuala Lumpur telah disebarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan kesahihan pekeliling tersebut dan menyatakan kekesalan berhubung kebocoran maklumat sensitif tersebut.

Bagaimanapun, Khalid berkata, polis sedang memantau sebarang ancaman dan tindakan telah diambil untuk menangani masalah berkenaan.

Menurutnya lagi, polis tidak akan berkompromi dengan elemen-elemen keganasan.

"Kita tidak akan membenarkan perkara seperti ini berlaku," kata Khalid. (RUJUK SINI)

Bertarikh 16 November, pekliling dari Ibu Pejabat Polis Sabah itu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada 'pertemuan dan perancangan' di kalangan Kumpulan Abu Sayyaf, Islamic State (IS) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan MORO (MNLF).

Di dalamnya dinyatakan pertemuan tersebut telah diadakan di Sulu di Filipina pada 15 November dan dihadiri oleh 14 orang pemimpin daripada ketiga-tiga cabang tersebut dan 50 orang ahli bersenjata Abu Sayyaf yang dilengkapi raifel M16, pistol dan bom.

Antara lain, pekeliling itu juga mendedahkan tentang beberapa resolusi yang dibuat semasa mesyuarat termasuklah merekrut ahli-ahli baru selain menempatkan elemen-elemen Abu Sayyaf dan IS di Sabah dan Kuala Lumpur.

Turut dinyatakan bahawa Abu Sayyaf dan IS telah menempatkan 8 orang pengebom berani mati di Sabah dan 10 orang di Kuala Lumpur.

"Kesemua pengebom berani mati tersebut menjalani latihan ketenteraan di Syria, Afghanistan dan Iraq dan bersedia menerima arahan daripada para pemimpin mereka untuk melancarkan serangan."

Pekeliling tersebut menggesa agar peronda polis dan perisikan maklumat dipertingkatkan selain penguatkuasaan dibuat secara lebih ketat.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein telah mendedahkan yang IS mensasarkan, selain dirinya, beberapa orang anggota kabinet untuk 'melakukan perubahan' di wilayah ini.


1 comment:

Anonymous said...

siasat juga individu malaysia yang di lihat bergambar dengan anak seorang pemimpin penceroboh dan apa motifnya..

top