Friday, November 20, 2015

NETIZEN DEDAH RAKAMAN VIDEO BUDAK PEREMPUAN BULI RAKAN SEKELAS DI FACEBOOK!!!



Satu lagi rakaman video buli yang melibatkan pelajar sekolah disebarkan di media sosial bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

Insiden kali ini melibatkan pelajar perempuan tetapi tarikh kejadian tidak diketahui.

Video berkenaan telah dimuat naik di laman Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku.

Berdasarkan maklumat pada ruangan status, insiden di dalam kelas itu dikatakan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan di Sarawak.

“Mohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes buli,” tulis pengendali Facebook berkenaan.

video

Rakaman video itu memaparkan seorang pelajar perempuan menjadi mangsa beberapa pelajar yang dipercayai rakan sekelasnya.

Mangsa telah ditampar di bahagian pipi beberapa kali dan diterajang hingga tersungkur ke koridor di luar kelas.

Mangsa yang mendiamkan diri dengan tidak melawan hanya menangis kerana menahan kesakitan selain, merasa malu ekoran kejadian disaksikan rakan-rakannya dari kelas yang lain.

Bagaimanapun,audio pada rakaman itu kurang jelas dan sukar untuk memahami punca pergaduhan itu. (SUMBER)


No comments:

top