Wednesday, December 16, 2015

DI KOTARAYA, PENIAGA KURUNG PEMBELI TELEFON BIMBIT COKIA EMPAT JAM SELEPAS PAKSA BAYAR RM10,000!!!



Seorang lelaki ‘dikurung’ dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki tidak dikenali akibat tidak mahu meneruskan pembe­lian empat telefon bimbit di sebuah kedai yang tiba-tiba mencecah RM10,000 berbanding harga asal dipersetujui iaitu sebanyak RM800.

Mangsa, Dipres Nasution Mohd. Arifin, 28, berkata, pada awalnya, dia berminat untuk membeli seba­nyak empat telefon bimbit berikutan tawaran menarik oleh penjual terbabit iaitu pada harga RM200 setiap satu.

Katanya, selepas membuat bayaran, penjual tersebut enggan menyerahkan telefon bimbit yang dibeli dan mengarahkan dia memasuki sebuah bilik kecil di sebuah premis lain yang terletak berdekatan.

“Setelah menunggu selama kira-kira sejam di dalam bilik itu, seorang lelaki lain datang membawa bil dan apabila melihat bil tersebut, saya terkejut kerana harga pembelian telefon bimbit mencecah RM10,000.

“Saya bertanya kepada lelaki itu, kenapa harganya lain daripada yang dipersetujui iaitu RM800 tetapi dia memberi pelbagai alasan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, walaupun enggan meneruskan pembe­lian, dia dipaksa untuk membayar harga telefon bimbit tersebut jika mahu ‘dibebaskan.’

“Saya terkejut dan mempersoalkan proses awal pembelian. Apabila saya ingin membatalkan semula pembelian itu dan menuntut kembali wang sebanyak RM800 itu, mereka enggan mengembalikannya malah mengugut yang nama saya akan di senaraihitamkan oleh jenama telefon tersebut.

“Lelaki itu memaksa saya keluarkan duit dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM), saya katakan hanya mempunyai RM5,000 sahaja dan jumlah itu tidak cukup untuk menjelaskan harga semua telefon bimbit tersebut. Selagi tidak bayar, saya tidak akan dilepaskan.

“Setelah mendapati akaun saya benar-benar tidak mempunyai wang yang cukup, dia akhirnya bersetuju menerima RM5,000 untuk empat telefon bimbit malangnya jenis telefon bimbit yang diserahkan kepada saya tidak sama dengan pilihan asal,” katanya.

Disebabkan merasa dirinya ditipu, Dipres Nasution telah membuat aduan kepada beberapa agensi yang bertanggungjawab termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, namun dia kecewa kerana tiada sebarang tindakan diambil.


Dia kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum PPIM bertindak melakukan serbuan di Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi percaya wujud rangkaian yang dijalankan oleh pihak-pihak terbabit di kompleks tersebut untuk melakukan penipuan terhadap pelanggan.

Katanya, selain masyarakat tempatan, kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan itu adalah warga asing yang terdiri daripada golo­ngan wanita.

“Dalam serbuan yang dilakukan, kita dapati banyak kedai menjual telefon bimbit tiruan pada harga mahal. Sebanyak RM11,900 berjaya dituntut semula daripada beberapa pemilik premis perniagaan ber­kenaan dengan melibatkan tujuh mangsa.

“Saya mengharapkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan pemantauan dengan lebih rapi supaya kes-kes penipuan seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya. (BELIA BANGKIT)


4 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada PPIM

Anonymous said...

Selain dari penyamun dan perompak jual handfone banyak juga tokey tokey warha asing terutama nya dari piliphine.
Mereka bebas sebebasnya di negara ini.

MelayoCerdik said...

Padan muka jugalah pada Melayo2 yg gatai sgt nk ke kedai cina.. mcmlah boleh untuk 3 juta kalau beli kedai cina.. mahal kedai melayu konon.. sekali kena sembelih harga.. kena ugut dgn gangster cina baru kenal hidup..cari PPIM jugak.. sblm ni kutuk PPIM racist lah.. proksi UMNO lah.. cina punya proksi xde sapa bising.. Melayoo memang selamanya BODOH..!

nasib baik aku bukan melayooo..!

Ted Manoff said...

Elok Kedutaan Indonesia di Jakarta maklumkan kepada warganya supaya hati bila ke Kompleks Kota Raya...

top