Monday, December 28, 2015

ISLAM-KRISTIAN SAMBUT KRISMAS DI GEREJA DI SARAWAK... KALAU DI SEMENANJUNG, DAH TENTU BERPERANG DAN DIKAFIR-KAFIRKAN NIH!!!



Semenjak Malaysia diserang oleh fahaman Taliban dan Wahabi totok walaupun ramai yang enggan memperakuinya, boleh dikatakan ramailah orang Islam di negara ini yang cukup berminat untuk mengeluarkan fatwa dan mereka memilih atau cenderung untuk memilih HARAM berbanding HARUS berdasarkan kepada hukum-hukum Google dan ustaz-ustaz berbayar yang diupah memberi ceramah dalam pelbagai majlis. 

Bagaimana pula dengan berita ini?

Ia telah menjadi satu tradisi unik di Miri apabila umat Islam dan Kristian mengadakan majlis Krismas bersama-sama di sebuah gereja di Miri pada petang Ahad lalu.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh jemaah Islam dari Masjid An-Naim dan Kristian daripada Gereja Good Shepherd Anglican, Katholik, SIB dan Methodist Lutong.

Majlis itu juga telah diadakan di halaman Gereja Good Shepherd.

Masjid An-Naim dan Gereja Good Shepherd terletak lebih kurang 100 meter antara satu sama lain dan 10 kilometer dari pusat bandar.

Menteri Muda Komunikasi Sarawak, Datuk Lee Kim Shin merupakan tetamu kehormat bersama-sama dengan Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting dan para pemimpin dari Persatuan Buddha, Tua Pek Kong dan India Miri.

Lee yang juga merupakan ADUN Senadin berkata, Kerajaan Negeri amat gembira dengan perpaduan kaum dan agama yang unik di Miri dan Sarawka.

"Di mana lagi kita boleh temui gereja, masjid dan tokong berkongsi fasiliti dan makanan serta persefahaman bagaikan sebuah keluarga besar? Kita perlu mengekalkan nilai-nilai ini kerana ini adalah harta yang sangat unik. Menikmati keamanan beragama dan kepelbagaian kaum adalah sesuatu yang tidak bernilai," katanya.

Pastor gereja, Donald Jut berkata, masjid dan gereja telah berkongsi tempat meletak kereta selama lebih 50 tahun.

"Ini telah menjadi cara hidup kami untuk berkongsi tempat meletak kereta dan mengadakan majlis bersama-sama. Bagi kami, umat Islam dan Kristian adalah satu keluarga besar," katanya.

Pastor Donald juga berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi masjid dan gereja untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam mengadakan majlis awam.

"Semangat saling menerima yang diamalkan di sini sudah menjadi kebiasaan," katanya lagi.

Pengerusi Majsid, Ithnaini Bohari berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam setempat untuk berkongsi apa-apa sahaja fasiliti dan majlis dengan kaum Kristian dan Cina di situ.

"Kami sudah biasa kerana ini adalah sebahagian daripada cara hidup kami di sini," katanya.

Menurut Lee pula semangat moderat di Sarawak akan dikekalkan dan Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri, Adenan Satem tidak akan membiarkan elemen-elemen ekstremisme dari negeri-negeri lain menular ke Sarawak. (THE STAR)

11 comments:

Anonymous said...

Cantik sgt artikel ni. Tp part yg wahabi kt memula tu, boleh cerita x, wahabi tu sape?

Anonymous said...

Admin wa mau tanya cikit?? Hari raya umat Islam & maulidur rasul, org2 kapir ada bangga ka sambut dgn org islam??

Ini bangga2 sambut krismas dlm gereja, maulidur rasul ade paderi sambut kat masjid kat miri ni??

Admin buka mata buka hati, jgn suke jaga hati org kapir, 'hati' Allah lu x jaga. Klu gentle siarkn la coment aku.

Soffian Hj Abus said...

Syiah

Anonymous said...

FATHER atau Fr Donald
. Bukan Pastor Donald

Anonymous said...

Masih juga nak gadoh, pi baliklah...
Kami ikut perarakan maulidur rasul okay je... ikut raya rumah kawan okay je, sambut raya pakai baju melayu okay je... nak gadoh juga... baik buat pulau buatan sendiri kat lautan Hindi.

Anonymous said...

Kalau dah nama piang, piang lah juga... di Sibu hari tu masyarakat Cina, Buddha ikut perarakan maulidur rasul... ekau kotinggalan zaman...

Benedict Bilong said...

Semenanjung tak pernah merasa satu keluar ada pelbagai agama.. di sarawak banyak keluarga kawin islam.. kristian.. budha dsbnya.. apa perasaan kalau anak anda seorang kawin org melayu.. seorg kawin cina.. perlukah kita bermusuh dgn darah daging sendiri..

Anonymous said...

Memang pun ketinggalan zaman...tak tau pkembangan kami di miri ni jgn main tibai je ckp...jgn kan maulidur rasul..bulan puasa hari tu jemputan pihak masjid,paderi dtg ke masjid sama2 brbuka puasa.yg penting niat di hati tu.jgn busuk sgt hati tu.#respecteachother

Anonymous said...

Orang semananjung mana ada macam kat serawak kalau kat semenanjung hari raya tutup gate kalau kat serawak open house sampai semingu

Anonymous said...

Ah itulah betapa lisiknya fahaman org islam dari semenanjung,sehingga betatus_ratus cikgu dtg mengajar kat s'wak.macam tak adalah org s'wak pandai jadi cikgu.sebenarnya fahaman extrim yg mereka suka ajar kat sarawak.

Anonymous said...

Cantiknya ayat ko tu dgn perkataan 'kapir'..jgn suka kapirkan org.Belum tau sepa yg masuk sorga.sila belajar agama lagi bro.

top