Tuesday, December 1, 2015

NGA KOR MING PERTIKAIKAN LAGI ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN... TAK ADA APA-APA TINDAKAN KERANA MEMPERSOALKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KE?



Perlembagaan Malaysia terutama dalam Artikel 3 menyatakan bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Dan sebagai agama rasmi persekutuan, bermakna Kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk pengurusan dan pentadbiran halehwal Islam dan umatnya di negara ini.

Umat Islam di negara ini tidak pernah mempersoalkan bantuan dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, baik kepada sekolah-sekolah vernakular yang seharusnya dijalankan di bawah penyeliaan dan pengurusan pentadbir mereka sendiri tanpa bantuan kerajaan, mahupun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam yang tidak ada langsung peruntukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

DAP seringkali mendabik dada, kononnya mereka tidak RASIS dan mereka juga amat kuat menyokong dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, setiap peruntukan Perlembagaan yang ada peruntukan untuk Islam, Melayu dan Bumiputera, bahkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mereka akan jungkirkan tanpa sedikit pun tindakan dikenakan ke atas mereka, walhal menentang dan mempersoalkan Perlembagaan merupakan pengisytiharan perang ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong!

Dalam hal JAKIM sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal umat Islam dan pentadbiran Islam di Malaysia, nampaknya telah menjadi bahan terbaik untuk DAP, khususnya Nga Kor Ming menzahirkan kebencian dan penentangannya.

Orang ini jugalah yang telah mempersoalkan peruntukan untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ketika DAP menjadi Kerajaan Negeri Perak berproksikan Nizar Jamaluddin. Orang ini jugalah yang mempersoalkan peruntukan untuk masjid-masjid dan surau-surau, lantas mahu mewujudkan peruntukan yang sama untuk rumah-rumah ibadat dan institusi-institusi bukan Islam lain. Malah orang inilah juga yang mempersoalkan peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan yang tidak sekata dengan peruntukan untuk sekolah-sekolah vernakular, khususnya SJKC. Dia bagaimanapun, bertaichi dan berselindung dengan pelbagai alasan walaupun maksud kenyataannya.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


1 comment:

Anonymous said...

Mempersoalkan peruntukan untuk pentadbiran dan kesemarakan ugama resmi adalah seumpama ahli kongres AS mempersoalkan peruntukan yang diberikan untuk promosian, pentadbiran dan penyebaran demokrasi, iaitu sistem resmi kepolitikan. Peruntukan bukan saja untuk AS malah serata dunia. Tidak berlebihan kalau disahkan bahawa beberapa organisasi tempatan turut mendapat sebahagian dari peruntukan pembangunan demokrasi. Itu tidak berlaku. Ya, tidak ada ahli kongres yang waras yang mahu mulutnya di cilipadikan kerana mengisukan perkara yang tidak patut jadi isu.

top