Wednesday, December 2, 2015

PEGUAM TEGUR KERAJAAN KERANA TIDAK ADA MEKANISME KAWALAN HARGA HARTANAH YANG TERLALU BERPIHAK KEPADA BANK DAN PEMAJU!!!


Kenaikan harga hartanah/kedai/bangunan perniagaan yg mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi antara punca kepada kenaikan kos sarahidup..

Pemaju2 hartanah nampaknya berlumba2 mengaut keuntungan jutaan ringgit dan ada di antaranya yang hanya memfokuskan kepada pembangunan yg bernilai/berharga tinggi untuk mencapai keuntungan besar dan berlipat kali ganda..

Ditambah pula ketika ini berkembangnya industri pelaburan hartanah sebagai salah satu bentuk perniagaan yg memberikan pendapatan lumayan berdasarkan spekulasi harga.. kumpulan2 pelabur hartanah ini membeli banyak hartanah semata2 untuk disewakan atau dijual semula dgn harga yg lebih tinggi.. Ini telah menyebabkan Permintaan meningkat maka Harga pun turut meningkat..

Pemaju dan golongan pelabur ini pula mendapat sokongan daripada bank2 yg turut juga mengaut keuntungan ratusan juta daripada faedah keatas jumlah pinjaman yang besar akibat kenaikan harga hartanah..

Apabila harga hartanah menjadi tinggi maka kadar bayaran pinjaman juga tinggi dan ini menyebabkan kadar sewaan juga tinggi.. Kadar sewaan yang tinggi menjadikan kos dalam perniagaan meningkat dan ianya akan dipindahkan kepada peningkatan harga barang/perkhidmatan..

Cadangan: Selain daripada mekanisme pengawalan harga hartanah yg sedang dilaksanakan Kerajaan pusat/negeri boleh mensyaratkan ke atas pemaju2 agar membina bangunan perniagaan yg berkos sederhana atau rendah dalam satu2 pembangunan bercampur yg diluluskan.

Kerajaan juga boleh turut membina di setiap bandar kawasan pembangunan perniagaan kos sederhana/rendah.. Ini dapat memastikan terdapat kedai2 dgn kadar sewa yg lebih rendah..

ADNAN SEMAN


4 comments:

Anonymous said...

kerajaan memang boleh mengawal harga berdasarkan Peruntukan akta Cukai Keuntungan Hartanah dimana jualan sub sales patut dinaikkan kadar cukai keuntungan ini dapat mengawal para speculator yang menyebabkna kenaikan harta tanah.Cukai stem juga harus dinaikkan untuk hartatanah bernilai tinggi dengan kadar yang tinggi.untuk rumah mampu milik cukai setem perlu dikecualikan terus.

Anonymous said...

PBT/EPU yg berkuasa meluluskan sesuatu project mestilah buat demographic study utk kenal pasti dikawasan yg akan dibangunkan itu apakah purata pendapatan penduduk disitu. Wajibkan 30% rumah murah brharga 45K..selebihnya rumah dibawah 200K/ mampu milik dan mendapar kelulusan pejabat Sultan...

Anonymous said...

Teramatlah setuju... rumah tempat tinggal adalah keperluan asas membina keluarga bahagia.
harga rumah yang melambung punca rakyat mengeluh kos sara hidup tinggi.

Bayangkan sebahagian besar gaji bulanan diperuntukkan urk bayar pinjaman perumahan atau sewa rumah.

Kemunculan golongan yang nak kaya raya dengan jual beli rumah juga punca harga rumah dispekulasikan. Yang jadi mangsa rakyat.

Kena ada kawalan.. pemaju berebut2 nak bina kondo tinggi dalam tanah sejemput... boleh kaut untung!

Jangan asyik salahkan kerajaan pusat...salahkan PBT yang meluluskannn... ada unsùr rasuah tak?

Anonymous said...

Jangan asyik salahkan kerajaan pusat...salahkan PBT yang meluluskannn... ada unsùr rasuah tak?

top