Thursday, December 17, 2015

RAFIZI RAMLI DIANIAYAI PEGUAMNYA SENDIRI DALAM ISU SAMAN FITNAH NFCORPS?



Nampaknya, Rafizi Ramli bernasib malang setelah dia 'berjaya' mencipta fitnah yang sehingga ke hari ini diimani oleh sebahagian besar penggiat dan peminat politik Malaysia...

Malangnya dia kerana peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli seperti mengulangi taktik Karpal Singh yang mahu mahkamah menerima liwat Anwar Ibrahim sebagai 'seks suka sama suka' yang tidak bersalahan dengan undang-undang Malaysia.

Rafizi Ramli dan Nurul Izzah sekarang ini sedang menjalani perbicaraan saman oleh Pengerusi Eksekutif NFCorp, kerana melakukan fitnah dan mendatangkan kerugian.

Semasa prosiding mahkamah pagi tadi, peguam Rafizi, Razlan menyambung soal balas semenjak semalam ke atas Salleh.

Razlan bertanya Salleh tentang kandungan surat yang memaklumkan NFC bahawa pinjaman kerajaan telah ditarikbalik semenjak tahun lepas.

Razlan: Apa yang surat itu kata?

Salleh: Ia telah ditarik balik.

Razlan: Itu sahaja? Tiada keperluan pihak anda untuk membayar balik wang itu?

Salleh: Saya tidak merundingkannya kerana saya terlalu sibuk untuk menyelesaikan masalah ini dahulu.

Razlan: Anda tidak membayar semula kerana anda terlalu sibuk?

Salleh: Kami telah membayarnya kembali - saya telah beritahu - selama dua tahun.

Razlan: Baiklah, anda telah membayar sebahagian tetapi tidak membayar keseluruhannya. Bolehkah dikatakan begitu?

Salleh: Anak guam anda telah menyebabkan syarikat saya runtuh. Bagaimana saya boleh bayar balik? (SINI)

Nota: Salleh telah didapati tidak bersalah daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salahguna oleh mahkamah sebelum ini.

Sekiranya dia mampu membuktikan bahawa perbuatan Rafizi menybabkan pinjaman tersebut telah ditarik balik, sekaligus mendatangkan kerugian besar kepadanya, Rafizi besar kemungkinan terpaksa membayar gantirugi dan pampasan.

LIM SIAN SEE




2 comments:

Anonymous said...

Kalau tak mampu bantu usahawan Bumiputera tak sapa ambil port tetapi usah tutup periuk nasi Bumiputera yang mana kartel pula yang mendapat manfaat tidak lansung.

Anonymous said...

Harap2 begitulah. Rafizi ni dah riak sangat. Nak tengok pulak dia jatuh berdentum.

top