Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 1, 2015

TOL LEBUHRAYA PLUS NAIK 5% TAHUN DEPAN? KALAU BACA TAJUK, MUNGKIN LER KUT!!!



Sekali lagi, majoriti rakyat Malaysia membuktikan bahawa mereka hanya bijak membaca TAJUK ARTIKEL tanpa mahu membaca isi kandungan sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Manipulasi tajuk telah digunakan untuk membangkitkan kemarahan dan untuk membuktikan yang Kerajaan Najib Abdul Razak bercakap tidak serupa bikin. Namun penjelasan dan justifikasi kepada setiap kemelut yang ditimbulkan menerusi persepsi jahat tersebut, langsung tidak mendapat perhatian dan kefahaman kerana kebanyakan yang melompat hanya spesies pembaca tajuk berita, dan tidak membaca keseluruhan berita.

Itulah yang berlaku dalam isu terbaru KENAIKAN TOL PLUS.

Pemberitahuan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rasyid Syirlin bahawa PLUS berhak menaikkan kadar tol sebanyak 5%, telah menyebabkan gegak gempita di seluruh Malaysia. Dan seperti biasa, bila pemberitahuan tersebut kedengaran, kesimpulan mudah yang dapat kita kutip ialah, bermula 1 Januari 2016, tol di semua lebuhraya PLUS akan naik 5%.

Kejam sungguh kerajaan di bawah Najib Abdul Razak, kata mereka!

Hakikatnya, di dalam jawapan kepada Parlimen semalam, Timbalan Menteri itu hanya menyatakan kandungan perjanjiannya, BUKANNYA KEPUTUSAN KERAJAAN MENAIKKAN KADAR TOL PLUS SEBANYAK 5%!

Tiada sesiapa pun yang peduli dengan hakikat tersebut kerana mereka hanya mahu percaya bahawa tol PLUS akan naik 5% bermula 1 Januari 2016.

Malah mereka sukar untuk menghadamkan hakikat bahawa, besar kemungkinan kerajaan akan meneruskan pujukan agar kadar tol PLUS tidak dinaikkan, apatah lagi kini ia di bawah konsesi entiti kerajaan sendiri berbanding sebelumnya. Dari tahun 2011, kerajaan di bawah Najib berjaya mengekang kenaikan walaupun di dalam perjanjian menunjukkan bahawa pemegang konsesi PLUS boleh menaikkannya.

Untuk maklumat, PLUS... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


4 comments:

Anonymous said...

hangpa pun pandai pusing, da nak naik, apa lagi naikla,kejam la lagu ni

Anonymous said...

Entah sampai bila la nak defend najib.. minta buat research sikit samada kepopularan najib masih kuat ke dgn rakyat?

Anonymous said...

Time tangguh kenaikan masa tu claim '"usaha kerajaan najib yg prihatin". Time x mampu kawal.." bukan dlm kawalan kerajaan" senangnya jadi pm...

Anonymous said...

Tiba2 alasan kenaikkan sebab ianya memang dah dalam perjanjian? Mana perjanjian tu? Errr..ada ke perjanjian tu? Atau...

 
Blogger Templates