Friday, January 29, 2016

HILANG SUDAH RM2.6 BILION SONGLAP DUIT 1MDB, TIMBUL CERITA ZAHID JUMPA 'ARWAH' RAJA ABDULLAH!!!



Kita sedang melihat satu putaran cerita yang amat menarik. Kisah 1MDB hilang begitu sahaja. 'Kebimbangan' kononnya 1MDB telah disalahgunakan dan menyalahgunakan wang rakyat bagi mengembangkan tembolok dan nafsu Najib-Rosmah, semakin dilupakan. Sebaliknya, tumpuan kini ialah cerita bagaimana Zahid boleh bertemu dengan Raja Abdullah untuk mengesahkan wang RM2.6 bilion itu adalah derma peribadi daripada bekas Raja Saudi itu.

Tiada lagi Akta Patriot, RICO atau AMLA. Yang dimomokkan sekarang adalah butiran tentang pengesahan wang berkenaan berstatus derma daripada orang yang sudah pun meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Mereka yang sebelum ini beria-ia mahu membuktikan bahawa ianya adalah wang 1MDB dengan menggunakan khidmat Clare dan WSJ, kini telah cuba untuk melupakan hujah-hujah mereka sendiri. Dan apabila Peguam Negara menyatakan, mengesahkan dan memberikan bukti bahawa wang tersebut adalah derma peribadi dari keluarga diraja Arab Saudi, menerusi siasatan yang telah dijalankan oleh SPRM, masing-masing bertungkus lumus mencari ruang yang membolehkan mereka terus melakukan serangan.

Dan Zahid Hamidi dilihat sebagai saluran terbaik untuk mereka melepaskan geram kerana Peguam Negara 'membebaskan' Najib daripada hukuman yang mereka ingin benar lihat.


Zahid dikatakan telah bertemu dengan hantu Raja Abdullah. Dengan kata lain, mereka dengan penuh gembira menyatakan bahawa Zahid terkantoi menipu dengan memberi alasan yang paling tidak munasabah sehingga menjadikan pertemuan yang tidak mungkin boleh berlaku, sebagai alasan untuk membela Najib Abdul Razak.

Malangnya, mereka sendiri memaparkan keghairahan yang memakan diri. Apakan tidak, mereka tidak berhati-hati dan tidak faham perkataan 'REPRESENTATIVES' atau 'REPS' yang terdapat di dalam printscreen mereka sendiri!

Nampak gayanya, perkataan 'DEDAK', 'pendapatan haram', 'jilat punggung Jib', dan seangkatan dengannya akan semakin meriah apabila sanggahan seperti ini didedahkan. Golongan yang bijak pandai yang menampilkan pelbagai bukti yang tersepuk ke muka sendiri pula, nampak gayanya terpaksa mencari-cari perkataan lain untuk melepaskan geram.

Barangkali mereka tidak cukup kenyang dengan memakan 'rezeki halal' daripada perbuatan menfitnah kut....


4 comments:

baluk said...

Zahid nii cakap putaq belik.... patut pun pembangkang juai cerita nii, awatnya kalau dia sendiri bercakap bagi betoii dan jelas2... aku katakan blog nii pemakan dedak tegar...tahniah

Anonymous said...

Bior dorg mengutuk, mencerca, mfitnah dn mmanggil dgn gelaran x baik, mereka2 tu hanjing yg menyalak bukit. Bukit x runtuh pun, last2 hanjing yg terjelir lidah. Mereka tu jahil, mereka x takut muflis di akhirat nnti.

Anonymous said...

saudara.. mereka nilah golongan pemakan daging sesama Muslim. mereka lupa amanah yg dibawa oleh penyampai kebenaran untuk merahsiakan siapa penderma. mereka ni bodoh Dan penelan maklumat fitnah. Ana mungkin Zahid berterus terang denan mengatakan berjumpa "wakil" almarhum Raja Saudi. kaau dia sebut aja itu adaah derah seorang penderma Dari Saudi yg teah meninggalkan.. seara automatic seluruh duna tahu si polan yg derawan sedangbketikabitu semua mestilah kekal rahsia. mereka ni buta benak.

Anonymous said...

lawak datin,,

ALAMAK kena GODAM ler FB saya,masa FITNAH x ingat tuhan,da TEEKANTOI baru alhamdulillah..

lawak rpiji..

saya BERGURAU jer dgn dato najib
hehehe

pembangkang ni KEPALA OTAK smue cm LONGKANG..
Kehkehkeh

top