Saturday, February 20, 2016

TUN MAHATHIR SANGGUP BERSUMPAH GUNA AL QURAN DAN MASJID DEMI TERBUNGKUSKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Maka benarlah seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan pemimpin pembangkang yang teraniaya di bawah pentadbirannya dahulu bahawa pada penghujung usia, Tun Dr. Mahathir akan melakukan sesuatu yang dia bersumpah tidak akan lakukannya. Malah Tun Dr. Mahathir sendiri memimpin ke arah kehancuran semata-mata bagi menjaga periuk belanga beberapa orang kroninya dalam kewangan negara.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, dia sanggup bersumpah menggunakan al Quran ke atas Najib Abdul Razak.

"Sekiranya apa-apa yang saya katakan satu fitnah atau tidak benar, biarkan saya bersumpah laknat. Saya sanggup lakukannya."

"Sekiranya saya meminta orang lain bersumpah, saya sendiri perlu bersedia untuk melakukakannya dengan niat yang betul," kata Dr. Mahathir dalam satu sidang media selepas merasmikan pelancangan membaca al Quran di Kuala Lumpur.

Agak-agaknya pada bahagian mana Tun Dr. Mahathir akan bersumpah menggunakan al Quran? Bagaimana kalau dia memulakan dengan mendedahkan tentang kekayaan anak-anaknya yang diperolehi dalam tempoh yang sangat singkat berbanding manusia lain di dunia ini....


18 comments:

Anonymous said...

bahaya main sumpah-sumpah ni.

dimakan sumpah baru tahu.

lagi satu,nampaknya Najib tak perlu bongkar apa-apa tentang mahadir tapi mahadir sendiri yang mengakuinya secara tak langsung.Sepatutnya anak-anak mahadir menasihatinya agar berhenti mencampuri urusan negara,berehat dan mendalami hal ehwal agama....beri peluang pada Najib perintah Malaysia.Namun yang terjadi sebaliknya...bimbang juga dan kita takut habis dibuka pekung bernanah busuk yang selama ini tertutup rapat.Yelah manusia diusia beliau selalu terlanjur cakap kan kan.

gabenor johor said...

kalau bersumpah bwk alquran sendiri beranilah bersumpah..masa nk bersumpah tu kita bawa alquran baru utk dia bersumpah..adakah dia berani?

Anonymous said...

HINA SANGAT KE BERSUMPAH MENGGUNA AYAT QURA.......?????
Jadi, kenapa Najib dulu sanggup bersumpah Junjung Quran
kunun tak kenal Altuntaya............????????

Anonymous said...

hrp dr mahathir tak main main dgn sumpah.
lebih baik dok diam diam fikirkn kesilapan diri sndiri semasa jd pm dulu.

Anonymous said...

Senang cerita, jgn percayalah lah apa jenis makhluk mcm ini cakap ...

Anonymous said...

Macam mana pun Tun nak bersumpah tak mungkin dapat kalahkan Najib. Najib ni ada dermawan dan hartawan Arab yang bantu dia bro ...

Azman Ali said...

Tun M wajib bersumpah bahawa dia sekali pun tak pernah mengunakan kuasa nya untuk menolong anak2 nya menjadi kaya raya. Serta tidak pernah sekalipun mengunakan kroni untuk mengaut harta yg takan habis makan 7 keturunan..

Anonymous said...

posting admin yang tak beri kesan, tambah kekusutan ade la, cuba bagi idea yang baik, supaya dapat dirungkai permasalahan sekarang daripada ungkit ungkit perkara perkara yang lepas lepas. goblok punya admin

Anonymous said...

Saya mengaku saya hormat pada Tun Mahathir. Siapa tidak?

Tapi Tun M mestilah terima hakikat bahawa MASA Tun M telah berlalu. Usahlah ganggu tugas DS Najib. Biarkanlah dia jalankan Amanah dia. Memang tiada yang sempurna dalam hidup ini. Mana-mana pentadbiran pun begitu dalam dunia yang fana ini.

Berbalik pada kes nak bersumpah gunakkan Al Quran, daripada dijunjung untuk bersumpah eloklah Tun M mengaji semua - kelas Iqra. Perbetulkan Tajwid, hayati semua Tafsiran2 ayat-ayat suci Al Quran. Allah swt telah mengurniakan Tun M begitu banyak nikmat dari segala aspek: akal fikiran, kesihatan, umur yang amat panjang, harta, nama, pangkat, keluarga, segala-segalanya.

Apa yang Tun M perlu sekarang adalah berehat dan mendekatkan diri pada Allah swt. Tun M telah lakukan segalanya untuk keluarga dan anak-anak. Perjuangan mereka sekarang biarlah mereka sendiri lakukan.

Tun M boleh buat umrah tiap bulan, layanan istimewa dari Raja Saudi, tak perlu bertolak tolak, beratur macam kami. Nak cium HajratulAswad, nak berdoa di Raudah semua beres bahkan jika diminta nak berdoa dalam kaabah juga mungkin diberi lampu hijau oleh Raja Saudi.

Dunia ini tempat leka, jangan ikutkkan sangat nafsu amarah kita. Jangan layankan sangat...

Insaflah Tun M, Tun sudah 90 tahun. Biarlah kenangan kami buat Tun M, yang baik-baik yang positif bukan sebagai tukang pengadu domba yang menggeruhkan lagi ikatan sesame Islam dan Melayu, sesuatu yang Tun M sendiri pernah perjuangankan satu ketika dulu, satu ketika dulu....

Anonymous said...

Wowww...nampaknya pemimpin dan manusia2 mcm rasa satu keseronokan ingin bersumpah dgn alQuran. Dulu najib buat sumpah juga sekarang dah mkn diri. Nih dr m pula nak buat sumpah. Kang2 dua pemimpin kita jadi sumpah2 d sumpah oleh Allah...

juragan 69 said...

Bhai tfk...gua dh lama tk bg komen kt mana2 blog pmbngkang sbb pd gua najib ada masalah yg prlu dia selesaikn dn bkn dgn guna org lain sbgi 'tukang jwp' utk dia..
2.6 b selesai hnya kerana AG baru kata tkda kes.. knp laporan dari polis,sprm,audit dan bank negara tidak didedahkn kpd rakyat utk rakyat yg menentukn tkda kes utk najib..bhai persoalan yg tk trjwp -apakah 2.6b akan di pulangkn kmbali jika kes ini tidak dibongkar-jika dipulangkn kpd siapa?-kenapa AG tk dedahkn SIAPA penderma dn kepada SIAPA wang trsebut dikembalikn-knp tkda sebarang bukti utk ditunjukkn bahawa wang trsebut dikeluarkan dan disalurkn kedlm akaun siapa-kenapa penderma sbnr tidak mmberi sebarang statemnt...
bhai knp isu tdm yg dh berlalu lbh pnting dari apa yg sdg trjadi dan apa akan jadi kpd negara jika musang yg sdg berkuasa bebas..tdm tk prnh keluar statemnt utk mnhalang pihak brkuasa turun padang utk siasat dia dan keluarga beliau..
kemon bhai...najib bkn umno dan umno bkn najib..jgn kerana najib umno digadai..siapa najib yg blh guna umno utk kepentingan dia..apa hak org melayu kpd umno dan apa hak najib utk jdkn umno seperti warisan BAPAK dia..
bhai lu jwp je persoalan tdm khasnya dan org melayu(umno) am nya dan bkn jwp dgn mnyoal? Malu bhai klu lu jd blogger yg mnjwp dgn mnyoal...lu ptt kekal sbgi blogger umno dan bkn blogger najib..ingt bhai najib bkn umno dan umno bkn najib..

Anonymous said...

Tun sumpahlah dulu fasal ambil duit UMNO/rakyat rm100/200 bilion sebagaimana blog RPK tu dulu. Itu lebih penting dari Najib sebab Najib dh dibuktikan bersih.

Anonymous said...

jangan nanti sumpah terbalik ke empunya diri..diusia bonus dendam politik lebih diutamakan dari amal ugama menuju alam barzah..

Anonymous said...

Biarlah apa jua tanggapan orang kepada amalan bersumpah itu. Sekurang-kurangnya bersumpah dengan Al-Quran itu sudah menunjukkan keberanian Si Pelaku sumpah laknat berpegang kepada tutur kata yang diluahkan oleh tuan badan. Itulah akidah itulah iman yang akan dipersembahkan di hadapan Allah s.w.t. nanti. Malangnya bagi mereka yang terusan berpusing2 dalam meluahkan tutur kata hingga hilang punca malah hilang maruah dan penghormatan diri. Bersumpah laknat jauh sekali. Lagi haru biru. Kes Nuar Jubury boleh kita rujuk, tidak sekali dia berani, tapi orang yang teraniaya dan yang hendak menegakkan kebenaran sukarela sahaja melakukan sumpah laknat. Terbukti Allah maha adil lagi Maha Berkuasa, yang bersalah juga duduk ke dalam untuk menebus dosa di mahkamah dunia. Akhirat pula menunggu dengan pasti bersama kepedihan bagi mereka yang masih tidak mahu insar dan bertaubat..

Anonymous said...

Betul dan sokong apa yang 8.45 tulis tu!

Anonymous said...

7.26 Tun mewakili rakyat yang dianaiya, sumpah adalah satu cara merungkai persoalan yang berbangkit, sebagai umat islam ini adalah cara terbaik penyelesaian dari terus dibelenggu permasaalahan dan persoalan yang timbul.

Anonymous said...

Tun m baca je quran tu... Kubur kata maiiiii

Anonymous said...

Betul tuh..thumbs up

top