Monday, March 14, 2016

AKHIRNYA THE MALAYSIAN INSIDER TUTUP SENDIRI ATAS ALASAN KOMERSIAL!!!




Kumpulan The Edge Media Group membuat keputusan untuk menghentikan operasi portal berita The Malaysian Insider (TMI) bermula tengah malam ini (15 Mac 2016), selepas lapan tahun beroperasi.

Pengumuman daripada pengarang yang disiarkan di laman web portal berkenaan, menyatakan bahawa keputusan itu diambil atas sebab-sebab komersial.

“Kami telah bekerja sebagai wartawan yang tidak berat sebelah bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia dan pembaca lain. Kami bekerja untuk menjadikan setiap suara didengari.

“Namun tugas kami di The Malaysian Insider kini berakhir di Malaysia, yang semakin mahukan ketepatan, ketelusan dan maklumat,” ujarnya.

Sidang pengarang portal itu turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang menyokong mereka sejak hari pertama beroperasi hingga sekarang.

Pada 25 Februari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman TMI ekoran tindakan portal berkenaan yang telah mengeluarkan kandungan-kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia berikutan penyiaran sebuah laporan berkenaan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disifatkannya telah mengelirukan orang ramai.

Susulan itu, lima pengarang TMI telah memberi keterangan di Bukit Aman pada 26 Februari mengenai perkara tersebut.

Tindakan menyekat laman web TMI ketika itu, menurut SKMM, diambil selepas pertimbangan teliti dibuat mengenai kesannya ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di negara ini.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan menegaskan, tindakan SKMM itu dibuat kerana portal itu melanggar Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - ASTRO AWANI


1 comment:

Anonymous said...

TMI ni patut disaman kerana x beretika, memfitnah dan menghasut rakyat membenci kerajaan. Pemilik dan kakitangannya yg jahat itu mesti dihukum kerana jenayah fitnah itu berdosa besar lebih besar dari membunuh.

top