Monday, March 28, 2016

DAP SALAHKAN SURATKHABAR BERBAHASA INGGERIS SIARKAN CERITA BANGLO DAN HARTANAH DI JALAN PINHORN!!!



Selepas alasan-alasan bodoh yang diberikan oleh para pemimpin DAP termasuklah oleh Lim Guan Eng sendiri ditertawakan dan diejek, kini alasan terbaru menyalahkan media yang selama ini banyak berpihak kepada mereka kerana menyiarkan berita tentang banglo dan hartanah tersebut.

Berkata Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang, penyiaran berita demi berita tentang Lim Guan Eng, banglo dan tanah Taman Manggis yang sepatutnya dibina untuk orang miskin telah memberikan impak dan publisiti negatif kepada Lim Guan Eng

Liew Chin Tong menyalahkan akhbar The Star yang saban hari menyiarkan, mengulas bahkan menerangkan kepada para pembaca mereka bagaimana isu banglo dan hartanah itu boleh menimbulkan kekecohan.

Secara jelas Liew Chin Tong cuba mempertahankan jawapan u-turn Guan Eng dengan mengatakan pada 21 Mac akhbar tersebut secara sengaja telah memutarbelitkan kenyataan Guan Eng sedanglan Guan Eng tahu nilai hartanah berkenaan.


Guan Eng ketika membuka rumahnya untuk dilawati oleh wartawan mengaku tidak tahu nilai hartanah tersebut. Apabila bukti-bukti jelas dipaparkan menyanggah kata-kata Guan Eng yang dia tidak tahu nilai sedangkan dia telah membayar duti setem sebanyak RM122,000 untuk penilaian hartanah tersebut pada harga RM4.7 juta oleh Jabatan Penilaian, Ahli Parlimen Tanjong tampil membela dengan ayatnya yang megah, Guan Eng hanyalah Ketua Menteri bukan penilai!

Selepas terkantoi, semua orang bahkan semua benda hendak disalahkan... nampak sangat takut!!!

2 comments:

Anonymous said...

My God!! How stupid are these DAP idiots???? Everyday their comments and excuses are getting more and more stupid.
Is this the standard of our opposition? Standard TONG TAIK!!!!

Anonymous said...

Tak kira le apa pun alasan, komen dan sebagainya yang kita nak tahu sangat-sangat apa yang SPRM dah buat? Takkan senyap aje tak sebagaimana cara siasatan kes 2.6B tu yang cukup gempak bunyi siasatannya.

top