Monday, March 28, 2016

DONGENG MODEN PUAK PENYOKONG MAHATHIR-KIT SIANG YANG MEMAKAN DIRI DAN MEMENANGKAN DAP!!!



Sehingga setakat artikel ini ditulis iaitu pada jam 11:04 (dan berakhir pada jam 11:29 pagi) bertarikh 28 Mac 2016, Perdana Menteri Malaysia masih lagi Najib Abdul Razak. Rakyat pula sedang menjalani kehidupan seharian sama seperti dahulu, tanpa sebarang kekacauan, kesulitan, atau dihalang dek kerana ketakutan dan terancam. Persekolahan juga berjalan seperti biasa dengan kanak-kanak sekolah agama, sudah pun pulang sama ada diambil ibu bapa, berjalan kaki sendiri, berbasikal sendiri mahupun menumpang van yang disewa oleh ibu bapa secara bulanan.

Di kedai-kedai makan, gerai-gerai mahupun lobi-lobi hotel dan restoran-restoran mewah, sudah ada yang datang melepak sementara menunggu hidangan tengah hari disiapkan. Tiada sebarang restoran mewah yang ditutup kerana kekacauan dan kekalutan ekonomi, sebaliknya tempahan untuk makan tengah hari boleh dikatakan penuh.

Semuanya menyanggah dongeng puak Pro-Kongres Rakyat 1200 orang yang masih berangan-angan perhimpunan di SACC semalam akan mencetuskan revolusi dan menggulingkan Najib serta isterinya.


Yang pasti, lebih ramai yang meluat dan semakin membenci Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Mahathir sendiri. Apatah lagi hujah-hujah pembohongan yang dituturkan dari mulut mereka dalam ceramah, boleh disemak menggunakan fakta-fakta sedia ada yang cukup banyak, yang pada zaman Mahathir, jangan harap boleh ditemui dan digunakan kerana sekatan dan ancaman I.S.A.

Mahathir memang banyak jasa kepada negara ini. Itu tidak dinafikan. Tetapi jasa-jasanya juga tidak menjadikan dia sebagai seorang MAHA DEWATARAYA yang membolehkan dia mencaturkan apa-apa sahaja di negara ini, terutama politik. Mahathir sudah bersara... maka bersaralah, tak perlu lagi menyibuk dengan urusan politik negara kerana itu jugalah hujah yang diberikannya kepada Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn suatu masa dahulu.


Apatah lagi jasa-jasa Mahathir itu telah, sedang dan akan terus dibayar oleh rakyat untuk tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun lagi menerusi konsesi dan kenaikan harga kemudahan asas. Dengan kata lain, walaupun jasad Mahathir telah reput di liang lahad, rakyat terpaksa menanggung kesan dan beban daripada jasa-jasanya atas nama pembangunan, tetapi sebenarnya mengkayakan kroninya!

Kata mereka, nak selamatkan Malaysia daripada kuasa Najib Abdul. Katanya juga, mereka nak selamatkan Malaysia daripada dihancurkan, bangkrap dan muflis kerana pentadbiran Najib. Tetapi mereka lupa yang Najib tidak memerlukan masa selama 22 tahun seperti Mahathir untuk mengatur jasa dan membantu Melayu-Bumiputera serta rakyat.

Kongres Rakyat 1200 orang ni nak selamatkan Malaysia daripada apa? Ringgit jatuh? Ekonomi negara merudum dan tersembam? Atau sememangnya mereka perlu menjatuhkan Najib bagi memastikan hayat mereka sendiri panjang kerana segala keistimewaan mereka sebelum ini, Najib rampas dan serah balik kepada rakyat?

Mungkin apa yang diberikan oleh Najib kepada rakyat, tidak cukup besar dan megah kerana ia tidak bersifat mendabik dada seperti projek-projek mega KLCC, Litar Sepang, Empangan Bakun, Proton, dan sebagainya.


BRIM, KRIM, PRIMA, Bantuan Sekolah Anak, FELDA, MARA, PPR dan pelbagai lagi bantuan khusus untuk Melayu-Bumiputera mungkin dilihat terlalu kecil dan tidak hebat. Menara Warisan pula dianggap sebagai satu kerugian kerana berada di tengah-tengah segitiga China Town-Petaling Street yang dilihat mengancam Chinatown tersebut. Pemodenan perkhidmatan keretapi, Lebuhraya Pan-Borneo yang dibina oleh 1MDB tanpa menggunakan wang Petronas atau mana-mana entiti seperti yang dilakukan oleh Mahathir, malah telah diperakui, tidak akan dikenakan sebarang tol, barangkali tidak cukup untuk membuka mata puak-puak itu.

Dari 2009 sehingga 2016, atau lebih tepat lagi perbandingan 7 tahun antara Najib dan Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, rakyat menilai. Puak-puak Deklarasi Mahathir-Kit Siang mengaku rakyat bersama-sama mereka, tetapi majoriti rakyat yang lain pula bersama-sama Najib. Puak Rakyat Deklarasi mencabar agar diadakan pilihanraya segera bagi membuktikan Najib relevan, tetapi mereka tidak peduli tentang bagaimana pandangan sinis dan kebencian meluap-luap kepada Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang sangat banyak berbuat jasa, tetapi pada penghujungnya, sangat banyak berbuat PALAT.




Sesusatu yang pasti, kalau dahulunya, 'fatwa' dan 'ijtihad' Mahathir tentang DAP yang serba jahanam, diabolic, rasis, pelapar darah dan serba negatif, yang menjadi turutan dan disemat kukuh di dalam jiwa para pengikutnya, sekarang ini dalam sekelip mata, DAP adalah angel, utusan yang dihantar untuk membantu menggulingkan Najib, yang akan mengukuhkan kedudukan kroni-kroni konglomerat Mahathir yang semakin takut kekayaan mereka terjejas jikalau Najib terus bermain gila dengan menarik satu persatu seperti yang dilakukannya dalam kes IPP.

Justeru, daripada totok bencikan DAP, sekarang ini mereka adalah pencinta yang setia!!!

Itu pasal, Muhyiddin Yassin sangat berbangga dapat duduk di sebelah Lim Kit Siang dan Mukhriz berjabat tangan dengannya bersaksikan Lim Kit Siang yang bertindak sebagai pengecop mohor!!!


7 comments:

Anonymous said...

Selamat tinggal deklarasi rakyat, sesekali tidak akan bersekongkol dgn puak DAP and kumpulan menyokong LBGT dan seks bebas.

Go Najib go.

Anonymous said...

Syukur kita tak terpengaruh dgn hasutan kem tertentu... Kalau x.. kita mesti berada dlm kedudukan serba salah. Anak melayu tulin xkan mudah menyembah dap.

Anonymous said...

tak sangka ouak2 TOTOK UMNO berkelakuan mcm tu..tak ada prinsip..inikah rupa nya pejuang melayu?? hampeh..

Anonymous said...

Bagi pihak saya ,saya menafikan Mahathir banyak berjasa,kerana apa yg di buat oleh Mahahtir biasa saja ,malah membebankan rakyat.Ide Mahathir semuanya di tiru dari luar,bangunan tinggi projek besar bukan idea bagus,tambahan pula pembiayaannya bukan wang yg Mahahtir cari,semuanya dari kantong Petronas ,KWSP dsb.Aku pun boleh jadi PM macam tu.Idea tulin Mahahtir hanya Proton ,tapi tengok apa jadi pada Proton,berapa pula Proton membebankan rakyat.Harga kereta jadi melambung lambung keran Proton,hutang rakyat makin berlambak,kerana di galakan membeli kereta dgn tempuh pinjaman yg di panjangkan.Siapa untung ?.Tentulah bank,rakyat yg beli Proton dapat kereta yg substandard,yg menguntungkan pula penjual alat ganti dan pengusaha workshop.Siapa mereka?.

Anonymous said...

bila ia melibatkan dap dan juga pembebasan seorang penjenayah liwat, maaf cakap la... selamat tinggal madey.

Anonymous said...

Muhyidin sebut dok patut....eh totok umno konon, totok kepala hotak cakap berdegar degar habuk pun tarakkkkk.

Anonymous said...

Jika pembangkang 100% buat kerja deklarasi ni kita bolehlah terima lagi sb memang kerja pembangkang buat kerja mcm tu...tetapi bila Mahathir dan ahli UMNO yg semakin terpinggir buat kerja gila deklarasi bersekongkol pulak dgn musuh Melayu Islam DAP aku rasa mereka memang sudah GILA dan PANDIR lah..mampos lg baik lah

top