Sunday, March 27, 2016

GUAN ENG, SI BROKER TANAH NO.1 MALAYSIA YANG TIBA-TIBA SAHAJA TIDAK TAHU NILAI HARTANAH MILIKNYA KERANA SEORANG WANITA BERNAMA PHANG LI KOON!!!



Tidak lama selepas nomad kelahiran Johor yang bergiat cergas di Melaka, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2008, dia telah melancarkan serangan bertali arus ke atas Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh GERAKAN.

Menurutnya, pencariannya dalam rekod tanah menunjukkan kerajaan terdahulu di bawah bekas Ketua Menteri Koh Tsu Koon telah melakukan pelbagai skandal tanah, dengan memberi satu contoh iaitu kes Tang Hak Ju. 

Dia mendakwa Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang telah kehilangan 'berpuluh-puluh juta ringgit'. 

Dia kemudiannya mencabar dan mengadakan debat terbuka dengan Koh dalam apa yang dipanggil sebagai skandal tanah. Dia tidak menang dalam debat tersebut walaupun dia berfikiran begitu. 

Sebenarnya, perdebatan itu dibuat sekadar untuk mengutip nama dan tampil sebagai juara China, meniru Anwar Ibrahim yang telah mengadakan debat dengan Ariff Sabri sebelum itu. 

Lim Guan Eng juga telah membentuk komiti tiga orang, mengandungi Timbalan Ketua Menteri 1 pada waktu itu, Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri II, P.Ramasamy dan Phee Boon Poh unutk menyiasat skandal-skandal tanah tersebut. 

Namun komiti tersebut ketiduran dan sehingga ke hari ini, tiada sebarang penemuan telah didedahkan. 

Sehingga kini, Lim Guan Eng dan kroni-kroninya masih bercakap tentang skandal tanah GERAKAN tetapi gagal mengeluarkan sebarang bukti. 

Kesemua drama tersebut sengaja dipentaskan untuk membuatkan orang ramai kagum dan memikirkan Lim Guan Eng dan DAP jauh lebih suci daripada suci. 

Kini kita tahu mengapa...

Semenjak 2008 sehinggalah ke hari ini, Lim Guan Eng telah muncul sebagai 'Broker Tanah No.1' di negara ini. Satu-satunya kelemahan dalam rekod jualan tanahnya ialah Lim Guan Eng tidak tahu harga pasaran banglo yang tidak mempunyai kolam renang.

Bagaimanapun, hari ini  Lim Guan Eng mengaku dia tahu nilai tersebut tetapi segera menyalahkan BN sebagai menfitnahnya walaupun dia sendiri yang sebelum ini mengatakan dia tidak tahu. 

Pada 2015, Lim Guan Eng telah membeli banglo lot berkeluasan 10,161 kaki persegi di No.25, Jalan Pinhorn, Georgetown dengan harga RM2.8 juta, jauh dari nilai pasaran. 


Pembelian banglo itu dengan harga murah, mempunyai hubungkait dengan tanah yang dijual dengan harga RM11.5 juta di Taman Manggis pada tahun 2010. Tanah Taman Manggi itu telah direzabkan untuk projek PPRT. Bagaimaapun, Kerajaan DAP mendakwa, kerajaan BN terdahulu telah mengubah statusnya untuk kegunaan komersial. 

Namun bukti-bukti yang ada pula, menunjukkan Lim Guan Eng menipu. Tanah Taman Manggis itu sememangnya untuk perumahan bagi miskin tegar. Apatah lagi ia bukanlah isu sama ada Taman Manggis untuk perumahan PPR atau pun untuk projek komersil, sebaliknya kaitan antara penjualan tanah Taman Manggis kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd dengan banglo yang telah dibeli oleh Lim Guan Eng.

Mungkin disebabkan ada 'sesuatu yang disembunyikanlah, menyebabkan jawapan-jawapan dan alasan-alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng, Tony Pua dan para pemimpin DAP tidak ubah seperti kanak-kanak terencat akal!!!


2 comments:

Anonymous said...

SPRM dan POLIS disarankan memberi pelindungan kpd saksi2 penting.
Agar kes Teoh Beng Hock tidak berulang kembali...

Anonymous said...

X lama lagi lpk sama khir toyol la ini tokong.. mana mau lariii

top