Friday, March 11, 2016

KENAPA CUEPACS MINTA UMUR 62 TAHUN BARU BERSARA? KENAPA TAK MINTA USIA 150 TAHUN TERUS, KAN SENANG!!!



Empat hari sudah, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dengan bangganya mengumumkan JPA sedang mengkaji umur persaraan dari 60 menjadi 62 tahun menerusi kenyataan Presidennya, Datuk Azih Muda.

Alasan yang diberikan oleh Azihi Muda ialah, banyak negara yang telah melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara-negara Eropah serta Amerika Syarikat. Selain itu juga katanya lagi, Kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran. Selain itu, kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap tahun untuk bayaran pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan lanjutan usia persaraan akan menyebabkan aliran keluar wang tidak terlalu tinggi.

Perkhidmatan Awam seringkali menjadi perhatian dan diperkatakan, terutama setiap kali Laporan Ketua Audit Negara yang melaporkan tentang ketirisan, penyalahgunaan dana rakyat, pembelian pada harga yang terlalu tinggi menerusi kontrak meragukan dan sebagainya. Walaupun ada pihak tertentu yang mengalihkan masalah tersebut kepada Kerajaan, Menteri dan Perdana Menteri, hakikatnya ketirisan dan penyalahgunaan kuasa berlaku dalam Perkhidmatan Awam.

Walau bagaimanapun, mutu perkhidmatan awam sekarang jauh bertambah baik apabila lebih banyak tenaga muda dibawa masuk berbanding mengekalkan kakitangan awam yang sudah tua renta dan tidak lagi berminat untuk bekerja, sebaliknya hanya berminat untuk mendapatkan gaji dan manfaat pada hujung bulan. 

Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam memerlukan bukan sahaja tenaga mahir dan berpengalaman tetapi juga yang berinovatif, kreatif dan berbudaya kerja yang lebih baik dari semasa ke semasa terutama pada zaman mendatang.

Dengan masalah yang semakin mencabar selain penggunan tenaga yang lebih cekap, JPA sebenarnya memerlukan tenaga-tenaga muda bukannya orang-orang tua yang nak angkat punggung dari kerusi pun dah tak larat. 

Bayangkanlah seandainya tenaga kerja JPA yang dilanjutkan usia persaraannya tersengguk-sengguk di kerusi dan meja kerja. Berusia lebih 60 tahun bererti, ingatan untuk kerja sudah semakin berkurangan berbanding bersama-sama keluarga dan waktu rehat.

Idea yang sebenarnya tidak bernas langsung. Jauh lebih baik sekiranya usia persaraan disingkatkan menjadi 55 tahun bukannya 62 tahun apatah lagi wujud pembaziran tenaga kerja dalam JPA apabila satu kerja dilakukan lebih daripada seorang hanya kerana mahu mewujudkan peluang pekerjaan tetapi pada masa yang sama membebankan kewangan negara. Apatah lagi pada zaman di mana mesin mula mengambilalih tenaga kerja manual.

CUEPACS barangkali masih hidup pada zaman dinosaur, zaman kerani pakai mesin taip dan zaman budak pencari fail bergelar budak pejabat kut?


8 comments:

Anonymous said...

woi ko kerja llaah aampaai bawak tongkat...

AZIZAN MD ISA said...

aku setuju jika kakitangan kerajaan dibenarkan berkhimat sehingga mati tak kirala berapa umurnya walaupun 90 tahun atau lebih. itu lebih praktikal.

Anonymous said...

X setujulah dengan ceupec ni. 60 tu pun dah terlalu tua, cukuplah. Bagi orng muda pulak kerja. Mereka pon nak rasa naik pangkat juga.

WahidIman said...

Orang tua dlm cuepacs tak sedar diri ke?Orang muda ramai yang tak ada kerja.Berilah dia orang nak hidup pulak.Dia lebih pandai dan tangkas dari orang tua tau? Pengalaman orang tua banyak yang dah lapuk tahu tak? Bil ubat pun lagi banyak. Jadi sedarlah, sebelum orang muda hilang sabar.

Anonymous said...

Kalau boleh khidmat cemerlang ok lah.Jangan pulak jadi beban pada bos.Nak marah, dah tua , tak marah produktiviti turun . . .gaji boleh jadi haram , tau@

Anonymous said...

bila yang tua tak mahu lepaskan jawatan , macamana ribuan anak muda lepasan U nak masuk kerja?
62 tahun itu dah terlalu tua, sedangkan tuntutan kerja era ini memerlukan tenaga yang muda, yang cergas, laju , tangkas , untuk apa di dera datuk umur 62 buat kerja tu semua?

umur 62 sepatutnya masa utk rehat, utk beribadat, kosongkan fikiran daripada urusan dunai yang selalu menekan, isi masa dengan anak cucu , masa utk menikmati hasil persaraaan , bukan masa utk strees ..perah otak, seksa mental fizikal.

apapun, cadangan baru biar cuepacs minta dengan kerajaan umur bersara 99 tahun , dalam kubur masih kerja, gila !

Anonymous said...

Bodoh punya pengerusi. Tak ada kerja lain ke. Pergi tengok ada kakitangan awam yg ponteng kerja, bersembang dll d tempat kerja. Bagilah peluang org muda pula nak kerja. Sudah-sudahlah tu..

Anonymous said...

This guy is no different from is predecessor. Every time he opens his mouth he will ask for something. Going from 60 to 62 is no different if you don't change your work attitude. All you are thinking is money not the service you provide. To me the civil service has not improve at all. Go down to the floor lah and see for yourself where is the improvement that you have been claiming thus far. I don't see any except the Imme dept. where the passport issuance has improve BUT there too have been hick up due to computer failure. Other depts ? Not any.

top