Friday, March 4, 2016

KEPALA HOTAK!!! TIDAK ADA PENCURIAN, TIDAK ADA SONGLAP, TAPI KENA TUNJUK DOKUMEN DERMA DIPULANGKAN PULA!!!



1. Pada mulanya, mereka berkata, sumber yang tidak dinamakan mendakwa Najib telah mencuri RM2.6 bilion dari 1MDB dan membelanjakannya semua dalam pilihanraya. Kemudian mereka menuntut agar Najib mesti menunjukkan bukti bahawa RM2.6 bilion itu bukannya datang dari 1MDB ke dalam akaunnya.

2. Jadi, mereka menyaman Najib dan kalah. Kemudian mereka berkata, mereka tidak mempunyai RM50k untuk membayar yuran perundangan dan memerlukan kutipan derma daripada orang awam tetapi pada masa yang sama mereka masih mampu membayar jutaan ringgit untuk papan-papan tanda BEBAS ANWAR. Oleh kerana tiada dana, mereka berkata, mereka tidak boleh meneruskan saman ke atas Najib berhubung RM2.6 bilion. 

3. Mereka kemudiannya ketawakan Najib untuk menunjukkan betapa kayanya Najib dengan RM2.6 bilion di dallam akaunnya. Kemudian apabila Peguam Negara berkata, kesemua baki wang tersebut telah dipulangkan, mereka ketawa lagi dan berkata, Peguam Negara berkata dan berkata tiada seorang manusia di dunia ini pun yang akan memulangkan berbilion wang derma kepada pendermanya kembali. Lebih kelakar lagi ialah apabila mereka meminta bukti dalam bentuk DOKUMEN BAGI WANG DERMA.

4. Kini WSJ juga melaporkan bahawa para penyiasat bersetuju bahawa keseluruhan wang tersebut telah dipulangkan. Najib diminta menunjukkan bukti yang wang tersebut telah dipulangkan! Malah mereka menuduh para penyiasat Singapura berkonspirasi dengan Najib unutk memulangkan wang tersebut kepada 1MDB. 

5. Sebelum ini, mereka mengatakan RM42 bilion telah lesap dan RM27 bilion hilang dan kemudian berbilion-bilion yang lain dicuri. Dr. Mahathir sendiri mengatakan tentang 1MDB sebagai 'jenayah masih kekal jenayah walaupun wang tersebut telah dipulangkan' walaupun dia tidak mempunyai bukti bagi kata-katanya bahawa wang telah dicuri atau dipulangkan.

6. Dan Muhyiddin juga berkata, "di sebalik Plan Rasionalisasi Hutangnya, apakah semua masalah sudah selesai dan kita boleh tutup buku? Move on... seperti kata Najib? Ada yang berkata, kalau begitu (selepas habis dibayar segala hutang piutang) dah selesailah masalah... saya kata NO!"

7. Dari RM42 bilion yang lesap, menjadi RM27 bilion tetapi kemudian berbilion-bilion yang dicuri menjadi 'wang yang dicuri sudah dikembalikan tetapi masih tidak selesai.'

8. Selama berdekad-dekad Mahathir dan Muhyiddin menyatakan tentang buruk dan jahatnya Pakatan dan sekarang negara ini sedang 'dijahanamkan' dan menjadi proksi Yahudi. 

9. Selama bertahun-tahun, mereka semua berkata, Mahathir dan Mahathirism adalah akar kepada semua masalah di Malaysia dan perlu dihapuskan. 

Lim Kit Siang dan DAP juga berkata, PERKASA adalah bapa segala rasisme sedangkan Mahathir adalah penaung PERKASA. 

10. Dan sekarang, 'semua masalah akar kejahatan' mahazalim dan penaungan segala rasisme perlu bergabung dengan parti yang menjadi 'proksi Yahudi yang akan jahanamkan negara' untuk 'selamatkan Malaysia' kerana wang yang tidak lagi hilang?

Malah lebih teruk lagi, mereka juga berkata, Mahathir perlu menjadi pemimpin baru Malaysia dan memperkenalkan semula Mahathirisme!

Tidakkah ianya kedengaran sangat bodoh, bahlol dan bangang?



2 comments:

Anonymous said...

Sanggupkah Tun buat deklarasi umum Perdana Menteri Malaysia dari kalangan orang Cina dilantik sekiranya Najib Letak jawatan? Kami tak mahu MELAYU jadi PM lagi..Especially Muhideen...SETUJU KAH? kalau Tun JUJUR buatla deklarasi... Bagaimana kalu beri kepada pemimpin muda kami LIM GUAN ENG dilantik jadi PERDANA MENTERI dan timbalan SATU UMNO dan PKR satu dan PAN satu. Kalau jujur buat la deklarasi. CINA bukan BODOH lagi maaaa.....hahahha Tun lu sudah silap...kita orang tidak mahu makan lu punya UMPAN. Lu pun dulu BAPA RACIST.

Anonymous said...

TAKSAH DOK LAYEY PUAK2 BENGONG KEPALO MASOK AIR NI.BUAT SAKIT HATI JAH.

top