Monday, March 7, 2016

MAMPUKAH AHMAD BASHAH DAN PASUKANNYA MENDEPANI MASALAH UMNO KEDAH SELEPAS MUKHRIZ KUMPULKAN KEKUATAN MENENTANG NAJIB?



PRU-13, UMNO Kedah bermula dengan sangat lambat. Berita tentang 'ketibaan penyelamat' bernama Mukhriz Mahathir telah membuatkan kebanyakan gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional Kedah, terhenti dan beku.

PAS Kedah yang menjadi pentadbir negeri pula, berada dalam keadaan yang cukup kuat sebelum Almarhum Ustaz Azizan jatuh sakit dan Phahrolrazi Zawawi, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah memberontak dan menjadi mata telinga DAP yang tidak berpuas hati kerana pembahagian kerusi serta layanan PAS kepada DAP yang tidak setimpal dengan apa yang diminta oleh Lim Guan Eng.

Selepas pengumuman sebagai 'penyejuk hati' kerana terlalu percaya pengaruh Dr. Mahathir yang sangat kuat, Mukhriz diumumkan sebagai bakal Menteri Besar Kedah yang baru jikalau UMNO-BN Kedah berjaya merampas Kedah dari PAS yang semakin berkecamuk dan berkecai-kecai angkara permusuhan dalaman parti tersebut di Kedah yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi.


Selepas itu, ketika terlalu hampir sangat dengan PRU, barulah UMNO Kedah bergerak. Itu pun bukan kerana otak Mukhriz Mahathir yang dijadikan anak patung berpakaian ranggi, yang diusung dan diarak dengan aura dan cerita-cerita hebat tentang dirinya, tetapi kerana otak-otak para pemimpin UMNO Kedah yang kurang diberikan harapan selepas kekalahan negeri itu pada PRU-12.

Tiada pemimpin UMNO Kedah baru yang ditonjolkan kecuali anak lelaki Mahathir.

Dan ternyata anak lelaki Mahathir yang disaluti pelbagai cerita dongeng, mitos dan legenda itu, sebenarnya tidak bernilai apa-apa kerana dia terlalu sibuk dengan urusan lain, selain janji-janji yang ditabur tetapi terlalu bergantung kepada pegawai di sekeliling yang 'celuhap' sehingga akar umbi mula mempersoalkan, mana pembaharuan yang kononnya akan dibawa oleh anak lelaki Mahathir ke Kedah sesuai dengan janjinya sebelum menerima jawatan Menteri Besar Kedah.

Hakikat yang ditinggalkan oleh Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah ialah, tiada sebarang keajaiban seperti yang didakwa, sebaliknya jauh lebih teruk berbanding Menteri-Menteri Besar Kedah yang lain, termasuklah Syed Razak yang dikatakan Menteri Besar Kedah paling lemah. Dan lebih teruk lagi, Mukhriz gagal menguasai warlords-warlords UMNO Kedah yang langsung tidak menghormatinya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Sekaligus tugas tersebut dikembalikan kepada Ahmad Bashah, seorang veteran UMNO Kedah yang dikatakan kurang berpendidikan tetapi mempunyai pengurusan dan pentadbiran, terutama di kalangan warlords-warlords UMNO Kedah yang lebih baik.


Malam tadi, satu perhimpunan tertutup UMNO-BN telah dibuat di Dewan Sri Mentalon.

Berikut merupakan kenyataan rasmi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yg dibacakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah YAB DS Ahmad Bashah.

"Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bersama2 dgn semua kepimpinan 4 sayap UMNO Kedah dan Bahagian2 serta parti2 Komponen BN dan Rakan2 BN pada hari ini bersetuju dan berikrar

1. "BAHAWA KAMI AKAN TAAT DAN SETIA KEPADA YAB DS NAJIB RAZAK UNTUK TERUS MEMIMPIN NEGARA SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN UMNO SERTA PENGERUSI BN MALAYSIA".

2. BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH JUGA KESAL DAN KECEWA DGN KEHADIRAN YB TAN SRI MUHYIDDIN YASIN DAN YB DS MUKHRIZ MAHATHIR DI MAJLIS 'DEKLARASI RAKYAT' SEDANGKAN MEREKA BERDUA MASIH AHLI UMNO. BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH JUGA BERSETUJU AGAR MAJLIS TERTINGGI UMNO MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP MEREKA DAN AHLI2 PARTI YG SECARA JELAS MELANGGAR TATAETIKA UMNO SEPERTI YG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PARTI.

3. YAB TUN MAHATHIR SEBAGAI MANTAN PRESIDEN UMNO DAN PERDANA MENTERI SEPATUTNYA LEBIH FAHAM DGN TUNTUTAN YG PERLU DIASASKAN KEPADA PRINSIP DEMOKRASI BEEPARLIMEN. NAMUN BELIAU MENGAMBIL PENDEKATAN "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA". MAKA JELASLAH BAHAWA PRINSIP DEMOKRASI TELAH DICABUL OLEH KUMPULAN INI KERANA MENAFIKAN HAK PENGUNDI YG TELAH MEMBERI MANDAT KEPADA BN DALAM PRU13 YG LALU UNTUK MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA MALAYSIA.

4. BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH MEMOHON KEPADA YAB DS NAJIB RAZAK UNTUK TERUS FOKUS KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA SEPERTI YG DIGARISKAN DALAM RMK11. USAHA2 PEMULIHAN EKONOMI DAN KESELAMATAN NEGARA HENDAKLAH DIBERI KEUTAMAAN.

HIDUP UMNO KEDAH!!!
HIDUP UMNO KEDAH!!!
HIDUP UMNO KEDAH!!!



Dengan kenyataan tersebut, UMNO Kedah sebenarnya perlu kembali kepada kerja-kerja asas kerana difahamkan Mukhriz Mahathir sendiri sedang mengumpulkan kekuatan menerusi Ketua-Ketua Cawangan UMNO Kedah menerusi group-group WhatsApp dan Telegram.

Walaupun Mukhriz masih kekal sebagai ADUN Ayer Hitam atas tiket UMNO-BN, tetapi kemelut yang melanda serta desakan demi desakan bakal menyaksikan Mukhriz akan bertukar menjadi ADUN Bebas yang mungkin akan memerlukan bantuan daripada DAP dan PKR untuk terus mengekalkannya dalam politik di Kedah.

Mampukah Ahmad Bashah memimpin Kedah dan mengatur strategi kemenangan UMNO-BN Kedah sebagaimana yang dilakukannya pada PRU-13 yang membolehkan Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, terutama pada ketika PAS Kedah diganggugugat oleh Parti Amanah Negara (PAN) pimpinan Mat Sabu dan PASMA pimpinan Phahrolrazi Zawawi?


4 comments:

Anonymous said...

Sekarang ni bolehlah masing2 mendabik Dada...tunggu Pru akan datang kita tengok siapa yg akan menyorok tak keluar rumah berhari hari sebab BN kalah. Masa akan menentukannya.

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa yang diperkatakan....kita tunggu undi rakyat......adakah BN mampu menguasai semula Kedah...

Anonymous said...

Taat setia pada PM USD1 Billion

Confirmed dapat habuan!!!

Ahmad Babishah tak berkelulusan siap dengan bongkak boelh handle "WAR LORD" lagi.

Ingat tadbir Negeri macam tadbir Geng Kongsi Gelap ka???!!!!

Hahahahahaha.. ha.. ha.....hak pui!!!

Anonymous said...

Ada yang ko merepek ni Labu ooi

top