Friday, March 18, 2016

PARTI SOSIALIS NAK SAMAN PDRM SEBAB PDRM BATALKAN WACANA MARXISME PSM!!!



Ketika seluruh tumpuan diberikan kepada Lim Guan Eng dan isu pembelian banglonya pada kadar harga yang tidak munasabah selain kaitan dengan sebidang tanah yang mempunyai kaitan pula dengan pemilik asal rumah banglo tersebut, Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula cuba membawa agenda KOMUNISME yang berselindung atas nama SOSIALISME.

Barangkali berasakan tindakan mereka bijak dengan menyamarkan Maxisme atas nama Sosialis, PSM menganjurkan satu program yang konon-kononnya berunsurkan pendidikan dan perbincangan berunsurkan pendidikan.

Bagaimanapun polis lebih bijak mencium apa sebenarnya agenda PSM lantas mengeluarkan arahan agar PSM membatalkan program tersebut. Sekaligus menimbulkan kemarahan Arulchelvan, ahli majlis pusat PSM.

Katanya arahan polis itu merupakan perlanggaran hak ahli-ahli PSM dan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah parti politik berdaftar, katanya, perlu bagi parti itu menerangkan tentang sosialisme kepada ahli-ahli PSM dan orang ramai terutama sekali berbanding aspek negatif kapitalisme.

Kerana itu PSM merancang untuk menyaman pihak polis.

Untuk pengetahuan, Karl Marx yang merupakan pengasas aliran Marxisme adalah BAPA KOMUNIS DUNIA yang fahamannya terguna pakai di semua negara-negara komunis sebelum Dunia Komunis berpecah ketika Stalin dan Mao Tze Tung mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Komunisme dan Marxisme adalah sealiran. Malaysia merupakan antara negara paling berdarah dikerjakan oleh komunis menerusi darurat sebanyak tiga kali yang menyebabkan beratus ribu nyawa melayang dibunuh pengganas komunis selain kemusnahan harta benda yang teruk meskipun komunis-komunis berkenaan yangbdijetahui Chin Peng beraliran Maoisme.

Arulchelvan dan PSM tidak boleh beranggapan rakyat Malaysia bodoh dan tidak dapat membezakan antara Marxisme-Komunisme dengan Stalinisme-Maoisme yang turut menggunakan Sosialisme sebagai sandaran mereka, walaupun kini di negara-negara sosialis pun, kapitalisme telah diamalkan secara meluas sebagaimana yang kita tengok di China, Vietnam, mahupu di Russia sendiri!!!

No comments:

top