Thursday, March 17, 2016

RAKAMAN SUARA MUHYIDDIN YASSIN MENUNJUKKAN DIA TAHU TENTANG WANG DERMA RM2.6 BILION DAN DIA JUGA TAHU, SELAMA INI PRESIDEN UMNO URUSKAN WANG DERMA SENDIRI!!!

video

Suara rakaman berkolaj di atas sedang viral di semua media sosial dan massa. Walaupun tidak bervideo, tetapi suara tersebut terlalu ketara mirip suara Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang sedang digantung tugas dan jawatan merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri.

Kewujudan rakaman ini sekaligus mengesahkan konspirasiu menggulingkan Perdana Menteri yang cuba dinafikannya selama ini. Dan menariknya pula, dalam rakaman tersebut, dia mengakuinya, mengetahuinya malah mengenali mereka yang berkonspirasi, tetapi tidak memaklumkan kepada MT UMNO atau Perdana Menteri walaupun pada akhirnya, dia menafikan terlibat atau berniat untuk terlibat dalam konspirasi tersebut. 

Video berkenaan bagaimanapun hanyalah rakanan suara individu yang suaranya terlalu mirip kedengaran seperti Muhyiddin Yassin sedang bercakap dengan gambar hiasan berkolaj dan konteks di sebalik ucapannya tidak begitu jelas. 

Perkataan 9 September 2015, Muhyiddin mengakui terdapat konspirasi menggulingkan Najib dan Muhyiddin mengakui terdapat dana khas UMNO yang diuruskan oleh Presiden adalah perkara biasa yang diamalkan semenjak dahulu lagi muncul pada permulaan klip yang kemudian mengambil intipati ucapan atau beberapa bahagian lain ucapan yang sama, dijadikan sarikata. 


Ucapan tersebut dipercayai dirakamkan dalam sebuah mesyuarat tertutup dan tidak jelas, kepada siapa ucapan itu dibuat tetapi dipercayai didengari oleh sekumpulan orang. 

Adalah juga dipercayai rakaman audio itu dibuat sebelum Muhyiddin digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 26 Februari. 

"Besar kemungkinan pihak-pihak tertentu telah menjangkakan bahawa akan terdapat tindakan luar biasa dari saya, mengambil kira sejarah UMNO dan tindakan Anwar Ibrahim selepas dia disingkirkan, tetapi saya ingin membuat pengakuan bahawa saya bukan Anwar Ibrahim. Saya adalah Muhyiddin Yassin," kata suara di dalam klip video tersebut.

"Berhubung isu konspirasi, begitu Datuk Zahid (tidak bersuara), konspirasi menumbangkan kerajaan, saya tidak terlibat. Walaupun terdapat usaha daripada pihak-pihak tertentu menjemput saya tetapi saya katakan tidak. Saya bukan sebahagian daripada mereka. Dan terima kasih kerana kenyataan anda bahawa mengatakan saya tidak terlibat dengannya. 

"Saya tahu siapa yang terlibat, saya tahu apa yang mereka mahu lakukan. Bukan sahaja mereka mahu gulingkan Kerajaan, tetapi mereka mahu menukar Perdana Menteri. Walaupun begitu, saya tidak terlibat," katanya.

Pada peringkat ini, satu printscreen tweet boleh portal Sarawak Report muncul. Ia menyatakan, "The charges against #Malaysian Prime Minister @Najib Razak" (Dakwaan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak) selain beberapa imej kertas pertuduhan yang kemudian dibuktikan palsu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenyataan, "Walaupun sendiri nafi terlibat dalam komplot tetapi tidak pernah melapor kepada Presiden atau MT UMNO tentang komplot ini sebelum dipecat sebagai TPM", muncul pada bahagian sarikata klip vidoe. 

"INi datuk, TPM sebagai Menteri Dalam Negeri, mesti ada maklumat SB atau sebagainya. Saya tahulah kerana ini adalah sistem kerajaan kita. Bukti yang saya tidak ada buat itu. Saya tahu apa yang saya harus lakukan dan saya mesti bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan. Sekiranya (Datuk Seri) ingat, saya tidak pernah soalkan, I'm never asked. Saya menjadi Timbalan Presiden semenjak tahun 2009 sehingga sekarang, tetapi saya tidak pernah mempersoalkan tentang Dana Khas. Kerana saya tahu Dana Khas itu adalah sesuatu yang diuruskan oleh Presiden."

Pada 28 Julai tahun lepas, Muhyiddin telah disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu rombakan kabinet selepas secara terbuka  mempersoalkan Najib berhubung dana khas RM2.6 bilion dari Arab Saudi yang digunakan oleh UMNO-BN untuk PRU-13. Jawatannya kemudian digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden UMNO. 

Turut tersingkir bersama-sama Muhyiddin adalah Shafie Apdal yang merupakan Menteri  Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.


3 comments:

Anonymous said...

Rakaman suara? Kah kah kah

Video pun boleh dikatakan besi...apatah lagi rakaman suara..

Anonymous said...

sudah sudah la tu.....rakaman tu bukan rahsia...dah lama didengar...
x payah duk kipas....
bagi geng pm percaya sudah lah..

Anonymous said...

Kalau nak kelentong pun, biarlah kemas sikit.Ini tak, comot lah! Bukti mesti nyata dan jelas abang ooi!Ada pulak separuh separuh, ada suara ajer, gambar tak ada.Jangan peningkan kepala hakim(ialah kalau kat court).

top