Monday, March 7, 2016

SEPINTAR-PINTAR MAHATHIR, AKHIRNYA DIBANGANGKAN WAN AZIZAH JUGA!!!


Deklarasi Rakyat yang diusahakan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu perakuan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa sistem, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

 "Malah, pengakuan Dr Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung yang institusi kerajaan tidak bebas, memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak," kata Dr Wan Azizah.

 Menurut Dr Wan Azizah lagi, deklarasi itu perlu dilihat berdasarkan persepsi yang betul iaitu ia adalah satu bantuan sokongan daripada Pakatan Harapan kepada Dr Mahathir dan ia bukannya satu bentuk bantuan dari bekas perdana menteri itu kepada mereka.

 "Dr Mahathir tidak kuat dan beliau memerlukan bantuan kami," katanya ketika ditanya tentang dinamik hubungan pembangkang dan Dr Mahathir selepas pemeteraian Deklarasi Rakyat.

 Pada sidang media mesyuarat bersama pimpinan tertinggi DAP dan Parti Amanah Nasional (Amanah) itu, Dr Wan Azizah turut menegaskan yang Pakatan Harapan akan terus memperjuangkan pembebasan Anwar.

 "Pakatan Harapan pada hari ini menetapkan agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia. ---  (SUMBER)

http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/deklarasi-rakyat-dr-mahathir-akui-penganiayaan-terhadap-anwar-kata-wan-aziz

3 comments:

Anonymous said...

Bodoh la nenek tua tu...deklarasi tu berasaskan citizen declaration...takde kena mengena dgn parti...jgn perasan la bahalol!

Anonymous said...

Dah monopos..tepuk aje la

juragan 69 said...

Yg bangang wan azizah yg cuba mmbngangkn rakyat..ttp yg lbh tnjukkn bangang yg ada admin blogger pro najib yg cuba jdkn isu ini utk mmbodohkn ahli2 umno yg agak suam2 cerdik dlm politik..bhai admin jgn lh snggup jatuhkn blog tfk ke tahap rendah hnya utk sokong najib..carilh isu yg benar2 mantap..melainkn sasaran pmbaca atau follower tfk tahap suam2 cerdiknya..
bhai dari dulu gua follow lu nyer blog dan gua bnyk gak komen utk back up umno..ttp slps najib ambil alih umno gua stop utk komen,hnya follow je ttp brstatus kn bekas ahli umno sorry bhai...tp gua ttp hrp lu bg entry yg mantap dn bkn entry tahap smpah sbb yg sampah tu najib dan follower dia je..hmmm

top