Monday, March 14, 2016

TIMBALAN REKTOR HEP UIAM DITANYA MENGAPA DIAM MEMBISU BERHUBUNG ISU SYED SADDIQ BERLIBUR DI KELAB MALAM DI FILIPINA!!!



Selamat datang ke dunia politik wahai Syed Saddiq...

Anda merupakan seorang anak muda yang dilihat mempunyai masa hadapan yang baik, tetapi pengurusan dan ketaksuban serta kecenderungan anda untuk menunjukkan anda lebih pandai, akhirnya menjerumuskan anda kepada sesuatu yang anda tidak jangkakan sama sekali.

Itulah bahananya apabila anda terlibat dengan politik....

Dunia politik di Malaysia atau di mana-mana sahaja tidak berubah. Politik adalah dunia Machiavellian yang akan menghalalkan segala cara demi mendapatkan matlamat. Politik juga adalah mencari kelemahan lawan dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Malah seandainya kelemahan yang dicari, tidak ditemui, ia boleh dimunculkan dengan persepsi, bahkan fitnah.

Itu adalah politik.

Syed Saddiq yang berbangga dengan kebolehan debatnya telah melakukan serangan ke atas pentadbiran negara dengan hujah-hujah serta usaha-usahanya menghimpunkan sokongan daripada golongan muda sepertinya, sudah beberapa kali terkantoi dan tidak mampu menjawab sanggahan-sanggahan hujahnya.

Pembabitannya dalam politik negara semakin ketara menerusi sokongannya kepada Deklarasi Mahathir-Kit Siang.

Dan kini, 'getah' yang dicari-carinya telah pun sampai. Lebih malang lagi ialah apabila 'getah' tersebut turut menjangkit kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menjadi pangkalannya sama ada untuk menuntut ilmu mahupun memperkenalkan dan menonjolkan nama serta rupanya.

Pengakuan pantasnya bahawa orang yang sedang asyik berlibur di dalam sebuah kelab disko di Filipina itu adalah dirinya, membawa implikasi lain iaitu bagaimana UIAM boleh menggunakan wang rakyat untuk pembaziran sebegitu rupa, terutama sekali melibatkan pengiring dan penjaga para pelajar tersebut.

Dan sekarang, selain Syed Saddiq, Rektor HEP UIAM juga nampaknya perlu menjawab segera mengapa pembaziran sebodoh itu boleh dibiarkan berlaku.


4 comments:

Anonymous said...

Rektor nama Mizan Hitam...terjemahan melayunya timbang hitam..alamat tak nampak timbangan la nnt jawabnya..

Anonymous said...

Well, ramai pelajar jadi UIA jadi gro tanak siasat pula,hahaha..terbalik kod

el halim said...

Syed Saddiq, you deserved it!
Anda terlalu mentah, masih tinggal dengan ibubapa, anda tidak faham langsung dengan realiti hidup. Anda tidak pernah juga mengalami keperitan hidup barangkali. Anda ingin kan sepak terajang dalam politik kerana anda yg meminta. Sekarang, sepakan itu sudah sampai ke perut anda. Apa macam?!

Anonymous said...

Nama UIAM amat tercemar. Dulu kisah Aziz Bari sekarang kesah Syed Sadik pulak. Dua2 umpama parasit. Pentdbiran UIAM perlu berhenti jangan tunggu dipecat atau UIAM menjadi sarang gejala x sihat dan x selaras dengan nama Islam yg digunakan.

top