Tuesday, April 5, 2016

JANGAN TERLEBIH GEMBIRA SANGAT DENGAN PENANGKAPAN RAFIZI RAMLI... KES BAFIA PUN DIA BOLEH 'BEBAS'!!!



Barangkali inilah antara berita yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat, tidak kira bangsa, tidak kira agama, tidak kira latarbelakang budaya, apatah lagi ekonomi dan kewangan. Terlalu lama dan terlalu ramai yang mengharapkan pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu selepas si SOTONG KEMBANG KEPALA BULAT ini melakukan pelbagai onar dan fitnah tanpa sedikit pun lekat dan bernatijah undang-undang.

Ketua Polis Negara sendiri telah mengesahkan penangkapan Rafizi Ramli di pekarangan Parlimen. Dan seperti biasalah, apabila mana-mana pemimpin mereka ditangkap dan dilokapkan, PKR akan segera mengadakan solidariti atau perhimpunan di hadapan balai polis untuk mendesak agar pemimpin mereka segera dibebaskan dengan gambaran persepsi yang dibuat ialah, pemimpin mereka telah dianiayai dan ditangkap secara tidak mengikut undang-undang.


Kononnya, lebih 15 orang anggota polis telah berada di pekarangan Parlimen dan bersiap sedia untuk menangkap Rafizi. Itu menurut angka yang diberikan oleh Raja Kamarul Bahrin. Sedangkan Lim Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut pula menyatakan bahawa 10 orang anggota polis telah menyerbu dan mengeluarkan Rafizi Ramli dari keretanya untuk dibawa ke dalam kereta polis sebelum mereka meninggalkan pekarangan Parlimen tanpa memberitahu di manakah lokasi sebenar Rafizi Ramli akan disimpan.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa Rafizi telah ditangkap di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Bukit Aman mengesahkan Rafizi akan ditahan dan bermalam di lokap Bukit Aman. Manakala permohonan reman akan dibuat esok.






Ini bukan kali pertama Rafizi ditangkap pun. Bukan kali pertama juga Rafizi ditahan di lokap. Bagaimanapun, sama ada mahkamah tidak membenarkan reman disambung atau Rafizi sememangnya kebal kerana 'tangkal kesotongan', dia bebas dan kembali menjalankan peranannya sebagai tukang pembuat fitnah.

Contoh terbaik ialah kes BAFIA 2011/2012 yang sehingga kini tidak selesai-selesai. Rafizi masih belum didakwa lagi. Kes fitnah membabitkan cincin RM24 juta juga tertangguh selepas Rafizi menyatakan bahawa dia 'hanya bergurau'.

Jadi, tidak perlulah teruja sangat kerana kita percaya, Rafizi Ramli akan kembali bebas dan kemudian dengan penuh lagak memberitahu atau mengisyaratkan, tiada sesiapa yang boleh menghukumnya kerana dia sangat kebal.


5 comments:

Anonymous said...

hrp kali ni dia tak kebal.

Anonymous said...

Kalau tak pandai bersilat , jangan masuk gelanggang .
Kalau tak kebal , jangan main politik .

Anonymous said...

1. Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno Bn. Tun M bersalah, Tun M pengkhinat, Tun M hendak jatuhkan Kerajaan Melayu pakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno Bn. Politik hari ini seolah-olahnya Umno Bn Pembangkang dan Tun M Masih Perdana Menteri.
MENYALAHKAN TUN M : UMNO MENDEDAH KEBODOHAN SENDIRI.
2. Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat memalukan dan menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan Kerajaan.

3. Kenyataan mereka bila dibaca menjadikan pembaca termuntah. Apa tidaknya, kecaman terhadap Tun M hanya selepas Tun M tidak berkuasa dan melepaskan semua jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno Bn sedang berperang dengan Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa sebagai PM mereka inilah menjilat dan mencium tangan Tun M berulang-ulang.

TUN M HANYA BERSALAH KERANA MAHU NAJIB UNDUR.

4. Persoalan saya, kalau pimpinan Umno Bn hari ini menyatakan kesalahan lampau Tun M, di mana mereka pada waktu itu? Kenapa mereka mendiamkan diri? Kenapa hari ini baru mereka menghasut rakyat untuk menyalahkan Tun M? Mengaku sahajalah kamu semua bodoh dan bacul. Keberanian kamu hanya pada orang yang sudah tidak lagi berkuasa. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana hendak menyembunyikan jenayah PM Najib yang berkuasa.

5. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana Tun M mahu Najib berundur dan reformasi negara mesti disegerakan. Kalau Tun M tak minta Najib undur pasti Tun tidak salah. Proton bawah pimpinan Tun menyerlah. Proton idea Tun kebanggaan Malaysia. Proton lambang Malaysia Boleh. Macam-macam lagi ungkapan puji pada Tun. Buat Najib dan pemimpin Umno Bn, berhentilah memperbodoh dan menakutkan rakyat. Kepada seluruh rakyat jangan sembunyi dan lindungi jenayah pemimpin yang berkuasa. "BANGKIT DENGAN KEBERANIAN BUANG KETAKUTAN, TENTANG KEMUNGKARAN, TEGAKKAN KEADILAN, JUNJUNG KEBENARAN"

Anonymous said...

InsyaAllah....orang munafik di kalangan orang Islam sendiri akan Allah hapuskan satu persatu....dimulai dengan Rafizi kendian...M kendian M....dan kendian..M..biar lewat atau cepat itu sudah ketentuan Allah....so sebagai manusia yang bencikan pemimpin yang hanya berpura pura dan lebih senang kita gelar munafik ni....kita terus berdoa agar Malaysia terus terpelihara dari pemimpin dan pegawai kerajaan yang munafik...so.sekadar nak tanya AG diharap AG baca....bila kes Bafia tu nak start....dah lama sangat takut...saksi2 penting dipanggil Illahi...lepas lagi si sotong ni

Anonymous said...

kebal dan bebal..haji rafizi..bila lagi nak tunai haji di mekah..takkan nak loggok dividen TH tiap tahun ..puak2 yang kau hasut dah tak minat lagi sebab itu cabut akaun TH..sekurang2nya kau sedar siapa kau..besar ke kerdil..

top