Monday, April 4, 2016

MANGSA CULIK LANUN SULU ADALAH SEPUPU AHLI PARLIMEN DAP LANANG... BARU DAP KELAM-KABUT NAK BUAT USUL DI PARLIMEN!!!



Salah seorang mangsa culik lanun bersenjata api di Pulau Ligitan-Semporna telah dikenalpasti sebagai sepupu Ahli Parlimen DAP Lanang, Alice Lau Kiong Yieng.

Lau Jung Hien telah diculik bersama-sama Wong Teck Pang, Wong Teck Chi dan Wong Hung Song.

Wong Teck Pang dan Wong Teck Chi adalah saudara-mara Lau dari Sibu, manakala Wong Hung Song pula adalah rakan mereka.

Tiada yang lebih menarik dalam isu ini melainkan melihat gelagat Ahli-Ahli Parlimen DAP yang tiba-tiba sahaja menganggap pentingnya keselamatan dan pertahanan negara ini.

DAP akan membuat usul tergempar di Parlimen hari ini membabitkan isu tersebut.

Wah, bila kena ke batang hidung sendiri, cepat-cepat mereka memandang penting keselamatan negara. Sedangkan selama ini, DAP merupakan pihak yang paling kuat menentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pemerkasaan pertahanan dan sistem keselamatan negara.


Malah mereka juga adalah antara yang paling lantang memperolok-olokkan serangan Lanun Sulu tidak lama dahulu.

Institusi kepolisian dan ketenteraan selain penguatkuasaan keamanan juga tidak lepas daripada cercaan DAP. Namun apabila masalah menimpa keluarga sendiri, mereka mula terpekik terlolong dan pada masa yang sama juga, menyalahkan pihak berkuasa kerana kurang cekap menjalankan tanggungjawab menjaga sempadan negara.

Sementara itu, Kerajaan menerusi Menteri Kewangan kedua Sarawak, Wong Soon Koh berkata, Kerajaan Negeri akan berusaha mencari jalan penyelesaian dan meminta keluarga mangsa-mangsa culik itu bertenang.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jien pula sekadar mahu membuat kecoh di Parlimen, sedangkan Kerajaan Negeri Sarawak lebih sibuk mencari jalan penyelesaian!

Siapa yang buat kerja sebenarnya, walaupun sebenarnya yang terlibat adalah ahli keluarga pemimpin DAP yang cuba menjatuhkan Kerajaan Negeri Sarawak?


8 comments:

Anonymous said...

Ada kaitan dengan pilihanraya negeri ke?

Ibarat kata tian chua , sandiwara jer tu..

Anonymous said...

itu sandiwala jer...

Anonymous said...

Pada muka DAP nih...klu balik bawak kepala lagi baguss...

Anonymous said...

potong kapala
Omar Rojik dlm
Filem Sargent Hassan

Anonymous said...

sandiwara jer ni ... cer cari kat Pulau Sipadan
tengah duk seronok scuba kot .. cuti cuti Malaysia
tak kan Jacel Kiram nak buat tak tentu arah.. cer mintak tolong Nurul Izzah mesti dia boleh tolong

Anonymous said...

jangan geger2 nurul dan tian chua the rabbit boleh selesai masaalah ni dalam 3 minit jer jika di beri peluang berunding dengan penculik.

Anonymous said...

Rancangan pembangkang

Anonymous said...

kenapa cuma warga Malaysia saja yg ditawan
kenapa tak semua crew .. captain bot pun boleh lepas
kenapa tak rampas tug bot .. mahal tu
kenapa cuma 5 minit dari perairan Negara .. sebelum ni main redah je
mungkinkah ada pembangkang yang nak jadi hero lepas ni.... ???

top