Saturday, April 23, 2016

MUKHRIZ NAK PEMBOHONG APANYA YANG DIA TIDAK BERMINAT DAN TIDAK ADA CITA-CITA NAK JADI PERDANA MENTERI?



Kata Mukhriz Mahathir, dia tidak berhajat dan tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebaliknya tuduhan yang mengatakan, dia akan menjadi Perdana Menteri adalah satu dongengan yang kalau tidak ditarik balik, akan dibalas dengan saman. 

Selepas kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz seperti orang gila meroyan. Tempat-tempat yang tidak pernah dilawati dan dijejaki, didatangi untuk para penduduk mendengar masalahnya. Masalah-masalah penduduk yang tidak pernah mahu didengar atau diselesaikan semasa dia menjadi Menteri Besar Kedah, kini menjadi masalah yang didendang-dendangkannya. Kedah yang hanya wujud dalam dirinya pada beberapa hari dalam seminggu, kini sudah menjadi kampung halamannya. 

Mukhriz giat berkempen walaupun peminatnya semakin berkurangan. Sandaran kepada bapanya, juga tidak menampakkan hasil yang baik apabila semakin ramai yang sedar dan mula mendedahkan tentang kepalsuan semangat kebangsaan Mahathir yang sebenarnya lebih berpihak kepada taukeh-taukeh konglomerat yang sama dengan projek-projek mega yang sekadar boleh dipandang dan dibangga tetapi tidak boleh disertai seperti KLCC, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sirkit F1 Sepang dan sebagainya. 

Walaupun sudah bernada pembangkang dan pengkhianat, Mukhriz tetap enggan mengakuinya, sebaliknya berkata, hanya mahu menggulingkan Najib tetapi mengekalkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai kerajaan dengan kerjasama DAP dan PKR. 

Nama Mukhriz Mahathir dalam arena politik Malaysia hanya muncul selepas bapanya mengumumkan perletakan jawatan selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Mukhriz dilihat sebagai pengganti Mahathir. Dia memasuki arena politik dengan bertanding dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO yang menyaksikan Mukhriz kecundang di tangan Khairy Jamaluddin.

Kemudian dalam pemilihan seterusnya, Mukhriz bertanding pula merebut salah satu daripada jawatan Naib Presiden UMNO.

Itulah yang dipersoalkan. 

Kalau benar dia tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri, untuk apa dia bertanding sebagai Naib Presiden UMNO yang kemudiannya menyaksikan permusuhan antara Tun Mahathir dengan Najib tercetus pada tahun 2013. 

Jawapan yang diberikan oleh Mukhriz kepada akhbar-akhbar luar negara itu amat aneh dan langsung tidak jujur!

Sedangkan pada masa yang sama, bapaya pula menuduh UMNO dan Najib telah menyebabkan kekalahan Mukhriz pada tahun 2013. Bukankah beberapa bulan selepas Mukhriz kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden, Mahathir melepaskan kemarahan dan meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas atas alasan 'kesihatan' tetapi menariknya kembali perletakan jawatan tersebut tidak lama kemudian?

Adakah Mukhriz fikir semua orang tidak nampak pertalian dan kaitan tersebut untuk dia berbohong dan mencari simpati?


1 comment:

Anonymous said...

Klu nak tahu kurang @ tidak sokongan mukhriz kita tggu pru14..dr kepala sampai ekor rakyat kedah akan tukar habis..pru12 akan berulang. Tggu dan lihat

top