Monday, April 11, 2016

PEGAWAI SPRM DITANGKAP BERSAMA RM50 RIBU TUNAI UNTUK HAPUSKAN BUKTI PENYELEWENGAN GUAN ENG!!!


Terbaru Pegawai SPRM ditangkap!. Sumber dalaman berkata ia ada kaitan dengan cubaan untuk menghapuskan fail kes Lim Guan Eng dan Kes penyelewengan  dana KBS RM100 juta.



(DIGARI- Kenny Chua Pegawai SPRM yang ditangkap 

dengan wang RM50 ribu baru-baru ini 


1. Baru-baru ini kita digegarkan dua kes penting iaitu Kes Rasuah Rumah Banglo Lim Guan Eng dan penyelewengan SUB Kewangan RM100 juta. Setelah kes Lim Guan Eng meletus esoknya seakan dirancang Kes Rasuah KBS juga meletup seakan-akan menutup atau "divert" kepada isu Lim Guan Eng. Kebetulan?

2. Sejak 18 Mac lalu sehingga ke hari ini SPRM nampaknya belum memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan dikatakan penghujung April siasatan penuh selesai. Lim Guan Eng masih bebas dan tanpa takut terus mencabar pemimpin BN lain dlm kesnya. Semua dokumen siasatan telah berada di ibupejabat SPRM menunggu masa Lim Guan Eng dipanggil oleh SPRM. 

Penggeledahan rumah pegawai kanan SPRM serta pemindahan Jabatan kerana disyaki pembocoran dokumen kerajaan. Dan kecoh apabila Isteri pegawai kanan terbabit mendedahkan dalam FBnya mengenai urusan kerja suaminya. 

3. Ke mana SPRM? Apa berlaku?. Sebelum ini kisah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas SPRM dan beberapa pegawai yang dipindahkan serta merta menjadi isu dan polemik. Wal hal isu sebenar ialah pembocoran maklumat oleh beberapa pegawai SPRM hingga isteri para pegawai boleh mendedahkannya dalam facebook mengenai rahsia dan tugas suami!

4. Penggeledahan Polis kepada pegawai SPRM jelas ada sesuatu di SPRM yang masih dilindungi oleh Datuk Seri Shukri Abdull mempertahankan dua pegawai utamanya yang dipindahkan ke JPM. Ada rahsia besar yang disembunyikan bagi melindungi anak-anak buahnya. 


Datuk Seri Shukri Abdull Timbalan Pesuruhjaya SPRM dikatakan seorang bias yang menyokong parti pembangkang. Sikapnya mempertahankan pegawainya termasuk Datuk Bahri adalah sesuatu yang mencurigakan. Malah Kenny Chua adalah pegawai di bawah arahannya.Sehingga ke hari ini kes Kenny Chua tidak didedahkan. Mengapa



Hebat Timbalan Pesuruhjaya SPRM ini? 

Pegawai SPRM ditangkap oleh unit risikan dengan wang RM50k?

5. Risikan Polis dan SPRM mendapati pegawai penyiasat SPRM yang ditahan kerana menerima sogokan dari beberapa individu untuk menutup kes RM100 juta KBS dan usaha membuang kes Lim Guan Eng. Usaha penghapusan bukti sedang dilakukan. Siapakah mereka yang menyogok pegawai berkenaan belum dapat dipastikan. Siasatan masih dilakukan




6. Pegawai SPRM bernama Kenny Chua berasal dari Bukit Tambun Pulau Pinang ditahan bersama sejumlah wang RM50k. Pegawai di bawah seliaan Datuk Seri Shukri Abdull ini jelas telah memalukan badan SPRM. Apakah ini kali pertama pegawai ini menerima rasuah?

7. Apakah sebelum ini desas desus pegawai SPRM yang menjual maklumat IMDB itu benar? Berdasarkan tangkapan terbaru pegawai SPRM ini. Jelas integriti pegawai SPRM khususnya dibawah Datuk Seri Shukri Abdull boleh dipersoalkan. Ini cukup memalukan SPRM sebagai badan tertinggi yang menyiasat kes Rasuah di negara ini. 



Facebook Kenny Chua menunjukkan beliau gemar memancing dan 

sering ke Thailand 
8. SPRM sepatutnya telah memanggil Lim Guan Eng sekarang. Jika pegawai SPRM berasal dari Pulau Pinang ini telah menghapuskan bukti maka usaha pelbagai pihak untuk membawa Lim Guan Eng ke muka pengadilan akan sia-sia.



Mungkinkah kelewatan memanggil Lim Guan Eng adalah disengajakan? 


9. Rakyat Malaysia mahukan penjelasan dari Datuk Shukri Abdull bagaimana pegawainya yang melakukan siasatan kes penting ditangkap dan cuba menghabuskan bukti penting. Setakat hari ini tiada penjelasan serta paparan yang mendedahkan tangkapan pegawai SPRM terbaru ini. Jika kes tangkapan besar-besaran KBS boleh didedahkan tak mungkin kes pegawainya disembunyikan begitu sahaja.


Apakah ini usaha melindungi pegawai jerung-jerung dalam SPRM? Sekali lagi Datuk Seri Shukri Abdull Timbalan Pesuruhjaya SPRM perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia. Apa sebenarnya berlaku!




7 comments:

Anonymous said...

Lahanat yg mkn rasuah nih..

Anonymous said...

lu jaga wa...wa jaga sama lu. patutlah bila kena kat orang bn...laju jer.
kenakan hukum tembak jer. rombak sprm. banyak hantu lapar.

Anonymous said...

hmmm...aku dah agak dah...

Anonymous said...

langsung tidak jujur dan amanah..tiada intergriti

multazamshuhaini said...

Hahaha..ni crite lawak..mamat kenny ni xde kene mengena langaung nGn kes LGE..dia ni staff SPRM negeri Putrajaya je bukan HQ..hahaha..pandai blog sbelah buat heboh..putar alam sungguh

safri ismail said...

Kita mahu pagar yang sebenarnya boleh menjaga padi di huma..... bukan seperti perumpamaan harapkan pagar, pagar yang mencekik padi

Anonymous said...

Dulu semasa saya ambil klas menjahit cina yg buat kelas ada buat penipuan kpd guru melayu yg nengajar kami. Jadi guru itu bgtau cina tu nak buat laporan polis. Korang dia ckp pd chegu tu. Repot la polis msia beri $2/ utk beli lunch saya sudah lepas...tu dia. How low shud we get. Tu sbb cina2 d msia tidak heran kpd org melayu tinggi la jawatan mana pon. Ramai yg mkn rasuah. Sedih sggh.

top