Sunday, April 10, 2016

TAN SENG GIAW ARAHKAN TONY PUA BERHENTI BERBOHONG TENTANG 1MDB!!!



Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw membidas rakan DAPnya, Tony Pua berikutan pelbagai dakwaan Pua terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan akhbar New Straits Times (NST), Tan berkata apa jua tuduhan diutarakan Pua perlu disokong bukti dan bukan sekadar cakap sahaja.

“Kalau anda tiada bukti untuk menyokong apa yang anda katakan, tak usah bercakap. Jika ada tuduhan, orang yang menuduh itu perlu kemukakan bukti,” katanya kepada NST semalam.

Dr Tan berkata wujudnya jawatankuasa itu adalah bagi mencari kebenaran bersandarkan bukti.

“PAC adalah mencari kebenaran. Jika ada sesiapa keluarkan kenyataan, tunjukkan bukti dan kita akan melakukan siasatan,” katanya.

Pua telah membuat pelbagai tuduhan terhadap 1MDB kononnya tidak telus dalam pelbagai urusniaga dengan kehilangan wang, pecah amanah dan penyelewengan. Pua, sebagaimana disebutkan Dr Tan, gagal mengemukakan sebarang bukti.

Ditanya mengenai pembocoran maklumat PAC kepada media asing, Dr Tan berkata Pua berdepan tindakan undang-undang jika dia melakukan kesalahan itu.

“Jika Pua melakukan jenayah, dia perlu didakwa di mahkamah,” katanya.

Selasa lalu, Dr Tan meminta bukti dikemukakan sebelum sebarang dakwaan dilontarkan terhadap anggota PAC kerana membocorkan maklumat PAC mengenai 1MDB.

Manakala 1MDB pula dalam kenyataan balasnya semalam, menggesa Dr Tan mengamalkan prinsip yang sama terhadap Pua.

“Tindakan Pua mencari populariti ialah mengitar semula segala tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB.

“Dan apabila jawapan diberikan bersama fakta, jelas dapat membuktikan tuduhan dilontar Pua adalah salah sama sekali.

“Tetapi Pua tetap tidak mengendahkan fakta, mengubah topik dan berdiam diri untuk seketika sebelum mengitar semula tuduhan yang sama tanpa asas,” jelas 1MDB.

1MDB turut mendesak Dr Tan untuk mengadakan siasatan terhadap tahap kerahsiaan maklumat pada dokumen PAC yang dibocorkan kepada media asing.- My Nation News


No comments:

top