Friday, May 20, 2016

ADAKAH SKANDAL RASUAH BETINA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DIDEDAHKAN RAFIZI, AKAN MEMPERDAYAKAN PEMIMPIN UMNO?!!!



Kebocoran transkrip WhatsApp Rafizi Ramli yang mendedahkan tentang gejala rasuah di dalam Kerajaan Negeri Selangor termasuklah umpan 'perempuan' menarik perhatian ramai, termasuklah dari kalangan pemimpin PKR sendiri.

Pendedahan di dalam transkrip WhatsApp Rafizi Ramli tentang kegiatan dan kegilaan rasuah di dalam Kerajaan Negeri Selangor membabitkan wang dan wanita, mencetuskan satu lagi pergolakan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri terutama sekali membabitkan pergelutan kuasa antara Azmin Ali dengan kepimpinan utama PKR pro-Wan Azizah.

Kenyataan Rafizi Ramli bahawa dia telah menerima beberapa aduan berkenaan tuntutan-tuntutan tersebut, menimbulkan pelbagai reaksi daripada Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti Amiruddin Shaari.


Amiruddin Shaari bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulaasan berhubung dakwaan tersebut, sebaliknya meminta agar Rafizi Ramli yang memberikan penjelasan lanjut bahkan membawa kes tersebut ke pengetahuan pihak berkuasa yang berkenaan berserta dengan butiran yang ada.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah mendengar atau mendapat aduan sebegitu.

Rafizi Ramli sendiri enggan memberikan komen atau menafikan pembocoran perbualan tersebut. Bagaimanapun, Rafizi Ramli mengakui memang terdapat elemen-elemen tersebut di dalam partinya tetapi enggan menerangkan secara lebih lanjut.


Adakah ini merupakan satu lagi 'LANGKAH KAJANG' yang diinisiatifkan oleh Rafizi Ramli untuk menyingkirkan Azmin Ali yang dilihat bukan sahaja derhaka kepada Anwar Ibrahim, tetapi juga kerana mengagung-agungkan Tun Dr. Mahathir yang menjadi pemangkin kepada kewujudan dan perjuangan PKR?

Sesuatu yang menarik ialah, adakah UMNO-BN akan memberi reaksi kepada isu sebegini menjelang PRK Sungai Besar? Adakah pemimpin-pemimpin UMNO akan 'terperangkap' dengan isu yang cuba dicetuskan oleh Rafizi Ramli itu sekaligus mengesahkan bahawa para pemimpin UMNO mudah diperdayakan?


No comments:

top