Friday, May 6, 2016

FENOMENA BARU: MAKI PEMIMPIN MENERUSI FB SETIAP KALI ADA MUSIBAH, ADALAH SATU KEPUASAN TIDAK TERHINGGA!!!



Antara kegilaan rakyat Malaysia, atau lebih tepat lagi yang membuatkan rakyat Malaysia bertindak tidak ubah seperti beruk dapat bunga ialah MEDIA SOSIAL.

Media sosial samalah seperti stereng kereta di tangan pemandu-pemandu Malaysia. Segala sopan santun, segala nilai-nilai agama dan segala norma-norma kemuliaan termasuklah yang membabitkan keturunan, akan hilang lenyap apabila rakyat Malaysia memegang stereng kereta.

Nampaknya, media sosial juga sebegitu bagi rakyat Malaysia.

Seumpama melepaskan kemarahan kerana sewaktu kecil hanya ditemani bibik atau nenek tua, media sosial digunakan untuk melepaskan segala yang terbuku di dalam hati. Menjadikan pemimpin-pemimpin negara yang popular atau kerap diberikan perhatian oleh media sebagai sasaran, caci nista yang dilemparkan ke atas para pemimpin tersebut, adakalanya seperti tidak masuk akal dan sukar diterima bahawa kata-kata berkenaan dilafazkan oleh golongan yang bijak pandai dan mendapat pendidikan penuh di negara ini.


Isu helikopter yang membawa Timbalan Menteri Noriah Kasnon, sekali lagi mengundang dan memperlihatkan sikap biadap serta kurang ajar rakyat Malaysia. Sikap tersebut telah dianggap sebagai satu manifestasi perasaan biasa ke atas kerajaan dan Najib Abdul Razak yang kononnya tidak layak memerintah negara ini.

Mujur jugalah, kumpulan yang menyokong Najib tidak bertindak balas. Kalau ada tindak balas, sudah tentu negara ini akan huru-hara dan ekonomi Malaysia akan terbantut seperti di Thailand, apabila baju kuning bertembung dengan baju merah yang akhirnya menyaksikan rakyat sendiri yang menderita, bukannya pemimpin yang mereka sokong.

Sepuas manakah hati mereka apabila dapat menghamburkan kata-kata sebegini?

Adakah mereka seronok kerana tulisan biadap mereka dibaca oleh seluruh dunia?

Adakah mereka berasa lebih bebas kerana dapat melakukannya secara terang-terangan sekaligus membuktikan kepada dunia bahawa mereka akan berani melakukannya?

Paling menarik sekali tentulah apabila kita melihat golongan muda kaum imigran yang sesetengah daripada mereka tidak boleh menyanyikan lagu kebangsaan dan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tetapi mempunyai perangai biadap yang amat tinggi.


6 comments:

Anonymous said...

muka mamat dan pasangan dlm FB tu nampak begitu innocent..pakaian pun melambangkan ke imanan mereka yg cukup tinggi...sungguh islamik....tapi hati nya cukup hitam legam.....
apa kah Allah hanya pandang pada wajah dan paras rupa ...????

Anonymous said...

Budak2 hingus meleleh yang bila Lahir SEMUA telah ada, bodoh dan sedang termakan hasutan. Yang tua pun bangang kaki menghasut. Padanlah tu.

Mereka belum kena pada batang hidung sendiri. Bila Ahli keluarga terkena musibah...

Ted Manoff said...

Biasa lah tu...akhir zaman jiwa manusia memberontak tak tentu fasal

Anonymous said...

Secara umumnya, penyebab rakyat Malaysia jadi pemaki kerana sikap tamakkan duniawi oleh para pemimpin yang diberi amanah mentadbir Negara. Andai pemimpin sentiasa berpegang teguh kepada tali keimanan kepada Allah pasti tidak akan jadi meleret sebegini. Iman digadai kepada nafsu kebendaan dan menurut kehendak kaum family. Bertaubat jeelah wahai PM yang sangat dikasihi oleh para pemakan dedak.

manoo said...

rileklah...bro

Amanku said...

tekmanok..

mana buleh ckp biasa..
luar biasa lah
sbb dlm rancak ostad2 dan ostazah duk cerita bab Agama.. bab mati
maki jahat dan celaka mulut lidah rakyat Malaysia

bukan tak kenyang makan..tp nafsu yng laparr..

i'm not agree with u laa tekmanok..sorry!

top