Wednesday, May 11, 2016

NUKILAN PERASAAN KETUA WANITA UMNO SEMPENA 70 TAHUN WUJUDNYA UMNO!!!




11 Mei 2016

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Bersyukur. Itulah yang perlu kita semua ahli UMNO di seluruh pelusuk negara iktikadkan pada 11 Mei 2016 ini. Bersyukur kerana parti keramat yang menjunjung perjuangan agama dan bangsa ini terus subur berakar di bumi bertuah Malaysia.

Sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia yang melalui zaman mencabar memperkukuhkan UMNO, tiada kata dapat menggambarkan rasa bersyukur saya terhadap kesepaduan dan uniti 1.3 juta ahli Wanita UMNO yang sentiasa setia menggalas khidmat tak kira waktu dan ketika. 70 tahun yang lalu Wanita berjanji memikul amanah mempertahankan parti, kini amanah ini terus terpatri menjadi azimat yang tersemat di hati.

Sempena 70 tahun lahirnya UMNO, harapan saya marilah kita bersama kembali kepada teras perjuangan UMNO Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Biar apa jua badai yang melanda, tidakkan roboh parti berjiwa ini demi agama, bangsa dan tanahair jika kita terus teguh bersatu. Kepada Wanita, kekuatan kita adalah kesetiaan, kesediaan dan ketulusan kita. Peganglah perjuangan mulia, Insyaallah, selamat Agama, Bangsa dan tanahair tercinta.

Selamat menyambut ulangtahun UMNO ke 70, semoga parti kita terus dirahmati dan dilindungi Ilahi, 

Amin.


Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

No comments:

top