Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 30, 2016

ALMARHUM TUNKU NIKMATI KEISTIMEWAAN? PEMBOHONGAN JENIS APA YANG MAHATHIR CUBA LAKUKAN?!!!



Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sememangnya tidak pernah sebulu dengan Dr. Mahathir terutama selepas Mahathir yang menganggotai kumpulan 'The Young Turks' mempertikaikan sikap Tunku yang terlalu banyak memberikan ruang kepada warganegara baru Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia menikmati peluang ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu-Bumiputera.

Kemuncaknya ialah apabila Dr. Mahathir menghantar sepucuk surat kepada Tunku selepas dia kalah di tangan Allahyarham Yusuf Rawa pada PRU tahun 1969. Dr. Mahathir menyalahkan Tunku di atas kekalahannya. Mahathir kemudian diterajang keluar dari UMNO dan kekal meroyan serta menyalak di sana sini terutama atas pentas PAS untuk beberapa tempoh yang agak lama.

Kemudian, Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil semula Dr. Mahathir dan memasukkannya ke hierarki UMNO semula. Allahyarham Tun Abdul Razak melihat Mahathir sepertimana Mahathir melihat Anwar pada tahun 1982.

Apabila Mahathir naik menjadi Presiden UMNO dengan melompat tiga orang yang lain di atasnya, ekoran pengunduran Tun Hussein Onn pada penghujung 1980 sebagai Perdana Menteri Malaysia, sudah kedengaran banyak suara yang tidak berpuas hati terutama apabila Mahathir hanyalah Naib Presiden ketiga dan tidak mempunyai kekuatan akar umbi pun walaupun dia dikatakan masyhur.

Sebaik-baik sahaja menjadi Perdana Menteri, bermulalah era baru. Era Mahathirisme. Semua nilai-nilai UMNO terdahulu, ditolak dan cuba dimansuhkan. Kemuncaknya apabila Mahathir berasa tertekan dengan penentangan akar umbi UMNO terhadapnya, dia mengambil tindakan yang lebih drastik, iaitu membiarkan UMNO diharamkan oleh mahkamah sebelum menubuhkan sebuah parti baru dengan nama UMNO (Baru) yang sama sekali menjadi hak milik penuhnya selama 22 tahun.

Sebelum itu, dalam tempoh 2 minggu sebelum UMNO (Baru) ditubuhkan, UMNO88 telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah, pesaing utama Dr. Mahathir. Bagaimanapun, campurtangan Pejabat Perdana Menteri tidak membolehkan Pendaftar Pertubuhan mendaftarkan UMNO88.

Dari situlah, Mahathir menunjukkan kebenciannya yang teramat sangat kepada Tunku yang bukan sahaja memperlekehkannya tetapi juga memecatnya dari UMNO. Tunku tidak dibenarkan menulis di kolum tetapnya di dalam The Star. Tunku juga tidak dibenarkan menulis di dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu, Watan. Tunku tidak dibenarkan menghadiri ceramah. Banyak sekatan dibuat ke atas Tunku Abdul Rahman sepanjang Mahathir menjadi Perdana Menteri sehinggalah ke saat-saat akhir hayat Tunku.

Ikuti penjelasan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri tentang tindakan Mahathir kepadanya.


Macam mana Mahathir boleh katakan tanpa rasa malu dan dengan kulit muka yang sangat tebal, kononnya dia tidak pernah menyekat Tunku Abdul Rahman, malah bekas Perdana Menteri pertama Malaysia itu menikmati pelbagai keistimewaan. (RUJUK DI SINI)

Pemikiran Tunku yang mana Mahathir jadikan institusi atau yayasan sepertimana pemikirannya? Akademi berotak mana yang boleh menggunakan pengalaman dan rangka kerja Tunku ketika Mahathir berkuasa? Atau ada mana-mana badan intelektual yang berani mengajak Tunku untuk berdiskusi membicarakan ilmiah politik Malaysia kalau tidak disekat, dan kemudiannya dikenakan tekanan oleh Mahathir?

Mahathir bolehlah berbohong kepada generasi baru yang hanya mengenalinya sebagai BAPA ANANDA KRISHNAN atau BAPA ANGKAT VINCENT TAN, tetapi Mahathir tidak boleh menipu generasi sebelum itu yang melihat bagaimana takut dan gementarnya Mahathir akan kehilangan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri ekoran keputusan pemilihan yang tidak memihaknya pada tahun 1987 sebelum tiba-tiba berlakunya magik yang menukar keputusan tersebut!!!

Budak-budak yang memuja ketokohannya bolehlah ditemberangkan dek si tua bernama Mahathir itu... yang mengkaji dan mengaji Mahathir sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri Malaysia, pasti akan meludah ke tanah setiap kali Mahathir membangga-banggakan dirinya kerana rasa mual dan meloya!!!





22 comments:

Anonymous said...

Hehehe..

Mcm admin sahaja yg sdg meroyan..

Pencapaian tun dlm mbawa malaysia sehingga ke tahap sebelum kepimpinan najib dan kecemerlangan tun dlm mbawa malaysia sehingga dihormati dan disegani dunia adlah satu pencapaian yg tdk boleh dinafikan.. tetapi harus dibanggakan.. itu adalah realiti..!!!

Anonymous said...

Masalahnya..kaublahir tahun bila?

Anonymous said...

There seem only 2 possibility for your rambling.....

1- You must have been screwed real hard and/or turned sour grapes

2- Or you have a loose screw up your head that is so wobbly....you cannot think straight

So you must have thought you are among few whom are well-versed on what transpired in the 80s that you dismiss many old-guards are just as well informed with inside knowledge that you just cannot fathom!

Don't be so full of yourself to the extend you're spraying bullshit grinding your axe spewing your vengeance only because of your own failure.....

Either way Najib has been successful to make everyone of his donkeys to be so bloody arrogant and lowlife ingrate mirroring himself as the no. 1 scum not content to have scheming and skimming billions and multi millions but still going around the country trying to look innocent when you bunch are so rotten-core beyond redemption!

Now go stand in the queue and get your feed.....

Ricesaffron@gmail.com said...

Waa marah nampak,, baru dapat payment bukan main garang lagi,,,
Cepat dan cekap tindak balas untuk tekan TunM
Apa nak di takut kan pada org tua yg umur dah 92tahun
TFK dan group masih dalam kemaluan bapak masing masing lagi TunM dah main politik
Sudah sudah lah tu dan agak agak lah klu nak mengata org,,,

juragan 69 said...

Kah kah kah...tkda isu yg lbh brnilai ke bhai,nilai entry hrga sekilo kangkung pun lu rembat..yg dh pergi biarkanlh...lu cari lh isu yg nmpk cerdik dlm mncari mkn bhai..Kesian..Kesian trdesak sngt ke umno dgn kata2 dan tindakan org yg dah 'tua lg nyanyuk' bhai...
tu lah jgn bongkak sngt..tp klu dh cari mkn dgn umno nk buat camana kan..funder lu dato nazri ke..bkn apa tahap bangang dlm cari mkn dgn mnjd pmbodek tegar sama acuan nya...smpn sikit utk anak cucu lu...

Anonymous said...

Bukan ke admin yg dulu suka memuji Tun Mahathir? Skrg ni lain pulak..

Anonymous said...

Apa yg dikatakan ...itu lipatan sejarah politik yg perlu dinilai dan disedarkan..agar tak mudah diperbodoh bodohkan... Tengtang gelarab Bapa..tu jelas... hingga kini.. terkini ..generasi ke dua... satu kapal.. mcm lanun..nak melanun lagi..legasi lah tu...

Anonymous said...

Kaji dulu sejarah..fikir mengapa,kenapa dan jangan nak seleweng fakta atas ikut sedap hati je..nampak sangat dah makan dedak..cuba tengok keadaan melayu sebelum dan selepas tun berkuasa.

Anonymous said...

Keadaan melayu atau keadaan kapitalis?

Anonymous said...

Pujian di raih tetapi bukan dipaksa. Dan pujian bukanlah kepercayaan yang dipegang kekal. Akhirul kalam, lawan bagi pujian adalah kritikan cumanya pujian yang kekal adalah untuk Pencipta saja.

Anonymous said...

juragan 69June 30, 2016 at 8:58 PM

Ibarat dulang kata paku serpih... dulang pun 2 kali lima saja.

Anonymous said...

AnonymousJune 30, 2016 at 7:33 PM

It seems as though when the bathtubless bangalo enters the court, the emotion runs high and quite understandable that the tension rubbed of on the opponents. Wakakaka.

Anonymous said...

AnonymousJune 30, 2016 at 6:07 PM

Maksudnya antah berantah pernah jadi juara piala dunia atau pernah memenangi hadiah nobel? Betul ker?

juragan 69 said...

Hahaha...tu le pasalnya bhai..bila menulis kerana cari mkn dn bkn sbb mata hati kpd Agama,Bangsa,Tanahair (Alif Ba Ta) tu yg meroyan semacam...yg penting 'SIAPA' yg snggup bg mkn maka dialah TUAN..aku tak pasti bhai yg admin ni jenis saka yg bila2 tukar tuan asalkn soruuuu...dulu zaman reformasi kentut tun pun harum..usah kata kentut,kencing pun ditelan...Donia..donia

Anonymous said...

Admin- TUN THE BEST NJIB the worst real fact .

jawp Apa itu 1mdb ?? admin you terang kan
mana tunjuk rm50B yg diguna mana bangunan mana pembaruan tambah mampus gst ,,,,,you jwap ini semua
2.6b mana ?
INI KAMI NAKTAU
kenapa banyak negara mempersoalkan dan menemplak?
ZAMAN TUN KUASA BESAR TUN JADIKN DIA KECIK
kenapa ringgit jatuh
WAKTU TUN RINGGIT TAMBAT USD ---puh USA TUN TAMBAT
Najib?? REMBAT,,,,bola GOLOF diHawai nak main Golop ke Hawai you tau admin brapa ratusa ribu usd habis ???
PANTAI TIMUR BAJIR
YOU LIST OUT apa jasa najib dari MB Pahang termuda waktu tu jadi MB
yg kita tau mana kementrian njib jaga duit banyak tabur !!!!!

Admin kamu ni dulucari kebenaran sekalang hapuskan kebenaran

TUN KENA HINA WAKTU MNAK JADIKN NJIB PM ---lupa atau bodoh

Banyak ....lagu BONGKAR -iwan fals-you tube utk admin kelabu
hello you tak takut mati disoal dllam kubur ????jika you tulis kabor

Anonymous said...

Memanglah dia ni "the devoured saviour": devoured by ignorance, misrepresenting history and by the monthly supply of dedak. It is not surprising that this is the quality of Najib's Dedakmen. We read their postings to humour ourselves, right?

Anonymous said...

Dia berguru dengan RPK kut.

Anonymous said...

Parah dh puak2 TunM ni..stkat bg komen dgn ayat penuh dgn prkataan bodoh...jd cerdik la skit bhai2 TunM...lg satu dok x abis2 dgn prkataan dedak memnjang, x mnjadikan komen2 korg tu mcm oeh yg cerdik & ada hujah...puak2 bhai2 TunM makin parah dari hari ke hari...

Anonymous said...

sbg org yg hidup di zaman tun husin onn apa yg dikatakan admin sgt lah benar.. madey selalu beranggapan melayu mudah lupa ttp apa yg pasti sebenarnya madey dah lupa.. madey suka menipu org melayu yg dianggap bodoh dan mudah diperbodohkan.. ttp org melayu ada satu prejudis yg madey tak tau... pantang anak melayu percaya pd keling@mamak...

Anonymous said...

Kaki seleweng fakra tu pakatan haprak je..umno tak main ler..

Anonymous said...

Admin cerita untuk respond dari apa yang TDM katakan. Bukan reka cerita tak tentu pasal. 22 tahun berkuasa ada pro dan kontra atas keputusan kerajaan yang TDM telah buat. Ada kesan baik sebagai contoh memperkenalkan sektor perindustrian untuk wujudkan pekerjaan dan buruk juga untuk jangka masa panjang sebagai contoh tol lebuhraya. Tapi apabila TDM mengambil sikap untuk berkonfrontasi dengan Kerajaan DS Najib beliau dan penyokong kena terima apa juga reaksi dan tindak balas dari kerajaan memerintah. Itulah juga yang dipraktikkan oleh TDM untuk kekal berkuasa selama 22 tahun dan juga sokongan tak berbelah bagi ahli UMNO kerana TDM adalah Presiden UMNO yang perlu dipertahankan walaupun dengan apa cara sekalipun yang hakikatnya tak dapat dedak pun tapi yang dapat dedak adalah kroni syarikat gergasi yang terus kaya raya sehingga hari ini.
Apabila kekayaan kroni ini kerajaan hendak hapuskan kroni ini yang sudah kenyang perutnya bersikap tamak dengan cuba mengekalkan hasil kekayaan. Untuk rakyat pada zaman 22tahun TDM berkuasa dapat le sikit untuk meneruskan kehidupan.

Anonymous said...

budak2 yg sanjung mamak pergi mampus lagi baik. tanya mak & bapak kau , ape dorg rasa hidup di zaman tun razak sampai ke mamak jadi perdana menteri. kau org tak kenal susah. dan kau org masih bangang nk kenal siapa mamak madey . kami dah merasa . kau org baru hidup , jangan nk berlagak tunjuk pandai sangat. nanti lama2 kau sembah madey . jadi hamba dia seumur hidup

 
Blogger Templates