Thursday, June 30, 2016

KEPALA HOTAK KORANGLAH!!! ASAL KENA KAT GUAN ENG, SEMUANYA SANDIWARA!!!


Penahanan Lim Guan Eng akhirnya mencetuskan polemik dan drama murahan oleh para penyokong DAP, malahan rakan-rakan sekongkol Setiausaha Agung DAP itu. Dan seperti biasa, bagi mereka, penangkapan dan penahanan Lim Guan Eng hanyalah salah satu drama untuk menutup kebobrokan dalam pentadbiran Najib Abdul Razak.

Basi sungguh alasan yang diberikan terutama apabila Lim Guan Eng cuba digambarkan sebagai makhluk paling suci yang tidak melakukan sebarang kesalahan, malahan tidak bernafsu langsung untuk melakukan rasuah, sekalipun bukti-bukti yang dipaparkan amat jelas tentang salahlakunya. Bahkan Lim Guan Eng sendiri memberikan pelbagai jawapan-jawapan tidak masuk akal apabila didesak sebelum ini membabitkan banyak isu penyelewengan dan rasuah.

Antara mereka yang terawal memberikan komen selepas SPRM menangkap Lim Guan Eng adalah Exco Negeri yang berasal dari Kuala Lumpur, Chow Kon Yeow. Menurutnya, Lim Guan Eng tidak akan dituduh rasuah dalam isu tanah Taman Manggis, sebaliknya membabitkan tanah yang pengezonan semula di Balik Pulau yang dipohon oleh Magnificent Emblem Sdn. Bhd. yang mana Phang Li Koon adalah salah seorang pemilik syarikat terbabit.

Menurut Chow Kon Yeow, permohonan Magnificent Emblem itu telah ditolak oleh pentadbiran negeri. Phang Li Koon dalam Akuan Bersumpahnya menyatakan, dia tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Chow Kon Yeow menyatakan, penangkapan Lim Guan Eng itu tidak berasas langsung, bahkan sebenarnya bertujuan untuk mematikan kerjaya politik Lim Guan Eng. (RUJUK SINI)

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pula menyatakan sokongan teguhnya kepada Lim Guan Eng dan menyifatkan penahanan Lim Guan Eng adalah satu bentuk serangan terhadap sebuah kerajaan negeri yang jujur dan telus selain tidak menyenangi usaha-usaha Lim Guan Eng melakukan transformasi pentadbiran yang boleh dijadikan contoh dan rujukan. (RUJUK SINI)

Pengerusi DAPSY, Wong Kah Woh pula berkata, penahanan Lim Guan Eng adalah satu bentuk gangguan politik peringkat tertinggi membabitkan agensi Kerajaan Persekutuan peringkat negeri. SPRM menurutnya telah digunakan oleh Perdana Menteri, Najib Abdul Razak untuk menutup mulut saingan politiknya. Dia turut menuduh UMNO dan BN yang merancang penahanan tersebut. (RUJUK SINI)

Yang Dipertua PAN Pulau Pinang, Mujahid Yusuf pula menyatakan, penangkapan Lim Guan Eng itu bertujuan untuk menjatuhkan moral para penyokong Pakatan Harapan. Menurutnya, SPRM bertindak keterlaluan dengan menangkap dan menahan Lim Guan Eng, walaupun Lim Guan Eng telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan kepada SPRM sebelum ini. Katanya lagi, Lim Guan Eng tidak perlu ditahan, kerana arahan untuk ke mahkamah pagi ini pasti akan dipatuhi oleh Lim Guan Eng. (RUJUK SINI)

Tony Pua pula menyatakan, penangkapan Lim Guan Eng tidak dibuat berasaskan undang-undang. Sebaliknya penahanan tersebut adalah dibuat untuk melumpuhkan pembangkang menjelang PRU-14. Ini adalah ekoran kegagalan Barisan Nasional merampas Pulau Pinang pada PRU-13 yang lepas.

Kenyataan-kenyataan ini sama sekali berbeza ketika bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo ditahan oleh SPRM dan dilokapkan sebelum didakwa kerana kesalahan yang sama. Bahkan DAP begitu teruja untuk menjatuhkan hukuman lebih awal kepada Dr. Khir Toyo.

Anehnya, apabila ketua mereka ditahan dan ditangkap serta diperlakukan dengan cara yang sama, mereka mula menyalak dan menganggap semua ini hanyalah sandiwara SPRM untuk menyelamatkan Najib Abdul Razak.

Yang buat kerja rasuah dan salahguna kuasa adalah Lim Guan Eng. Mengapa para penyokongnya takut sangat Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah?


9 comments:

Anonymous said...

Lantak ko laa

Anonymous said...

Blogger yg kemukan bukti dan fàkta kes banglo lajak laris macai DAP dan LGE pun tak berani nak saman balik.... so cara yg berhemah ... sendiri jawab di mahkamah.....2 tahun kerja berat...

Anonymous said...

harap2 si tokong ni akan terjun bangunan sprm..

Anonymous said...

Mak lampir dah pakat2 nak buang bukti...

LADO TOKOU said...

Jawab jerr lah di mahkamah tak payah buat seribu satu macam alasan...

adlan aini said...

Paku dulang paku serpih..

Anonymous said...

tunggu hasil sisatan je la...tak guna komen bnyk2...tak mngubah siasatan pun.

Anonymous said...

Ya Allah jika benar dia telah melakukan kesalahan, kau hukumlah dia seadil2nyan.Tetapi kalau ini adalah.tindakan.hanya untuk mengaibkan dia, maka kau lakhnat lah orang bertanggungjawab dengan sepedih2 hukuman.

Anonymous said...

Yang menulis ni kena ingat. Upah yang kau dapat jangan bagi anak bini kau makan sebab haram.Kan kau ambil upah buat fitnah.Kau tak takut dengan Allah?

top