Friday, June 17, 2016

MENJELANG HARI TERAKHIR SEBELUM PENGUNDIAN, ADA PERUBAHAN BESAR SEDANG BERLAKU DAN DAP PERGIATKAN TAKTIK KOTOR MEREKA UNTUK RAIH SIMPATI!!!



Tinggal sehari sahaja lagi sebelum hari pengundian untuk Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar akan berlangsung. Walaupun DAP tidak meletakkan calon dari parti itu sendiri, tetapi DAP dilihat sangat mengungguli kempen untuk calon PAN.

Namun, berbeza daripada PRU atau PRK sebelum ini yang melibatkan pembabitan DAP, perkembangan terbaru menyaksikan DAP seperti kehilangan arah apabila pengundi-pengundi Cina dilihat tidak begitu teruja untuk terlibat dalam kempen DAP kali ini. Tidak seperti semasa PRU-12, PRU-13, PRK Kajang atau PRK Teluk Intan, penyertaan aktif para pengundi Cina dalam kempen DAP amat suram.


Berita terbaharu yang membabitkan pembebasan dua orang nelayan Cina Sekinchan oleh pihak berkuasa Indonesia yang telah diusahakan oleh UMNO-BN Sungai Besar yang melibatkan pembabitan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Jamal Yunos dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), benar-benar dilihat melemaskan DAP terutama sekali Ng Suee Lim yang dikatakan mempunyai pengaruh yang sangat besar di Sekinchan.

DAP tidak habis-habis sekadar melalak dan menyalak tetapi tidak terbabit langsung dalam usaha-usaha membebaskan kedua-dua nelayan berkenaan. Malah langsung tidak menaruh minat untuk terlibat secara aktif dalam usaha tersebut.

Calon PAN yang didalangi oleh DAP, Azhar Abdul Syukur pula dilihat seperti kucing diikat tali yang diseret ke sana ke mari oleh para pemimpin DAP tanpa dia dibenarkan bercakap sebaliknya berposing seperti anak patung. Janji-janji yang diberikan oleh calon PAN itu seperti akan pulang ke kawasan Sungai Besar dua bulan sekali sekiranya diberi peluang sebagai Ahli Parlimen, benar-benar menimbulkan gelak tawa.


Manakala calon PAS, Dr. Rani Osman pula bergelut dengan imej HARUM MANIS yang dipertikaikan oleh ahli-ahli PAS sendiri.

Pemilihan Budiman Mohd Zohdi sebagai calon, biarpun pada masa yang sama, bakal menjadi ranjau kepada kerjaya politiknya jikalau dia menang, merupakan sesuatu yang agak berani dan tepat. Selain faktor sebagai anak tempatan, Budiman Mohd Zohdi sememangnya berada dan berpejabat di Sungai Besar.

Sebagai budak tempatan, Budiman Zohdi pastinya memiliki kelebihan yang lebih besar berbanding kedua-dua calon saingan. Apatah lagi dengan masyarakat petani atau yang terlibat dengan sawah sebagai majoriti pengundi di kawasan berkenaan, Budiman Zohdi yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan kerana dibesarkan dalam suasana itu, pastinya mampu memberikan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang diwakilinya.


Apatah lagi, berdasarkan gerak kerjanya selama ini yang memang berada di kawasan, selain percampurannya dengan masyarakat setempat di seluruh Sungai Panjang, malah di Sekinchan juga, sudah pun membuatkan pihak lawan terpaksa bekerja kuat terutama dalam bab mengepung Sekinchan yang sebelum ini merupakan kubu kuat DAP.

Antara Budi dan Janji, pilihan yang ada pada para pengundi Sungai Besar, tidaklah sebesar mana. Bagaimanapun, sesiapa sahaja yang dipilih oleh para pengundi Sungai Besar, akan banyak mempengaruhi kehidupan mereka selepas ini.


No comments:

top