Monday, July 4, 2016

29 PERKAMPUNGAN MELAYU PULAU PINANG MENANTIKAN AMUKAN LIM GUAN ENG DAN BAKAL PUPUS!!!!



Ketika sebahagian orang Melayu menyatakan sokongan kepada Lim Guan Eng yang cuba menegakkan benang basah dan menghina institusi mahkamah dengan mengulangi perangai Anwar Ibrahim, hanya masa yang akan menentukan bilakah 29 buah kampung Melayu di Pulau Pinang akan dilupuskan buat selama-lamanya.

Antara perkampungan yang menjadi perhatian adalah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Kampung-kampung lain yang turut berhadapan dengan risiko adalah Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kubar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Kebanyakan perkampungan tersebut terletak di Timur Laut Pulau Pinang. Selain berhadapan dengan 'amukan' pembangunan mewah di bawah dasar Lim Guan Eng, kebanyakan tanah perkampungan tersebut dimiliki oleh orang lain. 

Apabila pemilik tanah mahu membangunkantanah tersebut, perkampungan tersebut pasti akan lenyap, selain namanya juga turut ditukar. Kejadian ini sudah pun berlaku sebelum ini dan akan terus berlaku. Contoh terbaik ialah kampung-kampung di Sungai Nibong telah lama pupus dari peta Pulau Pinang kerana tanah-tanah di situ telah dibangunkan menjadi projek perumahan, kondominium dan bangunan-bangunan lain.  

Projek Penang Transport Master Plan akan menghapuskan terus perkampungan-perkampungan yang terletak dalam jajarannya terutama sekali di kawasan Timur Laut. Apabila pembangunan tersebut mula merebak ke Daerah Baratdaya, perkampungan-perkampungan sedia ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan berhadapan dengan penghapusan. 

Tidak mustahil dalam tempoh lima tahun dari sekarang, perkampungan-perkampungan tradisi ini tidak akan wujud lagi sekiranya tiada usaha daripada para pemegang saham untuk melindungi dan memulihara perkampungan-perkampungan itu. 

Terdapat cadangan agar perkampungan-perkampungan tradisi tersebut digazetkan di bawah Akta Warisan Negara, bagi memastikan kesemua kampung tersebut tidak pupus. Kerajaan Negeri seharusnya memainkan peranannya dalam menggazet perkampungan-perkampungan tersebut secepat mungkin sebagai cara identiti komuniti Melayu di kawasan tersebut, dilindungi dan tidak terjejas.

Malangnya, Lim Guan Eng yang telah dihadapkan ke mahkamah, dan enggan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri sudah pasti akan membalas dendam. Apatah lagi Lim Guan Eng telah menyatakan dia sanggup mati tegak berdiri berbanding melutut di hadapan undang-undang.

Justeru, kita bakal menyaksikan amukan besar-besaran Lim Guan Eng yang kemudian akan memberikan dalih dan alasan paling baik dengan menyalahkan orang lain, terutama sekali Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional dahulu!!!


2 comments:

juragan69 said...

Ini semua salah tun m yg bnyk bg muka pd cina penang...konsert k pop utk raih undi..bg peruntukkn berbilion pd cina penang,seolah2 rakyat negeri lain tk prlu bantuan..dan salah tun m juga bila bg berbilion bkn kerana rakyat sarawak memerlukn pmbngunan ttp lbh kpd berkehendakkn undi rakyat sarawak agar presiden umno terus kekal..ini salah tun m sbb dia hnya mantan presiden...hahaha tk gitu bhai tfk...knp lu tk petik nama tun m bila kg melayu musnah...mana kuasa presiden tersuci umno yg diangkat perjuang bangsa terhebat dlm sejarah umno...

Anonymous said...

Padan muko org penang.. Undi di jari anda!! Anda yg memilih.

top