Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 11, 2016

HABISLAH MALAYSIA, HARI NI MALAYSIA BANKRAP... KATA PUAK PROTUN YANG DUNGU!!!



Hari ini adalah 11 Julai 2016. Hari kelima AidilFitri 1437.

Hari ini juga puak-puak ProTun berkata, Kementerian Kewangan Malaysia akan diisytiharkan bankrap oleh 'mahkamah' di London kerana 1MDB. 

Jadi, masing-masing menunggulah dengan debaran yang sangat menggila... main-main ka, MOF bankrap, bermakna Malaysia akan bankrap. Rakyat akan menjadi sangat miskin dan terpaksa menjual segala harta benda termasuklah terpaksa mengurangkan pengambilan makanan dan hidup dalam keadaan yang sangat asas, tanpa bekalan elektrik dan air bersih yang terpaksa dihentikan kerana negara sudah tidak mempunyai wang untuk menampung segala kos.

Para pemimpin ProTun dan para pengikut mereka berusaha sedaya upaya untuk memanipulasikan laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB sedangkan pada masa yang sama, mereka menyembunyikan fakta sebenar bahawa semua anggota PAC termasuklah dari kalangan ProTun sendiri telah pun membaca laporan Ketua Audit Negara itu.

Tidak hanya para pemimpin pembangkang di dalam PAC sudah pun membaca laporan Ketua Audit Negara, mereka juga telah mendebatkannya, bertekak, mematahkan hujah dan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang terlibat, termasuklah dari Pejabat Ketua Audit Negara membabitkan dokumen-dokumen penjelasan dan percanggahan daripada mereka yang dinamakan di dalam laporan tersebut. 

Selain daripada Laporan Ketua Audit Negara yang merupakan satu bukti, panel PAC turut menerima dokumen-dokumen daripada pelbagai sumber lain dan telah menemuramah ramai orang. 

Dari semua itulah, muncul pula Laporan PAC, yang dianggap paling lengkap dan laporan paling konklusif tentang 1MDB yang telah pun dibebaskan untuk tatapan awam dan di mana polis telah pun menyiasat bagi sebarang salah laku. 

Apabila Sarawak Report dikatakan telah membocorkan Laporan Ketua Audit Negara, para penyokong ProTun menganggap ia sebagai 'Pendedahan Teragung Abad Ini', walaupun sebenarnya sebilangan besar ProTun telah pun membaca perincian tersebut berbulan-bulan sebelum ini. 

Dan menariknya, walaupun kebanyakan pemimpin ProTun secara rasminya telah pun membaca dokumen tersebut, mereka tetap menganggap pendedahan Sarawak Report adalah pendedahan terbesar. Sekaligus mengesahkan bahawa penyaluran kepada Sarawak Report itu sebenarnya datang dari puak ProTun dan puak yang menentang 1MDB yang telah membaca laporan tersebut lebih awal.

Kini, para pemimpin ProTun bertali arus membuat kenyataan dan cuba mewujudkan gelombang besar agar isu 1MDB terus hidup, sekaligus mengalihkan tumpuan umum kepada keadaan mereka yang tidak stabil, dakwaan-dakwaan jenayah rasuah ke atas Lim Guan Eng dan kebodohan DAP berhubung ucapan Hari Raya.

Untuk isu USD7 bilion yang mereka gunakan sebagai bahan sesahan, ia sekarang dalam proses timbangtara yang mana sudah pun bermula hari ini. Puak ProTun berkata, timbangtara tersebut akan menyebabkan Kementerian Kewangan akan diisytiharkan muflis hari ini. 

Hari ini sebenarnya, 1MDB akan menyerahkan penjelasan mereka kepada Timbangtara London ke atas IPIC dan kes ini akan berlanjutan selama bertahun-tahun, dan di mana 1MDB yakin dengan peluang mereka untuk mendapatkan kembali semua wang mereka. 

Hari ini bukanlah hari di mana Kementerian Kewangan Malaysia akan diisytiharkan bankrap oleh 'Mahkamah London' seperti yang cuba dibohongi oleh para pemimpin dan penyokong ProTun.

Malahan, 'Mahkamah London' itu bukannya sebuah mahkamah pun. Sebaliknya merupakan perkhidmatan timbangtara oleh sebuah syarikat swasta yang tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengisytiharkan Kementerian Kewangan bankrap pun!!!

LIM SIAN SEE


10 comments:

Anonymous said...

OUTsyed THE BOX tu anjing kapir harbi ke? Sepupu dengam syed I LOVE TO HUG DOGS dan JOM BERBUKA DALAM GEREJA tu ke?
Sama2 tergolong dalam perjuangan pondan2 lgbt tu ke? Pondan2 ni ramai yang 'allergic' dengan Kerajaan Melayu ISLAM yang kukuh. Pondan2 akan sedaya upaya cuba menjatuhkan kerajaan Islam supaya dapat digantikan dengan pemimpin2 kapir supaya gaya hidup pondan lgbt dapat berkembang.

Tak percaya? Tanya rafizi atau tony pua atau surendran..ketua2 pondan Melayu, cina dan india.

Anonymous said...

Pengikut2 baghal si tun tua kutuk tak sedar diri

Anonymous said...

Ini namanya bodoh x boleh diajar, pandai x boleh dipakai. Namanya bodoh sombong. He he Protun ni dah jadi putar alam macam pembangkang.

Anonymous said...

semua ini adalah kebarangkalian. kebarangkalin untuk mengena sasaran adalah berkadar terus dengan tembakan. lagi banyak tembakan dilepaskan oleh Protun, lagi peluang mengena sasaran. setakat ini kena tingkatkan usaha lagi -- tiada yang mengena! kah kah kah

juragan69 said...

Kahkahkah...copy paste je..malasnya ayam ayam yg mkn dedak ni. .. jd broker@mak ayam pun masyukkkk gak kot

Anonymous said...

Lingkup=Bankrup? Hehehe...

Unknown said...

Kalo ye pon marah ke Tun.. xpayah la kuarkan bahasa yg ksar.. kita org melayu.. bahasa jiwa bangsa.. kalo ye pon xsuke, die tetap bekas pm awk jugak dlu.. die berkhidmat pd awk dan negara awk slama 22tahun.. sbelom kdatangan najib.. die serahkan malaysia pd pak lah n pok jib mse malaysia masih aman lagi... jd kita tetap terhutang budi pd die.. ingt senang ke jd Pm.. kita melayu ni kne kenang jasa.. walau skang dh xsuka.. ttp dlu die yg pimpin kita.. tetap salute Tun..

Anonymous said...

Lim Sian See ini, wujud ke?Apa yg kecoh2.Laporan Audit Negara itu beri pada rakyat untuk baca.Selesai masaalah.Yang bersalah dihukum.Semua pihak tak buang masa.Sekarang ni dah berapa ribu 'man-hour'(= billion RM?), yang negara(kita semualah) sudah rugi???

Anonymous said...

Lim Sian See tu wujud ke orangnya?

Anonymous said...

Perompak UMNO tak bankrup, rakyat mungkin bankrup.

 
Blogger Templates