Thursday, July 28, 2016

KIT SIANG MENCERCA NAJIB ABDUL RAZAK TETAPI MEMUJA-MUJI CHIN PENG, PKM DAN MPAJA!!!



Kalau dah berasal daripada taik, maka akhirnya tetap juga taik. 

Begitulah juga dengan Lim Kit Siang, Malaysiakini dan konco mereka yang cuba menulis semula sejarah negara ini dengan cara penipuan dan putarbelit. Maka tidak hairanlah mengapa Kit Siang dan konco-konconya memutarbelitkan segala-galanya di negara ini asalkan maksud mereka tercapai.

Contoh terbaik yang ditunjukkan ialah apabila Kit Siang begitu memuliakan Chin Peng, PKM dan MPAJA tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Mungkin ianya sudah lama bagi sesetengah orang, tetapi itulah cerminan kepada perbuatan masakininya.

Usaha-usaha untuk memuliakan pengganas komunis dan gerakan komunis, sudah lama melibatkan DAP. Bukti terbaik yang dapat dilihat ialah pada 13 Mei 1969 apabila PKM menerusi Parti Rakyat dan Parti Buruh serta agen-agen mereka yang menyamar sebagai orang awam, melakukan provokasi dan kemudian melakukan serangan berdarah ke atas orang Melayu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. 

DAP menerusi Lim Kit Siang pula bertindak mengapi-apikan masyarakat terutama sekali masyarakat Cina dengan mempersoalkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan kedudukan orang Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. 

Sehingga sekarang pun, DAP masih lagi mempersoalkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu walaupun sekarang ini mereka lebih bijak dengan menyembunyikan serangan mereka dengan bersembunyi di belakang isu-isu yang sengaja dibangkitkan.

Satu artikel yang telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 23 September 2013, dimuatnaik kembali ke laman blog peribadi Lim Kit Siang (DI SINI)

Artikel  asal ditulis oleh kolumnis anarki, Mariam Mokhtar.

Tidak dapat dipastikan sama ada Mariam Mokhtar reti sejarah atau sebaliknya, tetapi apabila dia memuliakan Chin Peng yang kononnya telah mengalahkan tentera-tentera Jepun, malah menyebabkan tentera-tentera Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu, menimbulkan persoalan apa motif sebenar Mariam Mokhtar dan Lim Kit Siang cuba menyelewengkan fakta sejarah. 

Bagaimana dengan jatuhan dua bom atom oleh Amerika Syarikat ke atas Hiroshima dan Nagasaki yang dikatakan punca sebenar tentera-tentera Imperial Jepun menyerah kalah?

Artikel tersebut jelas cuba memuliakan dan sangat menyanjungi jasa-jasa Chin Peng dan komunis di negara walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Niat jahat penulisnya, Mariam Mokhtar dan Lim kit Siang yang menyiarkannya kembali dalam laman blog peribadinya memang terserlah.

Antara ayat yang paling menarik dalam artikel tersebut adalah:

"No one is condoning Chin Peng’s guerrilla warfare but Malaysians must realise that without the CPM, the Japanese in Malaya would not have been defeated."

Kenyataan ini memang jelas PEMBOHONGAN besar!!!

Chin Peng, PKM mahupun MPAJA tidak memberikan kesan langsung kepada Jepun malahan, perjuangan mereka langsung tidak memberikan sebarang keuntungan kepada penduduk Tanah Melayu. Malahan sebelum dua bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun tidak pernah dalam perang di Tanah Melayu. Sebaliknya lebih ramai pula penduduk tempatan yang dibunuh oleh PKM, Chin Peng dan MPAJA.

Sebaliknya penyerahan kalah Jepun di Tanah Melayu selain di negara-negara lain berlaku serta-merta kerana pengeboman dua bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat yang merancang untuk menggugurkan bom atom ketiga ke atas Tokyo.

PKM, Chin Peng dan MPAJA tidak mencipta bom atom mahupun menerbangkannya ke Jepun. 

Perang di Tanah Melayu terhenti apabila Jepun menyerah kalah tanpa sebarang syarat kepada Tentera Berikat pada 15 Ogos 1945. Berita tersebut tidak diumumkan di Singapura sehinggalah 21 Ogos 1945.

Sekaligus, PKM dan MPAJA tidak ada langsung jasa walaupun DAP dan konco-konco mereka cuba mencipta pembohongan dan mengada-adakan cerita fantasi tentang Chin Peng, PKM dan MPAJA.

Seorang ahli politik tua seperti Lim Kit Siang yang sepatutnya lebih berhemah tidak sepatutnya cuba mengelirukan masyarakat terutama sekali masyarakat yang kurang membaca dan mengkaji seperti yang duk ada sekarang dengan cerita-cerita karut tentang Chin Peng, PKM dan MPAJA. Tidak sepatutnya juga orang sepertinya cuba menulis kembali sejarah negara ini dengan maksud politik dan mencipta lebih ramai pembangang dan golongan bodoh.

7 comments:

Anonymous said...

Bodoh punya LKS. Jepun serah kalah diMalaya bukan pasal MPAJA. Malah British pun tak buat Jepun serah kalah. Amerika dengan bom atomnya yang buat Jepun serah kalah. British tumpang menang je. Chin Peng yang bercita2 nakkan Malaya jadi negara Komunis dan wilayah yang ke25 China. Sebenarnya Cina2 yang berhasrat memerintah Malaysia. Melayu alpa dan berpecah belah. Tukang cucuknya DAP dan tukang mengiyanya PKR dan sekarang PAN.

Anonymous said...

Meriam buluh bunyi bukan main kuat, peluru yielek tapi kalau nak halau hantu bolehlah.

juragan69 said...

Sapalah ketua kerajaan yg blh ambik tndakan tkkn tun m kot..sbb tun m hnya seorg tua yg nyanyuk yg tk mmpu gugat sapa2 pun kecuali nazri yg bangang yg nk tumbuk org tua....dayus dan bacul nazri sama mcm malaysian official 1.. tu lh yg pergi lantik pm perempuan buat apa??? Rosmah nama seorg perempuan kn???

Anonymous said...

Apalah bezanya chin peng dgn najib kau ni. Satu komunis satu lagi penyamun tarbus.

Anonymous said...

Banyak bezanya bro....chin peng tu kafir...dan bunuh ramai penduduk Malaya...sementara Pm Najib Beragama Islam...dan beliaulah pemimpin yang dekat di hati rakyat....pasal beliau dituduh jadi penyamun... Kau ada bukti ke....nampak depan mata kau sendiri ke bro...jgn kau jadi tukang memanjangkan fitnah cukuplah..bro..kesian kau nanti...kat dunia dahlah hidup miskin kat akhirat pulak nanti kau muflis...kalau orang kaya dia tak ada masa nak fitnah Pm Najib sebb sibuk cari rezeki halal melainkan kau ni spesis orang bangkrap mcm laki si umi...tak ada kerja lain cukup jadi tukang kipas Mahadey. Selesai hutang...kan kan kan..bro

Anonymous said...

Hahha ..miskin kaya bukan kau tentukan bro. Bab menyamun tu jelas dan org tak sekolah macam kau pun patut faham. Amalan aku dengan Pencipta aku hanya aku dan Dia tau. Aku dididik utk banteras kejahatan. Aku buat apa yg aku mampu. Pada aku, ilmu yg aku dapat dari Allah aku gunakan sebaiknya. Jelas salahlaku dan aku tak boleh biarkan. Kalau kau nak sokong,;terpulang kat kaulah bro. Kau boleh sokong dan aku boleh bantah tapi akhir keputusan Allah. Mungkin tak tunjuk kat sini tapi kat sana kompem bro. Buka hati bro ..tengok perjalanan transaksi. Kabinet tak tau menahu dan cerita berubah ubah. Ketua agensi tetiba berenti sakit dan kena tukar. Kalau kau ada share aku pahamlah. Ni takde share pun kau pertahan. Masuk air kau ni bro. By the way bro ..alhamdulillah bro rezeki aku baik sangat. Aku tak cari makan jual maruah dan bangsa aku. Aku baca blog pun nak tau ragam species macam kau. Sedihlah bro tapi kau rasa kau pandai sgt. Teruskanlah. Keep im mind, tak semua org bodoh macam kau yg baca atau komen dalam blog bro.

Anonymous said...

Najib mungkinlah islam tapi dia lagi hebat dari yahudi. Kafir pun ada ingat sikit. Jho low kau tu apa lak agama dia. Najib kalau betul islam, tak mungkin dia buat macam ni

top