Thursday, July 7, 2016

MAHATHIR MEROYAN MENYALAHKAN RAKYAT KERANA TIDAK MENYOKONGNYA PADA PAGI RAYA PERTAMA!!!



Dendam Mahathir nampaknya masih membara...

Lebih membara lagi ialah apabila, teori dan cerita-cerita seronok kononnya Najib sudah tidak mendapat sokongan tetapi Rumah Terbuka Seri Perdana didatangi lebih 70,000 orang sehingga kawalan keselamatan pula terpaksa diketatkan dan hadirin terpaksa beratur panjang ekoran ancaman keganasan golongan tidak beragama, Islamic State (IS).

Mahathir melihat peluang itu sebagai cara untuk melepaskan geram.

Masalahnya Mahathir ialah, dia sentiasa menyalahkan rakyat apabila dia tidak mendapat sokongan tetapi apabila dia disokong seperti tahun-tahun getir penghujung 1980-an dan 90-an, dia berbangga dengan dirinya, tanpa sedikit pun menghargai rakyat.

Hari pertama Syawal 1437, Mahathir menyalahkan rakyat sepenuhnya sebagai PEMAKAN DEDAK kerana terus menyokong Najib Abdul Razak dan kepimpinan serta kerajaannya. Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa segala cerita-cerita 'indah' yang didengarnya selama ini, hanyalah pembohongan semata-mata.

Sama seperti para penyokong dan pemujanya yang meratibkan dan menzikirkan 'PEMAKAN DEDAK' setiap kali tokoh pujaan mereka disanggah mahupun temberang-temberang bernilai ratusan bilion ringgit untuk kroni didedahkan.

Malah kehadiran ramai rakyat di Rumah Terbuka Najib, menambahkan lagi salahnya tanggapan dan cerita yang diberikan kepada Mahathir. Konco-konco dan para penyokong Mahathir serta pembenci Najib terpaksa mencipta seribu satu fantasi untuk menyedapkan hati sendiri sedangkan realitinya mereka sangat tahu, bahawa kepercayaan dan keyakinan mereka jauh tersasar walaupun mereka terus meratib, "Kita tunggu PRU-14 nanti...."

Sampai bila Mahathir mahu terus menyalahkan rakyat kerana tidak menyokong dan mendokongnya lagi? Sampai bila Mahathir mahu terus menganggap, rakyat keseluruhannya adalah puak bodoh yang bangang dan langsung tidak boleh membuat pilihan serta berfikir melainkan mengikut haluan dedak sepertimana dakwaan Mahathir.

Atau sebenarnya Mahathir terpaksa bising-bising pada Hari Raya Pertama kerana ada kroni yang datang mengadu, dedak bernilai berbilion ringgit sudah ditarik balik dan tidak ada cara lain untuk mendapatkannya semula, melainkan apabila Mahathir memekak dan menyalahkan rakyat?

Zaman rakyat berjalan dengan kaki ayam dari kampung ke pekan, seperti yang kerap diceritakan oleh Mahathir, sudah lama berlalu. Zaman di mana Mahathir menjadi seorang doktor yang berperahu dan bersampan untuk ke rumah pesakitnya juga sudah tidak wujud lagi. Malah zaman di mana Mahathir boleh mencipta temberang besar yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat yang membuat bayaran terus, juga sudah pupus.

Mahathir sepatutnya sudah lama berhenti menyalahkan rakyat.

Atau rakyat bagi Mahathir, hanyalah mereka yang ada di sekelilingnya, yang memuja, meletakkan colok dan buah limau di hadapannya dan memuja serta mereka yang digelarkan sebagai SUPERBUMIPUTERA?


13 comments:

Anonymous said...

Sapa yang sebenranya dok meroyan ni?

Anonymous said...

Mungkin kita tidak sedar sumbangan semasa pilihan raya walaupun sekecil mana sekali pun lambat laun akan merosakan masyarakat dengan cara mendidik ' kalau nak sokongan mesti ada tukaran ganjaran'. Sekarang pun rakyat sudah terbiasa dengan brim sebagai gula2. Kerajaan kalau ingin membantu mengurangkan beban rakyat bukannya dengan cara sedemikian kerana rakyat akan naik lemak menunggu bantuan tanpa usaha. Baka kata orang kita sepatutnya memberi mereka kail dan umpan bukannya memberi mereka ikan .

Anonymous said...

Org malaysia ni makan free ..memanglah ramai. Kalau itulah cara kau nilai sokong ..bangang sangat kau ni bro. Bukan dendam mahathir je bro ..dendam majority rakyat ..

Anonymous said...

apa yang kau merepek pagi pagi ni

Anonymous said...

Kalau semua Malyu di layan ikut meritokrasi dan bukan kronisasi, oran lama tak perlu lagi mencecel di ambang raya. Salah sendiri, bro.

Anonymous said...

Semasa ada kuasa kuda tak pulak gunakannya untuk pecut dan tutup segala ruang dan lompong. Bila dah tak ada kuasa kuda baru terhegeh hegeh nak pecut dan tutup semua liang dan lompong. Hek eleh.

Anonymous said...

Bersenang senanglah macam Pak Lah selepas bersara. Musuh politik tak ambil kesempatan dan dihormati. Aidilfitri pun nak cerita politik. Mengaji pondok atau pi belajar Alquran. Lagi hebat.

Anonymous said...

Betul..siapa yg meroyan di raya ke2?

buana belantara said...

suda terang lg bersuluh
yg hina dipandang mulia

guru sy pernah berkata(1991),"jika najib razak nak jadi perdana menteritutup zip seluarnya dulu."

mejar sy pula berkata,"apa sj pemberian walaupun kecil adalah rasuah."

fikir2kan

Anonymous said...

Hukum karma?
Dulu Al-Jubs gila meroyan dgn reformasi krn Madey cantas peluang Al-Jubs utk jadi PM.
Skrg Madey gila meroyan pulak krn peluang Boboi dia nak jadi PM dah hancur musnah, sekaligus legasi dia pun sama rentung.

Yg salahnya, rakyat, krn rakyat semuanya bodoh2 tak nak sokong dia, tapi sanggup jadi 'pemakan dedak'.
Itu kata Madey, pengeluar dedak terbesar negara.

Yg tak pernah salah, kroni cina dan superbumiputera dia, sbb doranglah pengumpul dedak utk Madey.
Dan puak protun yg jadi pemakan dedak aktifnya sehingga bunyi pun 'kurr...kokoko'.

Tak caya? Ibu ayam pendedak tu ada bersarang kat blog 'Cucu Tok Selampit'.

juragan69 said...

Awal masuk kerja bhai...tiba2 meroyan hnya kerana perutusan raya tun m...hahaha funder arahkn cuti dibatalkn hnya kerana perutusan si 'nyanyuk',tkkn goyang kot dgn perutusan dari seorg tua yg tk mmpu nk buat apa2(ikut tafsiran lu)..lu meroyan sbb tk smpt nk raya dgn ayam ayam raya...

Anonymous said...

Tak boleh nak salahkan Madey 100%. Dia dah buat terhabis baik untuk para pendedak sampaikan ada bekas pengerang MAP dapat syarikat printing dan diberi atas dulang perak. Namun setiap pemberian Madey bukan jaminan untuk dapat durian runtuh selama lamanya. Tanpa meritokrasi, kejayaan tidak akan terus terusan bergolek. Banyak yang gulung tikar sementara yang berbaki tinggal nyawa ikan.

Anonymous said...

Kekayaan negara diagih kpd rakyat. Dahulu kekayaan dibahagi kpd kroni sahaja.

top