Sunday, July 31, 2016

PAS NASIHATKAN DAP BUBAR DUN SELEPAS KEPUTUSAN BICARA LIM GUAN ENG KETIKA DAP SEDANG RANCAK SERANG PKR!!!



Dengan PAS pula campurtangan dan memberikan 'nasihat' agar Pilihanraya Negeri Pulau Pinang hanya diadakan selepas mahkamah membuat keputusan ke atas kes Lim Guan Eng, nampaknya DAP terpaksa mencipta musuh di sekelilingnya, termasuklah terhadap PKR yang merupakan sekutu utamanya.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dari PKR, Mohd Rashid Hasnon berkata, serangan berterusan daripada DAP - yang mutakhir adalah Ng Wei Aik - hanya akan menyebabkan partinya lebih berhati-hati dan mungkin tidak akan mempersetujui rancangan DAP untuk membubarkan DUN Pulau Pinang bagi membolehkan Pilihanraya Negeri dilangsungkan. 

Ng Wei Aik seperti yang dipetik oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina berkata, DAP sudah pasti akan berjaya mengekalkan semua kerusi mereka di Pulau Pinang, tetapi PKR akan kehilangan beberapa kerusi kerana prestasi kerja wakil-wakil rakyat PKR yang amat lemah. 


Ng juga dipetik sebagai berkata, dalam keadaan yang paling teruk sekalipun, Pakatan Harapan akan menang 25 kerusi DUN (berkurangan daripada 30 kerusi) sekiranya Pilihanraya Negeri diadakan. 

Menurut Mohd Rashid, di sebalik kebebasan Ng Wei Aik untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuat dakwaan, Ng Wei Aik seharusnya menampilkan sekali bukti-bukti yang menyokong pendapatnya itu.

"Lebih-lebih lagi dengan kenyataan yang sebegitu negatif, ia menguatkan lagi azam kami untuk terus membincangkan keperluan pilihanraya negeri dan tidak menerima buta-buta apa-apa sahaja cadangan DAP."

Para pemimpin PKR dan DAP mula kecam-mengecam antara satu sama lain berhubung perbezaan pendapat kedua-dua parti dalam isu Pilihanraya Negeri. 

Pada Rabu lepas, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua secara terbuka melahirkan kekesalan kerana tindakan 'kawan-kawan' dalam posting Facebook sehingga hampir menyebabkan PKR menolak bulat-bulat cadangan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang. 

Kenyataan terbukanya tentang 'pengkhianatan kawan' telah menyebabkan Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya yang kecewa dengan Tony Pua dan partinya kerana tidak berunding terlebih dahulu sebelum mencadangkan pembubaran DUN Pulau Pinang, melenting dan membidas Tony Pua.

Sementara itu, PAS menerusi Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan menggesa DAP agar tidak berjudi dengan proses demokratik negara ini. Menurutnya rakyat tidak boleh dipaksa untuk mengadili kes yang dihadapi oleh Lim Guan Eng berdasarkan persepsi sebaliknya menyerahkan urusan tersebut kepada mahkamah dan sistem perundangan negara ini.

Kata Nasruddin lagi, sebenarnya tiada sebarang keputusan tentang PRN Pulau Pinang, bukan kerana DAP menunggu keputusan PKR, tetapi kerana DAP sendiri kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan PRN yang mereka polemikkan.

"Setidak-tidaknya terdapat konsensus daripada PKR dan PAN, DAP tidak bersendirian untuk dipersalahkan sekiranya keputusan PRN tidak menyebelahi mereka," katanya. (RUJUK SINI)



Salah seorang wakil rakyat PKR yang pernah menangis di dalam Sidang DUN Pulau Pinang kerana keengganan Kerajaan Negeri dan Lim Guan Eng menyalurkan peruntukan untuk kemudahan asas di kawasan yang diwakilinya, Dr. Norlela Ariffin, ADUN Penanti, berkata, DAP Pulau Pinang menggunakan akhbar Cina, Nanyang Siang Pao untuk menyerang tiga orang ADUN PKR Pulau Pinang yang dikarikaturkan sebagai tidak menjalankan tugas dengan baik dan perkampungan pendatang asing. 

Norlela menjelaskan, karikatur dalam suratkhabar Nanyang pada 25 Julai lalu mengatakan 3 kerusi PKR ini berisiko tinggi kerana Adun-Adun PKR tidak layak menjadi wakil rakyat dan dikategori sebagai gagal.

"Kartun dalam suratkhabar Nanyang pada 25 Julai 2016 mengatakan 3 kawasan Dun berisiko tinggi jika ada pilihan raya negeri adalah Dun seberang jaya, Dun YB Dr Afif- perkhidamatan kurang memuaskan, Bukit Tengah YB Ong Chin Wen- masalah kampung pekerja asing dan Dun Penanti YB Dr Norlela- gagal menjalankan tugas dengan baik," tulis Norlela yang dipetik di akaun Facebook peribadinya.


4 comments:

Anonymous said...

Pas dgn Dap 2x5 ..

Anonymous said...

Baguih...baguih hangpa bergomoi sama sendiri. Lepaih ni orang Melayu Penang undi lah lagi pakatan harapan. Bila pakatan harapan menang hangpa menyanyi boria ghamai ghamai.

Anonymous said...

Kemelut ini menampakkan mereka adalah Pakatan Double Standard. Apa tidaknya kalau di Kajang, pembubaran di lakukan bagi menggantikan ahlinya yang dituduh korup sementara di Pulau Mutiara pembubaran adalah bertujuan untuk mengekalkan pengaruh ahli yang korup. Bersetuju untuk tidak bersetuju, kik kik kik

Anonymous said...

Satu tindakan yang wajar. Rakyat tidak boleh membuktikan Guan Eng bersalah atau tidak. Kami nak tahu dahulu secara terperici bukti-bukti yang akan dikemukakan pihak pendakwa. Bukti-bukti tersebut boleh dicabar oleh peguam2 Guan Eng. Biar Mahkamah membuat keputusan berdasarkan undang2. Lepas tu pun tak payahlah buat snap poll, buat habis duit rakyat saja. Lantik saja Chow Kon Yeow jadi KM kalau Guan Eng masuk penjara.

Ternyata Chow Kon Yeow lebih bijak dari Muyyiddin.

top